Tak de masa nak update blog, bnyk benda nak tulis sebenarnya. Bobby si mak labu yg perut besar sgt akhirnya beranak 6, kurrrrr semangat. comel-comel, tak salah tarikh sebenar pada 7 Disember 2010. lepas 2 minggu susu Bobby bengkak, beberapa hari pecah, on 22 Dis aku bawa ke klinik haiwan kerajaan, kena jahit 5 jarum, sian betul. Tapi ptg tu aku ke Melaka untuk MBJ. Khaimis mlm Anje dgn cemas call, jahitan semua terbuka, pagi Jumaat aku tumpang Hafiz balik KL. Kelam kabut bawa ke klinik semula, jahit lagi. Kali ni aku jaga betul, ubat makan ikut time. sapu ubat dan jaga betul2. Alhamdullilah nampak dah ok.
28 Dis au bawa Miki dan Hitam pulak pi ambik vaksin, harap Hitam sempat di operate sebelum pregnant lagi. Aku juga kehilangan Debab, dia hilang masa aku ke Melaka, sampai sekarang tak jumpa.
Setiap yg mula mesti akan berakhir. Bukan mudah nak buat pilihan, bukan mudah nak buat keputusan. Keputusan berat ini terpaksa diambil. Abah dah decide tak nak buat tomyam lagi, sekaligus menamatkan perkhitmatan Zaki dan Amir. Aku memang sedih kerana mereka dah seperti keluarga sendiri dan dah setahun lebih kerja dgn kami. Tapi keputusan perlu dibuat. Agak drastik dan tiba2 juga.
Sebenarnya abah dah lama tak nak buat tomyam, yalah barang mentah mahal, pendapatan biasa saja. Dicampur pulak dengan mereka yg suka balik lama2, nak balik berdua, tak nak balik sorang2. Sib baik ada Yati penyelamat keadaan yg boleh buat nasi ayam bila dia org tak ada. Ditambah pulak dengan sikap baran Amir, asyik nak marah org, semua dia yg betul, hal rumah sewa pun kecoh. Sampai dia boleh bergaduh ngan Sohan, siap naik tangan, which is i myself don't like it. Pas tu nampak dia cam ada problem ngan Zaki. Abah soh Zaki tegur dia tp zaki cam dah putus asa ja, then zaki cakap 50-50 nak kerja lagi kat KL, dia nak ke Bahau cari peluang kat sana. Abah dah offer dia kerja sorang + kami backup ngan masakan lain tapi dia tak nak.
So masa dia ke Bahau, kedai tutup sehari then esoknya abah terus buat keputusan nak jual nasi ayam/nasi tomato dan yg selain thai food. Keputusan tu rasanya buat dia org terkejut besar sebab maybe all this while they thing we depends on them very much and cannot survive without them. Zaki minta nak sewa ruang kedai nak jual thai food, abah minta rm1500 sebulan which they can't afford to pay. Dia org nak RM600, mana dapat .....
Tapi dia org pergi cara baik, siap kirim salam kat aku. mmmmm mana nak dapat tokey baik macam kami, siap masak utk depa lagi. Aku sedih juga sbb dah setahun kenal. Tapi sepatutnya depa lebih prihatin, contohnya nak balik kg, baliklah sorang2, tak lah tutup kedai. Ni balik sampai 6 hari, kalau raya sampai seminggu lebih. Parahhhh lah.
4 - 5 Disember 2010, aku hantar 2 anak dara ni ke kem Anak Soleh anjuran Creative SQ kat Masjid Saidina Othman. Bayaran RM90 seorang (diskaun Rm10 sebab hantar 2 anak, kira murah sgt2 tu. Pagi 8.30 dah daftar, Ayang nampak lebih excited dr anje dan nampak lebih berani. Anje tak sihat , sedikit demam. Esoknya kul 2.15 kami pi semula sbb ada sessi ngan ibu bapa sebelum berakhir. Ni yg lomah den, sessi nangis2 ni ishhhhh cubalah buat kaedah lain pulak. Kaedah jati diri, semangat kental. Ada 3 budak dok baca surat utk ibu bapa, laki aku dah keluar, aku mulalah cari tisu issshhhhhh. Sesi jumpa mak bapa, aku bangun dptkan anje, nangislah dia, ayang tiba2 mai peluk dr belakang, lg kuat menangis .... mmm lama mana nak bertahan baik tu tak tahulah .... tapi apa pun kem ni adalah aktiviti terbaik mengisi masa cuti. Semoga anak2ku menjadi anak yg soleh dan solehah, aminnnnnn
Tension aku ngan Puspanita dah berakhir pada 23 November. hahahahaha gila aku melayan mak datin tuuuuuuu. 1/2 gila aku melayan karenah mereka di jawatan atas lain. Boleh tak aku cakap depa ni sengal. projek jemput pengerusi puspanita kebangsaan mai melawat puspanita kami ... fine. aku kena buat website puspanita. nak launch 23 nov, 18 nov, dr jun komen tak de look & feel .... dah tu bkn cakap ngan aku, pi ckp ngan Cik Mat Pengurus IT Kementerian dan Nurul. eeeee tak reti nak direct ka. Pas tu aku pun ubah apa yg depa suggest ... 20 nov, mak datin pengerusi puspanitaKu call, nak ubah lagi. haiyaaaaaa apa ingat ubah2 muka depan tu cam copy and paste hahahahahahahahaha. masa tu line maxis pulak cam siput beb , kena lah aku pi cc sampai 12 mlm. esok sambg buat lagi, rumah tak berkemas langsung.
Aku angin juga bila bos cerita yg sabtu tu rupanya KSU call dia nak tanya pasal website puspanita .... sib baik ksu salah tanyakan amar. amar kat atas bukan kat tempat aku, so bos ckp dia tak kenal amar. apalah sampai nak soh laki dia call bos aku. ni kerja sukarela .... bkn aku minta dok jawatan niiii ....
Rehearsal on Monday .... treng teng teng aku dah agak dahhhhhh, datin yg gemuk sorang lagi tu tak de, yg cadang nak launh pakai ipad tu lerrrr. mana ke jadah menatang tu aku pun tak tau. nak launch apa gimiknya ..... takkan nak klik, gedebuk keluar web site tu hahahaha. So mlmnya aku bertungkus lumus buat power point, biarlah ada skrin menari2 kat depan tu. Dan nasib baik si azura ni cerdik, dia carikan yg keluar kertas kilau2 tu, ntah apa namanya aku dah lupa. So on 23 tu menjadi lah juga launch nya. tarian cuti2 1 malaysia is the most happening.
But i tell u, I like Puan Sri YDP Puspanita Kebangsaan very much. She is very cool, charming, sporting dan orgnya mmg lawa. Masa menari, dia boleh bangun menari enjoy bersama. Kak Loon dah tarik aku ke depan, apa lagi berjoget lah ..... tapi mak datin ku, mak datin gemuk ckp lebih dan dr J boleh jadi stone tengok ja. iissshhhhh kerja pelancongan tak kan cam tu .... mmmmmm
Apa pun aku bangga kerana aku berjaya buat website tu ngan pertolongan Faizal. And thank you juga buat datin2 dan dr j yg buat aku kuat semangat utk kerja keras walaupun tension aku tahap cipan kebulur.
13 dan 14 November aku dan family Jsham ke PD utk seminar produk A-Z Gamat Emas. Yg beri ceramah adalah Dr Syid Ayob sendiri. Yg aku respect ialah Dr ni dalam lingkungan umur 45 tapi otak dia gred A. Walaupun dia doktor perubatan tapi dia ada idea yg bagus utk usahakan gamat dan idea utk business. Kalau Gamat Emas dah 11 thn di pasaran bermakna dia mulakan business Gamat ini sejak umur awal 30an.
Last week dikejutkan dgn berita Lang Kosom eksiden (suami/isteri) , motor ngan lori DBKL. Mak Lang masih di HUKM. Selasa ptg 2 nov, Encik pulak call bagirau, PakTih meninggal. Terkejut aku sebab baru hari Ahad aku jumpa dia semasa dia singgal rumah aku selepas balik melawat Lang Kosom. Rasanya dia ada masalah jantung. Dia mengadu sakit dada sejak tengahari, petangnya dia meninggal lebih kurang jam 6pm.
Pengajaran yg cukup bermakna, kita tidak tahu bila ajal kita. Samada kita bersedia @ tidak, maut tetap menanti kita. Maka sentiasalah jaga iman, amal, pergaulan dan sebagainya kerana kita tidak tahu bila ajal menjemput kita.
Last 2 weeks, Aziah perkenalkan aku dgn produk Vemma, bg menjana pendapatan. Tak perlu cari org, tak perlu jumpa org, hanya promote website dan beli produk makan sendiri. Produk apa? Miniman kesihatan Vemma. Aku mulanya berminat gak, so hari Sabtu aku ikut Azia ke PJ One, Pejabat Vemma, naik BMW upline yg berjaya. Mmg hebat bg mereka2 yg berjaya, rata2 adalah golongan profesional dan yg bijak pandai. Seharian juga kat sana, mmg meletihkan. Akhirnya aku ambik juga pakej termurah RM400 ++. Kalau ikutkan dia org rekeman yg 5k eeee mana nak korek tuuuu. Tapi bila fikir2 balik mmg aku tak mampulah, tak mampu nak beli setiap bulan rm400, tak mampu nak beli yg 5k dan tak mampu nak ikut rentaknya. Kata tak yah cari org, tapi hakikatnya kena jumpa, explain juga. Kalau tak, tak kan senang2 org nak keluarkan 5k. Kalau kita berjaya cari org utk masuk yg 5k, kita dpt pulangan RM1500, kalau org bawah masuk yg RM400, kita dpt RM38. At least kena cari 3 kaki. Nak duit bnyk, kena cari bnyk lg org yg boleh susun bwh kita. Yg berjaya semua mampu iklankan kat paper online dan mereka2 ni dalam setahun dah pakai bmw. Abah mmg awal2 tak kasi masuk. So aku rasa setakat tu sajalah, tak mampu dah aku nak melayan stail mcm ni. Lepas beberapa hari aku join pulak Gamat Emas, selain opisnya yg sgt dekat dgn rumah, aku mmg tertarik dgn produk dan aku yakin nak guna produk ni. Tak sangka pulak si Jesham ni jadi dealer. Dah lama aku tengok dia promote barang2 Gamat Emas kat kak kiah ngan ina. Tapi masa tu aku tak sure produk apa, so aku buat bodo sajalah. Tapi sekali tu dia sebut, Gamat Emas, aku terus tertarik dan terus nak jadi ahli. So bermula 20.10.2010 aku jadi ahli Gamat Emas. 3 kali juga lah aku pi dengar talk pasal produk ni. Aku mmg minat ngan produk ni. Nak aktif juga rasanya sebab apa yg disampaikan sangat telus. Berusaha untuk jadi senang dengan Gamat Emas. Tak susah nak implement, produknya murah dan senang dijual selain terbukti kebaikannya. Mungkin nak kaya mcm top2 Vemma payahlah tapi aku rasa perniagaan ni jujur.
Aku ada hobby baru, bela ikan pulak. Awal bulan, Wan ajak aku teman dia beli aquarium kat Jln Pasar, aku mmg ingat nak bela ikan tp kurang inisiatif nak membeli alat2nya. Tapi aku tengok harga kat Jln Pasar tu mmg murah, so aku beli lah aquarium + filter + lampu + 3 ekor ikan koi dan sekor ikan dbkl. Bawa balik rumah, esoknya 3-3 ekor ikan timbul hehehehehe tapi tak pe aku tak putus asa. Balik kerja esoknya aku ke Tmn tenaga kedai haiwan. Aku beli 3 ekor koi dan 3 ikan ala gappy tapi ekor kembang dan filter baru yg besaq sikit. then aku beli lg 3 ekor ala gappy dr the mall. Sampai hari ni cuma sekor yg ala gappy tu mati, yg lain semuanya hidup. Tapi tengok ikan mmg menyenangkan dan release tension. Kdg2 geli hati tengok gelagat dia org. yg kecik2 makan tak henti2. si kuning kecik tu pulak jahat, suka cubit koi yg besaq2 dr dia. so yg kecik2 kat atas, koi hak besaq2 kat bawah2 je ..... DBKL mmmm all out, mana pun boleh lekat.
Dah lama tak update blog, sejak bila nak upload gambar keluar semua script , susah betui nak adjust. ahad 26 sep 2010, Riko pula terjatuh ke bawah. Ya Allah, kali ni aku tengok dr atas saja, aku minta abah uruskan, aku tak mampu lg nak tengok, apa lg nak ambik gambar terakhir. Pagi aku perasan Riko tak ada, aku cari juga ke tkt2 bwh tapi tak nampak kelibat pun, kul 1 pm Ayang dan kawan2 dia menyerbu ke rumah, sambil Ayang dan Kila menangis. Riko jatuh, mmg aku tak terfikir dia akan jatuh. Tapi aku rasa bersalah juga sbb bila aku marahkan dia org membuang merata2 aku selalu cakap, mati jatuh bawa baru padan muka korang, tak reti2 bahasa aku ajar membuang dlm bilik air tak pandai. Nampaknya kata2 aku jadi kenyataan. Tapi Riko manja, setiap mlm dia akan tidur ngan aku. Katil aku akan aku kongsi ngan Riko, Bobby Junior dan Hitam. Sesekali Miki dan Debab join sekali. Kdg2 aku seolah2 terdengar2 suara ngiaunya. Tapi Riko seperti Shiro dan Bobby yg suka memanjat dan duduk di tembok. Rupanya Anum ckp Riko pernah masuk bilik rumah dia melalui tingkat bilik belakang, mmg mencari naas, dan inilah risikonya. Apa pun mama sayang Riko dan akan mama kenang selalu.
Di pagi raya bersama anak2 dara, anak2 saudara dan adik2 ipar Anak-anak dengan mercun klcc, yg melubangkan bumbung rumah hehehehe. Selamat Hari Raya ...
Untuk kesekian kalinya aku beraya lagi di Gemas, seronok juga, ramai yg ada kat rumah arwah mak, family kami, encik, mak ngah, mak tam and uda. Penatnya sbb tak henti2 masak, semuanya full of cholesterol and lemak hehehehe. Yg kelakarnya bila bakar mercun klcc, sekali tu terbang atas bumbung, berlubang bumbung atas bilik mak tam hahahahaha. Seronoknya raya kat Gemas sebab mlm raya ada takbir dari rumah ke rumah, terasa meriah nak sambut raya. Apa pun aku rindu nak baraya di Tandop ......
Hari ini merupakan hari ke 26 Ramadhan dan malam ini adalah ke 27, pertama kali aku rasa yg aku benar2 menghayati Ramadhan sepanjang hidup aku. Aku rasa Ramadhan kali ini amat bermakna, aku menanti kedatangannya, alhamdullilah Allah memberi kesempatan yang besar utk aku kerana aku belum tinggal terawih kecuali cuti yg wajib saja, sib baik 6 hari sahaja dan di awal Ramadhan. Semoga ada rezeki aku habiskan terawih thn ini. Aku dpt buat Dhuha dgn kerap dan Allah berikan aku kesempatan utk menunaikan solat mlm. Dan aku berasa sedih sgt bila mengenangkan Ramashan ini akan pergi tak lama lg. Ntah ada hayatku lg utk kecapi Ramadhan yg akan datang. Anje tabah puasa wpun ada sekali aku tak bangun sahur. Ayang dah kerap ponteng sejak akhir2 ni, tak palah dia baru 8 thn. Yg dia tinggal pun rasanya baru 6 hari. Mmg agak penat sebenarnya bulan puasa ini, walaupun kedai buka, hari2 aku masak. Budak2 lebih suka berbuka dirumah dan mama yg masak. Seperti thn2 lepas menu wajib yg aku buat ayam panggang sekor2, hehehehe tu yg buat danial terliur tu. ABah ngan ikan bakarnya dan resepi dr kak lee, pai sardin, mmg budak2 suka.
2 ekor anak Sagua ni mmg menggeramkan aku, biarkan aku terpaksa sabar tahap dewa ngan peel depa yg suka kencing berak rata2. last sekali aku terpaksa guna cara drastik nak ajar dia org hehehehehe baru aman sikit hidup. Abah dah nak letak depa kat bwh, tp anje dan ayang dah meraung. Anje siap call aku kat opis, ingatkan kucing tu dah arwah, rupanya abah soh dok luar. mmmmm. gelagatnya mmg meriangkan hati aku terutama si debab, dlm periuk pun dia boleh masuk. Riko agak slow tp manja.
Bulan yang mulia, Ramadhan menjengah lagi. Syukur alhamdullilah aku masih hidup untuk merasai nikmat Ramashan ini. Ramadhan kali ni sgt berlainan bagi aku. Aku rasa lebih menghayati dan lebih tertunggu2 bulan mulia ini. Semoga puasaku, puasa suamiku dan anak2ku tahun ini lebih baik dr tahun lepas.
10 ogos, kakak dtg ambik mak, kebetulan dia ada kursus di KL, so dia ambik mak sekali. tak jadilah aku balik kedah. Tapi bernasib baik juga tak jadi balik kedah sbb aku boleh prepare beli barang raya budak2. Haziq makin membesar dengan punggungnya yg melebar sampaikan semua seluar saiz xl pun tak masuk, last result kena tempah. So aku tempah kat wisma yakin.baju2 raya anak dara 2 org tu dah settle.
hari ni dah 3 malam aku berterawih. menjadi teman tetap aku adalah Anum. since faezah susah nak tinggalkan anak keciknya. surau padat. Business ?? bulan puasa ni slow sikit tapi tak apa rezeki aku dan pekerja2 aku Allah yg tentukan. Insyaallah akan berlipat ganda.
Smlm si debab dan riko hilang, balik terawih melilau aku cari, yg jumpa cuma debab, riko harap2 dpt jumpa hari ni. Kesian sebenarnya ngan miaw2 ni. Ayang dah masuk 3 hari puasa, petang2 mesti melepek penat dan merungut2 nak makan hehehehe. Anje dah besar, dah faham tapi time bersahur mesti kena suap.
"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.
Sejak berfacebook aku jumpa ramai kawan2 lama di alam maya. Tujuan utama berfacebook pun utk mencari kawan lama. Aku rasa dalam beberapa fasa hidup aku cuma kawan2 di sekolah teknik yang benar2 sehati dengan aku. 2 thn kami bersama tak lama tapi cukup bermakna. Mungkin masa tu adalah kemuncak umur seorang remaja. Kawan2 sekolah rendah dan menengah asma pun ok gak tapi dengan kawan2 itm mmg aku kureng sikit, tak ramai yg rapat.
Tapi aku amat tersentuh sekali dengan berita berkenaan Melati. Rupanya dia kena kanser tahap 4. Aku nangis bila dengar, sampai lah ni aku belum call dia lg sbb aku tak tahu apa yg patut aku cakap. She is a very nice lady. Insyaallah 7 ogos, aku, mak wan dan azi akan melawat dia yg sekarang di hospital sultanah bahiyah.
Aku akan balik hantar mak ke rumah kakak pada 6 ogos dgn Suhaimi. oooo suhaimi dah beli pesona baru ...... Harap2 dapat juga jumpa kawan2 yg lain , mike dan lain2 di sebelah utara .....
Sebenarnya lepas Shiro mati aku mmg malas betul nak ambil gambar, apalagi gambar anak2 miau kat rumah, rasa fobia betul. Aku sgt rindukan shiro. aku perasan yg bobby ada mewarisi peel shiro, hasil pemerhatian aku ler, kucing ni kalau ada warna2 tompok yg termasuk warna oren peelnya sama cam shiro, jinak2 merpati. Suka menggesel2 kita tapi kalau nak peluk dan cium alamat kena cakar lah.
Kawan2 Lestari :- Perang besar antara Hasnah dan Madihah mmmmmmmm ni cite anak2 yg melampau, bukan anak2 nakal tapi dah over melampau. Ya Allah hindarkanlah anak2 aku dari mempunyai masalah seumpama ini. Takutnya aku. Aku tak sebelah mana, cuma secara jujurnya aku tak leh get along ngan Madihah sebab aku pun kena tempiasnya yg suka cerita bukan2. Tapi aku sabar je, sebab Allah sentiasa ada bersama org yg benar. Tapi jumpa dia aku buat biasa sajalah. Antara dia dan Hasnah bukan urusan aku. Aku dah nak masuk 40 ni, kalau aku mati pun biarlah dalam iman. Hal dunia ni nak bawa ke mana sgt.
Hari ni aku derma darah, tapi dek kerana baru lepas period, aku rasa fening2 lalat dan ada kala nak muntah, kena tidurrrrrr kejap. tangan pun kebas2. tapi minah jururawat tu tak pro betullah, sakitnya tempat cucuk tuuu eeeeeeeee pedih.
21 - 24 jun aku kena attend retreat kesihatan, dalam bahasa yg mudahnya kalau dah berumur tu kenalah pi kursus ni, apa lagi dah ter obes cam aku ni hahahahaha. Anyway, kursus ni sgt bermakna, mengajar kita menyayangi diri sendiri. Betul kata penceramah, nilai diri kita sebenarnya melebihi 1 juta ringgit. kalau rosak tak ada alat ganti, kalau ada pun bukannya mudah nak dapat, bukannya serasi seperti original.
Org kat malaysia ni tak ada yg mati kebuluran tapi ramai yg mati kekenyangan. Tengok tenaga pengajar pun makkkk aiiiiiiiii mmg layak bebenor ajar kesihatan. So la ni aku pun amat berhati2 dgn pemakanan. Dalam Islam pun ajar, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.
Kebaya lama ni dah 3 thn rasaya, dah masuk almari belakang dah pun. Semalam beriya2 Faiz ckp aku dah kurus. masa pi kedai, mamak kedai pun ckp aku kurus ishhhhhh tak percaya!
Mlmnya aku menerai baju2 lama, aaarrrrhhhhhhh muat yahooooo. then aku ambik kebaya merah ni, mak aiiiii muat juga. tahniah zu anda dah kurus.
-------------------- Aku masih rindu sgt2 pada shiro, masih terbayang2 di mata dia ada di rumah. Kdg2 saja2 aku panggil2 nama dia. Mama rindu sgt ngan shiro.
Aku pangku Shiro selepas aku bawa dia naik, masa ni badannya masih lembut, mcm tak ada apa berlaku saja.
Aku balut shiro ngan kain dan letakkan dalam bakul.
semalam 9 Jun aku kehilangan Shiro untuk selamanya. Seperti Bobby, Shiro jatuh. Aku mmg tak sedap hati dan selalu bayangkan akan terjadi macam tu sbb Shiro suka memanjat. Suka duduk kat tembok luar. Tapi aku tak pernah tengok Shiro meniti paip air tepi rumah tu. Mungkin sbb smlm hujan tembok tu licin.
AKu balik rumah jam 8.20pm, kelam kabut mandi sbb lom solat lg. Selalunya aku akan pastikan kucing2 aku cukup semuanya. lepas isyak baru aku keluar bilik, ngemas rumah then aku perasan Shiro tak ada, selalunya kalau dia tersesat kat tkt 10 dia akan mengiau, tapi aku tak dengar pulak suaranya. Aku keluar cari Shiro bermula tkt 13. then aku terasa nak jengok ke bawah. Ya Allah, shiro kat bawah. Aku rasa lemah betul badan. Aku dan Ayang terus turun ke bawah, aku soh Ayang panggil Haziq. aku yg angkat shiro, masih lembut badannya dan belum sejuk, maknanya baru jatuh. Shiro dah tak ada. tapi tak ada darah langsung cum aku rasa kaki dan tangannya patah. Shiro mengandung dan aku rasa dah cukup bulan. dah besar sgt perutnya.
Aku angkat shiro bawa naik atas. Abah balik bila haziq bg tau. kami cuba juga sedarkan shiro, manalah tau dia pengsan saja. tapi dia dah tak bergerak. aku letakkan dlm bakul. kul 11.30 mlm kami tanam Shiro. Badannya baru mula mengeras, sah Shiro dah mati.
Shiro ni mmg kelakar, masa kecilnya dia suka hisap jari Ayang, dah besar badannya gemuk, dia suka tidur terlentang. Tambahan waktu mengandung. Tapi dia sgt aktif, berlari ke sana sini.
Mama akan rindu shiro, tak ada lagi kucing mama yg akan tunggu depan pintu bilik air lagi bila mama membasuh. Shiro suka perati mama membasuh kasut budak2 kat bilik air. Shiro juga paling suka cakar pintu bilik air , kalau dia nak masuk dan ada org dlm bilik air. tapi shiro garang, kalau mama geram, mama akan peluk shiro kuat dan cium2 muka shiro, dan shiro akan usahakan utk cakar mama. tak ada lagi shiro utk tidut di katil ngan mama.
mama akan rindu yoshiro ... nilai kasih sayang yg tak ternilai harganya ... May 2009, masa aku bawa Shiro balik, jumpa kat tong sampah masjid. Aku pangku Shiro dr mula aku ambil dia sampai akhir hayatnya.
28 Mei 2010 - Haziq dah masuk 16 tahun. Dah besar anak mama dengan pelbagai ragam. Lain anak lain kerenahnya. Haziq ni jenis yg tak melawan tapi adakala buat benda2 bodoh dalam diam.
Mulanya sambut birthday kat kampung. Kebetulan balik kampung Gemas. So buatlah sikit potong kek dan makan utk kaum keluarga saja. Then balik KL , pi dinner kat Legend Hotel. Sebenarnya aku dah lama beli voucher dinner, masa MATTA fair hari tu. So aku gunakan utk birthday haziq, tu yg buat danial sedikit jeles tu ....
yg aku geram ni, tak ada kamera. kat kg guna hphone Ijat. Kat hotel guna hphone haziq je.
22 Mei - Lestari buat sukaneka, meriah juga cuma timing sedikit tak kena bila Sabtu ramai yg sekolah. Petangnya ramai org. Bermula ngan pagi acara mewarna dan sukaneka, petangnya pakaian peragam, acara kolam, iron man dll. Pakaian beragam ramai pulak yg masuk mmmm. Apa pun kami kepenatan kerana dah seminggu lewat tidur asyik balut hadiah dan buat persediaan.
Makan tengahari yati , pembentu kedai aku yg masak, boleh tahan juga. dan petangnya zaki masak.
Sabtu 15 Mac, aku ke Raub dengan abah, ayang, anje, abg Jai dan Kak Nor. Dah lama sebenarnya tak menjejakkan kaki ke kampung halaman arwah abah. Last sekali beberapa tahun lepas masa cucu buah aku kawin. Hehehehehe cucu buah, nak wat cam mana dah pangkatnya cam tu.
kak chah buat kenduri arwah abg dollah. Ramai sedara mara yang hadir, abg wahab dan anaknya, keluarga abg dolah dan lain2. Ada juga pangkat2 anak sedara, cucu sedara yang baru aku kenal. Lama juga dari kul 11 pagi sampai sana hingga kul 6 petang. Abg Nan sampai dari Pekan jam 1.30 pm dengan mak, kak mi dan 2 anaknya.
Aku bawa anak2 aku ke Sekolah Kebg Mohd Jabar. Sekolah ini mengambil nama arwah datuk aku. zuraini bt ahmad bin mohd jabar. Terlalu banyak sejarah di Raub dan sejarah asal keturunan dan susur galur keluarga yang aku kurang tahu. Kena cari buku - Sejarah Raub, yg ditulis oleh salah sorang kaum kerabat unruk aku mencari asal usul keturunan. Tapi aku tahu kami dari Tanah Tinggi Sumatera dan dikatakan banyak peralatan kebesaran yang disimpan oleh anak Cu Nab yang di Melaka.
Masa di Raub aku nak gelak pun ada, ya lah yg tua2 dr aku panggil aku Tok Su hahahaha. Mana taknya dah aku dan neneknya sepupu. Kiranya aku cucu Mohd Jabar yang paling bongsu. Abah dapat anak lewat, dah mencecah 50 thn baru dapat anak sulung, diwaktu sedara2nya dah bercucu. Bila Ana panggil Abg Hamid , pak cik, semua ketawa besar .... sebab dia patut panggil abg walaupun Abg Hamid dah 60 thn. Aku pulak, aku akan panggil mengikut usia, walaupun pangkat anak buah aku tetap panggil Abg/Kakak. Yalah takkan aku nak panggil org yg umur 60 thn tu dengan panggilan nama semata2 aku pangkat mak sedara ......
Seronok balik sana sebenarnya, sempat juga melawat tanah abah. Abah sendiri sebenarnya tak tahu yg datok membeli dan menamakan tanah tu dengan nama abah. Dan sekarang kami yang akan mewarisinya , cuma agak complicated sebab geran besar belum dipecah dan semua nama yg ada di situ dah menginggal. Tanah abah adalah yg paling besar dan sekarang nampaknya abg nan kena usaha uruskan perkara ini.
Aku sebenarnya rindukan mereka-mereka yang telah tiada .......
4 Mei - aku ke klinik Baharom lagi. Actually dah hampir sebulan aku punya date appoiment lari. My result - masih ada kuman RA tapi bacaannya turun 1/2, menjadikan 200. So sambung injection dan ubat2 + injection utk hepititis B. Asid urid dah back to normal, maknanya boleh ler aku makan paru goreng lagi hehehehe .... so lepas ni ada 3 siri injection lagi, Ya Allahhhhhhh letihnya aku makan ubat.
Aku sebenarnya tension ni, camera hilang. Balik dr Pekan sampai lah aku cari camera tak jumpa. Sekor makhluk dalam rumah tu pun tak ngaku bg hilang. Miki pun jawab tak tahu, wal hal dia semedang je ada dalam rumah, tak leh harap betui. Shiro, Putri itam dan bobby junior apatah lagi, semuanya tak tahu. tahu makan dan tidur ja .......
Ahad, 25 april - mak masuk hospital pekan dah 3 hari. So kami ke pekan (aku, abah, ayang dan anje) serta kak nor dan abg jai. haziq dan danial tak ikut. 3 hari 2 mlm kami di sana. Ita pun ada. Kakak, abg wahid dan kak fadilah kemudian sampai juga. masa mula tengok mak mmg rasa cemas juga, tapi agaknya dengan semangat anak2 dia semakin segar. Aku beli je apa yg mak nak makan, mee, kuih, abc dan apa je yg dia sebut. Mak disahkan mengalami kegagalan buah pinggang stage 5. maknanya dah totally rosak dan perlu buat dialisis. 2 mlm aku temankan mak di hospital. mlm seterusnya kakak pula, lepas aku balik KL. Rabu mak dah boleh keluar, alhamdullilah. Cuma nanti kena ke kuantan untuk checkup b4 buat dialisis.
Sabtu 24 April - aku ke majlis penyampaian hadiah SMST. 1st time pi tengok anak ambik anugerah cemerlang hahahaha last sekali masa budak2 ambik sijil tadika. ni lah 1st time pi sekolah depa. Terkejut pun iya juga bila danial cakap dia dapat anugerah, sijil je sebenarnya tapi besar maknanya utk dia dan aku juga. tak sangka lah pulak sbb dia mmg bnyk main. buku langsung tak buka. Dapat juga anugerah progressif, oklahhh tuuuuu.
Dah seminggu aku ambik pembantu baru, namanya Mohd Farok Sohan, warga Bangladesh. Geng ahli mesyuarat tingkap panggil dia Shah Rukh Khan, menyahut pulak dia mmmmm. Tapi dia dah lama kat Malaysia, agak fasih dan memang paham cakap kita.
Budaknya mmg rajin, jenis yg nak bekerja, bukan nak bermanja hahahahahaha. Aku pun mlm2 boleh tengok buku budak2, tak lah dok kedai lagi. Last week masa dia kena buka kedai pagi, dia kerja sampai jam 7pm, mlm aku tolong pulak. Seminggu je cam tu aku dah nak pitam. Lah ni, Zaidi je buka pagi since dia jual kuih muih dia. Sohan masuk thari sampai tutup kedai. Lega aku sbb tenaga aku dah habisssss .......
Bersama cikgu poco2. Ni pun tak cukup korum, ramai yg tak ada minggu ni.
Seronok bila sesekali menjiwai anak2 .....
13 A - Seperti biasa setiap minggu aktiviti AMT ialah poco2. Tapi minggu ini tambah 1 lagi aktiviti hahahaha berendam. Nak kata berenang ..... belajar tak pandai2, asyik tenggelam ja.
Lepas berjoget, ntah sapa lah yg usulkan utk mandi, tiba2 normah dah turun ngan tuala. So aku, Madihah, Hasnah dan Ayu apa lagi terjun sekali. Then Baby join .... tu diaaaa bila ibu2 bersuka ria ngalahkan budak2. Cuma normah ngan baby je yg pandai berenang. Hasnah boleh sikit2. Yg lain2 sampai sudah tak pandai. Siap berebut papan renang ngan anak2 madihah .... Sampai kul 1 jugalah bersuka ria. Bila Mat sampai ngan daging dan ikannya, aku baru naik dr kolam. Time to cook.
Apapun enjoy betullah ...... Bak kata Madihah, patut ler kalau panggil budak2 naik dr kolam payah betul, rupanya memang syokkk dok dlm kolam.
--------------------
12 A - Sara's birthday (anak Hasnah), buat kat dewan. so ramai geng2 yg hadir. Meriah juga, tambahan ada sesi karoke dan cabutan bertuah. Masakan ... of course my chefs yg masak.
background - hasnah memang creative.
apa ler yg diumpat dek AMT tu .....
Happy birthday Sara. ( yg besar kat belakang tu Baby.)
14 A - Siri akhir kerana aku telah berhentikan dia kerja, sebelum keadaan menjadi lebih teruk. pompuan tu mmg tak tahu aku nak katogerikan sebagai apa. Kawan aku cakap - gersang, pembantu kedai yg sorang lg cakap - gedik. Member aku cakap - mengada2. Baby cakap - eeee geli saya. Semua aku dengar cakap2 org sebab apa yg dicakap mmg aku tak pernah dengar sendiri. Depan aku baiiikkkkk je dia cover line. Tak dengar langsung dia sebut diri dia adik. Pokoknya tak bersuara tetapi sesekali bila dia bersuara aku pun rasa pelek gak pompuan ni.
Kemuncaknya bila baby bercerita yg dia nak bawa anak2 dia duduk sini, bersekolah di sini sebab abg suruh. Abg tu ialah suami aku mmmmmm ni dah lebihhhhh. So aku perang besar ngan laki aku. Dr dlm keta, sampai parking pasar, sampai keluar keta, 1st time aku cakap kau aku je ngan laki aku dan suara aku menjerit hahahahaha. Sebab dia marahkan aku dengar cite org. Masalahnya kalau pompuan tu tak bercerita ngan org, tidaklah org bercerita ngan aku. Pokoknya 2 hari dia tak ada mmg mcm2 cerita aku dengar, dari hal kerja, hal mulut tak ada insuran dan perangai nak goda org + dok menggedik ngan laki aku ngan suara yg manja. Sampaikan tukang2 masak tu tak nak masak pun dua ngadu - Banggg, dia org ni tak nak masak utk adik- eeee geli tekak aku. bila zaki dan amir makan, time tu dia soh depa masak - bila depa buat bodoh dia ckp - kalau adik minta lambat je, kalau org lain minta cepat je bangun .... mmmm org lain tu SIAPA YA????? .. member2 aku yg dengar ckp - dia refer kat aku mmmm tul ke?
Petang sabtu lepas gaduh tu, aku turun bawah buat bodoh je. Then baby cakap yg laki aku soh aku hantar msg kat pompuan tu ckp jgn datang kerja lagi. Aku iayakan ja tapi tak hantar pun. So mlmnya laki aku sendiri yg cakap, msg pompuan tu ckp tak yah dtg lagi. Masa baby call dia , boleh pulak dia tanya - abg tahu tak yg kak zu hantar msg tu, hahahahaha. biul punya budak. aku ni baik ngan org yg baik ngan aku je, dont' play2 hahahahaha. tapi sejak 3 hari dia tak ada aku rasa customer dah kembali ramai sbb sebelum ni mmg terasa yg customer dah kurang, may be ramai yg meluat ngan dia. Apa pun aku rasa lega sbb aku tak buat dosa lagi mengata dia, muka aku pun tak muncung lg bila dok kedai. hati aku rasa aman .... pelek betullah pompuan ni .... boleh buat script drama. Marah ke aku sebenarnya bila dia mcm mengada2 ngan laki aku? cemburu ke? mmmm nak kata cemburu sgt tu tak lah. tapi cemburu lah juga sbb dia laki aku , dan aku marah sbb dia cam nak sama ngan aku. ehhhhh sudah lebih ni.
Pembantu kedai aku Nor si janda umur 34 tu aku tak tahulah nak kategorikan sebagai apa. Bukan sebab dia janda tapi aku rasa merenyamnya semacam lah. Sib baik dr awal aku tak layan sgt. Balik dr cuti 5 hari, badan penuh love bite, dr leher sampai ke badan. Disahkan oleh room mate dan house mate dia. Mmg dia pi jumpa bangla tu masa cuti. ishhhh tolonggg lah kut terdesak pun pilih2 lah org. Then dia bercerita ngan baby yg dia akan kerja bulan ni saja sebab bulan depan dia nak kawin ngan bangla tu. Aku tak kisah lah asal jgn dia kawin ngan laki aku dah la. Kut aku nak bermadu pun biarlah madu yg ada ilmu akhirat dan ilmu dunia. Idak ler sampai mati asyik tension je. Smlm aku dengar khabar2 yg dia menangis, rupanya Abang La (bangla) yg dicintai nak balik negeri mmmm ?????? betul ke? ke dah lunyai dan kenyang bangla tu, apa tunggu lagi. ntah2 bangla tu dah dpt penyedap baru @ risau yg periodnya tak dtg2 tu.
Smlm pulak dia minta nak habis kerja awal kul 9 sebabnya dia nak jumpa bapa saudara dia. Yg peleknya dia ckp bapa sedara dia ni suami pada mak sedara dia (adik mak dia), datang sorang nak jumpa dia sebab dah 5 thn tak jumpa. tinggal kat sg besi. Apa kejadah punya cerita. Rumah mak Nor ni kat Cheras, bapa sedara dok sg besi , 5 thn tak jumpa hahahahahaha anak aku pun gelak dengar auta keling cam tu. So malamnya dia mmg gelisah betul nak tunggu kul 9. Then kul 9 dia naik atas, bersiap. Baby ckp siap bersolek dan nak pinjam tudung baru baru. Baby tak kasi. Then dia dok sibuk cari helmet. Si bapa sedara datang dengan motor kul 9 lebih. Nak bawa pi jalan sebab dah lama tak jumpa ???????? Paling buat aku loya bila dia dok bercerita ngan baby yg bapa sedara dia sukakan dia .... oooooohhhhh tidak ..... Ni spesis mak Safiah, budak yg mati kena dera ngan jantan pak we dia tu. Main redah je semua org .... asal ada yg melayan.
Aku mmg tak boleh nak get along ngan dia lah, dr mula lagi ...... so hari ni apa pulak drama dia aku tak tau lah.
2 A - Semalam tengahari najwa call, cemas sekali. Shiro nak beranak, dah keluar 1/2. Mlm sebelumnya aku nampak Shiro gelisah sgt. dah ada bledding darah pekat melekat kat cadar aku sbb mlm tu dia tidur atas katil aku dan lantai. So kami sediakan laci kosong utk Shiro. Peleknya perutnya tak tegang spt kucing yg dah sampai masa nak beranak. Gelebeh cam biasa je, shiro mmg gemok. akhirnya dia beranak pun kat laci tu. Tapi sebenarnya dia keguguran. Anaknya 1 je, tak cukup bulan.
Lepas tu shiro cam kena meroyan, si bobby jadi mangsa. Dia anggap bobby mcm anak dia. digigit bobby bawa masuk bawah katil sampaikan susah bobby nak pi makan. kalau bobby keluar dr bawah katil dia akan mengiau2 mencari. Sian betul tengok Shiro, tak sangka sifat keibuan kuat sekali. kat perut shiro rasa cam ada lagi. Isnin nak cutilah nak bawa shiro ke klinik haiwan. Sian shiro.
Anak Shiro yg keguguran bersama karung.
Shiro menggonggong Bobby cam anak sendiri. Takut Bobby hilang.
Dalam Chicken Hut. Aku bangga mendaftar sebagai PENDERMA ORGAN.
Mendaftar untuk cek buah pinggang sempena Kempen Buah Pinggang (Hari Buah Pinggang Sedunia) anjuran HKL
Confirm buah pinggang aku sihat. Alhamdullilah.
Jumaat lepas 26 Mac, aku, wan dan suhaila mendaftar sebagai perderma organ. Mulanya kami bersantai urut reflexologi ngan org buta, dia org buka ruang urut sempena pesta buku. Then kami makan kat chicken hut. Rupanya kat the mall ada HKL buat kempen pemeriksaan buah pinggang dan menderma organ. Kami terus daftar sebagai penderma organ. mmmmmm derma organ???? bunyinya cam ngeri. Tapi bila fikir semula, apa lah yg kedekut sangat, dah mati pun nak kedekut. Selagi belum jasad masuk keliang lahat, buatlah kebaikan. tu yg aku cakap kalau org mempertikaikan bab derma organ.
Pemeriksaan buah pinggang, alhamdullilah semua ok. cuma berat badan aku je yg terlebih sudah ....
Alamakkkk appoiment aku di klinik baharom, bila nak pi ?????? Ubat dah complete semuanya ...
Pembantu kedai ni dah beberapa minggu kerja kat kedai tu. Aku tak cakap sgt ngan dia, hal2 kerja saja. Maybe caranya buat aku tak boleh nak get along. Aku rasa dia mengada-ngada dan gediks. Insiden2 yg berlaku buat aku lebih menjauhkan diri. Dia seolah2 nak perhatian terutama dr jantan2 yg ada, sampaikan zaidi, zaki dan amir naik meluat. Dia seperti nak sama ngan aku dan Baby. Agaknya sbb hari2 Abah depa ambik aku dr kerja so dia pun minta abah depa hantar dia pi tempat kerja lama nak ambik gaji, hantar pi buat buku bank tapi sebelum sempat nak hantar dia pi interview Baitulmal nak apply bantuan, aku dah sound dulu. Gaduh jugalah. Bukan sbb aku cemburu, tapi aku geram sbb aku ni jenis independent, semua urusan aku buat sendiri, mana aku harap laki aku buatkan. Si Nita yg selalu dtg kedai dan pernah dok minta tolong abah depa pun aku tak pernah nak cemburu, lawa lagi orgnya. Rasa nak membantu lagi ada, apa lg dia dr Sabah. Dok sini ngan anak saja. Si pembantu kedai ni, aku hantar baju dobi, dia pun hantar baju dobi. Lani gatal dok bahasakan diri dia Adik hahahaha nak sama ngan Baby lah kot. Sampaikan ngan Danial pun dia bahasakan diri Adik. Paling buat aku bara bila Mat cerita dia ckp ngan abah depa -Abg, tolong buatkan adik kopi ais 1. hahahaha tu kira gedik ka gatal ka, aku pun tak tau. Last week dia sibuk sbb tak period, ada hasil ka sejak jumpa Bangla tempoh hari mmmmm
Isnin malam lepas, tiba2 kawan2 aku dok call minta turun bawah. aku dah tergerak hati depa ni sah ler dok beriya belikan kek utk birthday aku ni. Masa aku turun memang betullah depa beriya berkumpul dok pasang lilin kek coklat. So nilah dlm seumur hidup aku meraikan birthday aku hahahaha. Then abah soh zaki goreng mee dan behoon. Ramai gak yg ada, Faezah, Madihah, Baby, Normah, Faiz, Hasnah, Anum. Siap dpt hadiah Jubah lip lap lagi. Segannya aku ... sbb aku ni kdg2 birthday sendiri pun lupa. Pas tu aku dah teragak2 nak terima bayaran bila sebelumnya depa dok makan/minum yg lain. Tengah mlm sikit fauziah dtg ngan husband dia, bawa hadiah coklat hehehehe. Aku ngan husband dia tak berapa sangat ... kenapa tak suka ... biarlah rahsia.
15 Mac 2010 - hari ni genap umur aku 39 tahun ..... tapi aku rasa macam 29 saja ... cam mana tu? Mlm tadi yg awal wish aku si Ita, kul 12 beberapa minit saja dia dah msg. Then Haziq dtg peluk aku wish aku Happy birthday, Amok dok nyanyi sajalah. Pagi ni Kak Ina call, then kawan2. then barulah 1 msg sampai ... ingat dah lupa. My hubby mmmmm pelek aaaa kalau dia ingat tarikh2 semua ni. Umur bini pun dia lupa. Umur dia sendiri pun selalu tersasul. Tapi aku pun jenis yg tak reti nak celebrate birthday ni. Kadang birthday aku pun aku lupa juga ...
Tapi aku rasa sekarang jauh lebih matang dari dulu. Cara berfikir dan cara bertindak dan lebih cool. So prepare for 40's pulak lepas ni. Ya Allah cepatnya masa berlalu, kejapnya nak tua.
Aku ada anak baru. Ayang bawa 2 ekor anak kucing, kononnya mak kucing tak peduli. Aku marah soh dia pulangkn pd mak kucing tu. But then dia bawa balik sekor, sbb katanya mak kucing cuma bawa lari yg putih saja. yg belang2 mak kucing tak nak. Dah nangis bagai nak rak nak juga kucing tu. Tapi comelnya, aku pun sebenarnya terus berkenan tengok kucing tu. mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. So aku bela juga. Sbb bulunya cam arwah Bobby, kami panggil dia Bobby. Manjanya bukan main. Itam dah besar, seperti biasa, dia cam tau2 saja setiap kali aku masuk rumah. Mulalah dia ngiau cam tak makan sebulan. Tidur pun kdg2 atas katil. kembar Itam sekor dah arwah, dari ambik mmg cam tak sihat saja.
Shiro dan Itam yg dah makin besar.
Miki dan Itam , atas riba mama, lepas sembahyang menyendeng 2-2 ekor ni nak naik atas riba.
Ni Bobby junior, comel, tak mampu aku nak kata Tak Nak pada Ayang. manja bukan main.
11M - Lama tak update blog ni, sbb memang bz giler. Apa nak cite ye :-
1. Bulan ni bulan kursus, Ya Allah letih aku dok masuk kelas, setiap minggu ada kelas sampailah hujung bulan aaarrrggggggg. Minggu depan cuti sekolah pun ada kelas mmmmmmm.
2. 6 mac ada majlis rumah terbuka thn baru cina kat Lestari. Seperti biasa kerja bagai nak rak, yg menapau macam tak cukup makan set2 tu kebulur tu yg tak reti nak simpan utk org belakang. Batang hidung tak nampak, time makan menyerbu dan menapau sampai makanan tak cukup. So tukang masak aku yg kerja keras buat mee dan beehoon goreng mencukupkan makanan. Sessi karoke hehehehe kelakar bila mak2 dara menunjukkan bakat sampai kena suruh balik sbb dah kul 11.30 pm. Takut ada yg baling telur dr atas nanti.
3. 7 Mac - poco2 hahahahaha sejam je, akibatnya rasa nak mengesot je bila nak berjalan. Makan 3 pinggan, tidur 3 jam, sakitnya badan. Lunch paling kelakar, ari tu Amir ada offer nak bawa budu thailand, aku ckp aku tak makan budu. So dia bawa utk dia ngan zaki makan sajalah sebungkus. Tapi hak ni mak datok mmg 1st class budu. Sekali makan tambah 3 kali nasi, cam mana tu. Mmg lain sungguh budunya. Mulanya aku ingat daun ketom sebab dibungkus dalam plastik cam kat tv tunjuk depa bungkus ketom. hampeh.
4. Assistant kedai yg baru - si janda umur 34 mmmm. So aku bg dia dok ngan baby. Janda anak 2, laki yg jaga anak dia, dah ada pakwe bangla issshhhhh no komen lah. Amir dan zaki nampak bersemangat sbb selama ni jantan je kat kedai tu. Harap baby yg tembam buat penawar. Aku tak berapa nak sembang ngan dia sbb dia nampak pendiam tp sekali cakap cam becok sikit. pas tu masa 1st time jumpa, aku tanya umur berapa, dia jawab 34. So aku cakap ooo muda lg, maksud aku muda dari aku. dia jawab - mmg semua org ingat dia umur 27, org tak caya umur dia 34. Aku terkelu dengar, perasannya hahahaha.
5. Ubat aku belum habis lagi, bosannya makan ubat.
6. Last 2 weeks aku buat kelas facial Mary Kay, panggil Dira ajar budak2 kat opis. bertempek2 muka semua org ngan mask. Aku pun dah pakai 1 set Mary Kay, hak paling murah ler, tu pun dah rm200 lebih lah juga. kalau tak lawa juga tak tahu lah.
7. Kak Lee ke Mekah buat umrah Ahad ni. Teringat aku masa ke sana Jun 2009. terbayang2 lagi di mata saat2 tu. Seronoknya tidak dapat diucap dgn kata2. moga Allah murahkan rezeki aku ke sana lagi.