Monday, March 22, 2010

Birthdayku lagi ....

Isnin malam lepas, tiba2 kawan2 aku dok call minta turun bawah. aku dah tergerak hati depa ni sah ler dok beriya belikan kek utk birthday aku ni. Masa aku turun memang betullah depa beriya berkumpul dok pasang lilin kek coklat. So nilah dlm seumur hidup aku meraikan birthday aku hahahaha. Then abah soh zaki goreng mee dan behoon. Ramai gak yg ada, Faezah, Madihah, Baby, Normah, Faiz, Hasnah, Anum. Siap dpt hadiah Jubah lip lap lagi. Segannya aku ... sbb aku ni kdg2 birthday sendiri pun lupa. Pas tu aku dah teragak2 nak terima bayaran bila sebelumnya depa dok makan/minum yg lain.
Tengah mlm sikit fauziah dtg ngan husband dia, bawa hadiah coklat hehehehe. Aku ngan husband dia tak berapa sangat ... kenapa tak suka ... biarlah rahsia.

No comments: