11M - Lama tak update blog ni, sbb memang bz giler. Apa nak cite ye :-
1. Bulan ni bulan kursus, Ya Allah letih aku dok masuk kelas, setiap minggu ada kelas sampailah hujung bulan aaarrrggggggg. Minggu depan cuti sekolah pun ada kelas mmmmmmm.
2. 6 mac ada majlis rumah terbuka thn baru cina kat Lestari. Seperti biasa kerja bagai nak rak, yg menapau macam tak cukup makan set2 tu kebulur tu yg tak reti nak simpan utk org belakang. Batang hidung tak nampak, time makan menyerbu dan menapau sampai makanan tak cukup. So tukang masak aku yg kerja keras buat mee dan beehoon goreng mencukupkan makanan. Sessi karoke hehehehe kelakar bila mak2 dara menunjukkan bakat sampai kena suruh balik sbb dah kul 11.30 pm. Takut ada yg baling telur dr atas nanti.
3. 7 Mac - poco2 hahahahaha sejam je, akibatnya rasa nak mengesot je bila nak berjalan. Makan 3 pinggan, tidur 3 jam, sakitnya badan. Lunch paling kelakar, ari tu Amir ada offer nak bawa budu thailand, aku ckp aku tak makan budu. So dia bawa utk dia ngan zaki makan sajalah sebungkus. Tapi hak ni mak datok mmg 1st class budu. Sekali makan tambah 3 kali nasi, cam mana tu. Mmg lain sungguh budunya. Mulanya aku ingat daun ketom sebab dibungkus dalam plastik cam kat tv tunjuk depa bungkus ketom. hampeh.
4. Assistant kedai yg baru - si janda umur 34 mmmm. So aku bg dia dok ngan baby. Janda anak 2, laki yg jaga anak dia, dah ada pakwe bangla issshhhhh no komen lah. Amir dan zaki nampak bersemangat sbb selama ni jantan je kat kedai tu. Harap baby yg tembam buat penawar. Aku tak berapa nak sembang ngan dia sbb dia nampak pendiam tp sekali cakap cam becok sikit. pas tu masa 1st time jumpa, aku tanya umur berapa, dia jawab 34. So aku cakap ooo muda lg, maksud aku muda dari aku. dia jawab - mmg semua org ingat dia umur 27, org tak caya umur dia 34. Aku terkelu dengar, perasannya hahahaha.
5. Ubat aku belum habis lagi, bosannya makan ubat.
6. Last 2 weeks aku buat kelas facial Mary Kay, panggil Dira ajar budak2 kat opis. bertempek2 muka semua org ngan mask. Aku pun dah pakai 1 set Mary Kay, hak paling murah ler, tu pun dah rm200 lebih lah juga. kalau tak lawa juga tak tahu lah.
7. Kak Lee ke Mekah buat umrah Ahad ni. Teringat aku masa ke sana Jun 2009. terbayang2 lagi di mata saat2 tu. Seronoknya tidak dapat diucap dgn kata2. moga Allah murahkan rezeki aku ke sana lagi.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment