Friday, April 2, 2010

Shiro Keguguran

2 A - Semalam tengahari najwa call, cemas sekali. Shiro nak beranak, dah keluar 1/2. Mlm sebelumnya aku nampak Shiro gelisah sgt. dah ada bledding darah pekat melekat kat cadar aku sbb mlm tu dia tidur atas katil aku dan lantai. So kami sediakan laci kosong utk Shiro. Peleknya perutnya tak tegang spt kucing yg dah sampai masa nak beranak. Gelebeh cam biasa je, shiro mmg gemok. akhirnya dia beranak pun kat laci tu. Tapi sebenarnya dia keguguran. Anaknya 1 je, tak cukup bulan.

Lepas tu shiro cam kena meroyan, si bobby jadi mangsa. Dia anggap bobby mcm anak dia. digigit bobby bawa masuk bawah katil sampaikan susah bobby nak pi makan. kalau bobby keluar dr bawah katil dia akan mengiau2 mencari. Sian betul tengok Shiro, tak sangka sifat keibuan kuat sekali. kat perut shiro rasa cam ada lagi. Isnin nak cutilah nak bawa shiro ke klinik haiwan. Sian shiro.
Anak Shiro yg keguguran bersama karung.

Shiro menggonggong Bobby cam anak sendiri. Takut Bobby hilang.

No comments: