Wednesday, January 9, 2013

Hepi Besday Ayang


9 Januari 2013, genap ayang 11 tahun.  Dah besaq anak dara tu.  Cuma tahun ni mungkin dia akan rasa sunyi sikit, sbb tak de kawan nak raikan.  Harap Asri dan Aziz, anak jiran sebelah je lah.  kalau dulu ramai kawan2 kat rumah lama. So thn ni celebrate anak beranak dan anak2 jiran sebelah je.
Selalu aku ingatkan dia, dulu mama abah kecik2 tak merasa buat besday pun. Sampai dah tua ni, kadang2 besday sendiri pun lupa.
Pernah tahun2 sebelum, pagi2 haziq wish happy birthday mama, aku terkebil2 dok fikir, apa tarikh hari tu hihihihihi ....

*** balik sekolah ayang cerita - thn ni 1 kelas nyanyikan hepi beday utk dia.  kebetulan cikgu collect form maklumat murid, then cikgu nampak tarikh lahir ayang hari ni.  so cikgu  minta semua kwn2 dlm kelas nyanyikan ayang hepi besday.  sebagai pelajar baru, mmg dia tersipu2 lah ....

Tuesday, January 8, 2013

Sekolah Baru 2013

Bermula 2 Januari 2013, Amok, Anje dan Ayang bersekolah di sekolah baru.
Anje dah masuk form 1, sama sekolah dengan Amok di  SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Ayang di Sekolah Kebg Taman Seroja.


Sekolah baru kena ada azam baru ya .... terutama yg nak ambik SPM tu. 

Koleksi Set Cawan Arwah Mak




 Ini adalah antara koleksi set cawan / gelas mak.  ada 1 set gelas lagi dan piring2 hidang yang datang dengan corak yang sama. Sayangnya set cawan bercorak jagung bunga purple tu, tekonya dah hilang. Koleksi ini dalam simpanan kakak. 


Friday, January 4, 2013

Perjalanan Ke Utara

Alhamdullilah Allah beri kesempatan pada aku untuk kembali ke negeri kelahiran yg dah setahun lebih tak jejak. Kali terakhir aku singgah Alor Setar, masa aku melawat arwah Melati di Perlis, singgah je AS dari penang sbb nak ambik Azie.  Betul2 balik AS, masa Shaari kawin, 3 thn lepas rasanya.

26 Disember, jam 10.30 kami bergerak ke Alor Setar, sekeluarga.  Seperti sebelum ni, sambil2 tu jalan2 cari makan.  So abah pun mulalah teringat mee rebus ramli kat ipoh. So kami masuk ipoh untuk lunch, puas merayau sbb kedai lama di bandar ipoh dah pindah ke Taman Tasek Jaya.  Dulu masa singgah makan mee ngan arwah mak, dah lama tu.

So puas merayau, aku google sajalah, jumpa juga akhirnya.  Mee sedap cuma aku rasa sesap lagi mee rebus makcik kat pasar mlm taman seroja hehehehehe ... apa pun habis juga.  nasi ayamnya pun nampak biasa saja.  Singgah solat then meneruskan perjalanan.  Kakak dah berkali2 msg, asyik tanya ada kat mana, kul berapa sampai.
mee rebus ramli
Sempat lagi melencong ke Penang, nak feri.  last aku naik feri rasanya masa tingkatan 3, pi rombongan pesta penang.  masa muda belia.  tapi kali ni kereta pun naik feri.  Budak2 memang suka sangat sbb sebelum ni naik feri kat Langkawi tak boleh bawa kereta sekali.
Masuk penang, terus ke Padang Kota.  Pekena pasembur, rojak kangkung, coconut shake, laksa penang.  Dah kenyang, lepak kejap then terus naik feri semula, meneruskan perjalanan ke Sg petani.

Kami sampai SP dah jam 8.30 mlm.10 jam perjalanan hehehehe, kalau abg ipar aku, dr KL ke SP cuma 4 jam saja.  agaknya enjin kereta dia guna enjin kapal terbang.
Kat SP, Ita dah ada.  yg kelakarnya asyam ajak kawan2 dia dtg sbb katanya sepupunya anak dara dari KL nak datang.  So ada 3 kawan dia yg setia menunggu kat rumah, tiba2 yg keluar kereta ayang dan anje hehehehe budak2 lagi.

27 Disember - aku, kakak, abg wahid, ita dan 2 anak dara ke Padang Besar. Kopak lagi duit aku, barang aku sikit je, yg banyak barang anak dara 2 org tu.  jessy bola pun beli.  sambil jalan2 cari makan lagi.  Kat padang Besar kami pekena pulut mangga.  rasanya masa aku, azi dan wan dtg thn lepas, kedai yg kami singgah lagi sedap pulut mangganya.  Then on the way balik, singgah makan nasi ayam kat Canglun.  Haaaa yg ni mmg sedap.  Ayam bakarnya sedap, supnya sedap, jus nenasnya sedap.  Kedai ni tepi jalan dan biasa saja, kedai kampung. tak de tulis nasi ayam pun.  tapi sebab abg wahid mmg selalu singgah, so dia rekemen la kami makan situ.  kedai ni juga ada jual pansung ayam @ daging.  sup ayam @ daging di masak dalam buluh.  masa kami sampai dah habis sbb dah kul 4 lebih.  nasi ayam pun ngam2 ja utk kami berenam.  Tiba2 kakak teringat laksa kuala perlis, abg ipar aku lak melayan ja ... so patah balik ke kuala perlis, beli laksa beras.  makan laksa utk dinner kami.  aku awal2 dah msg abah, mlm ni makan laksa, aku tau abah mmg tak suka sgt laksa, so pandai2 lah dia pi cari nasi kat kedai. sebab mak2 org ni dah kepenatan nak masak.  Laksa kedai tu mmg sedap, tak ingat kedai apa, cuma tak jauh dari jeti kuala perlis.

28 Disember - kami ke alor setar, checkin kat homestay.  sebelum tu singgah lunch rumah Yan, jiran lama masa di lestari.  dia yg carikan homestay ni.  lepas asar baru ke rumah abg jai, sbb mlmnya ada tahlil di homestay penginapan keluarga sebelah pengantin perempuan.  Just buat sikit kenduri utk keluarga saja.  kakak datang ngan anak2nya.

anak2 dara di pelamin
Selamat Pengantin Baru
29 Disember - kenduri Suhaimi.  Abg nan sampai dari pekan pagi jam 5, tidur jap kat rumah ita, then baru ke AS.  1 bas sedara mara datang dari Raub dan KL.  Mmg tak sangka, kak wok dan kak menah ada bersama.  sebab kakak sepupu aku ni bukannya muda lagi, masing2 dah cecah 70 tahun tapi masih bertenaga dan boleh berjalan jauh. tak nampak letih pun. aku yg baru 40 ni, rasa nak patah pinggang duduk lama2 dlm kereta. Lepas makan, rombongan balik semula ke KL.  Kak Nor dan Dzafir bersama rombongan ini tapi abg balik kedah dgn sakinah dan 2 anak daranya.  mmm yg muda juga menang.

Azi dan Wan, sahabat baik aku sejak kami sama2 di sekolah teknik dulu juga datang.  Azi bawa pak we baru errrrrrr member sekolah teknik juga cuma kelas lain hehehehe.  mmm tak lama menjanda kawan aku ni, makan nasi minyak tak lama lagi ni.  Wan juga masih solo molo.  Next kenduri rumah kakak bulan 6 nanti, insyaallah aku nak buat reunion member2 sekelas masa di teknik  AS dulu.

Malamnya, family abg nan join aku kat homestay.  of course la aku mengangkut toto dan bantal dari rumah yan.  sib baik ada sahabat kat sana.  berita tergempar hafiz pun dah nak bertunang haaaaaaa biar betik.

Mlm tu juga Haziq balik Melaka, kawannya dr AS tolong belikan dia tiket bas.  sbb Isnin dia dah ada kelas.  Kalau ikut aku balik sure makin lambat.

ayang dan mee kari zul
30 Disember - kul 10 pagi kami dah keluar.  Destinasi pertama ke Pekan Rabu.  Nak juga perabih duit kat situ, beli pekasam, dodol dan lain2.  Then terus ke Tandop, tengok rumah lama kami.  Masih elok, abg nan dah balik repair sebelum ni dan akan disewa oleh pekerja di sekolah agama bersebelahan.  Oklah, asal ada yg jaga rumah. Sedih juga rasanya tengok rumah lama.  Last sekali aku balik bermalam di sini masa arwah mak mula tak sihat. Masa tu ayang baru beberapa bulan saja.  Masa tu kami adik beradik decide yg mak tak boleh dok seorang lagi dan bermulalah mak menetap ngan anak2, paling lama di rumah aku dan mak kembali ke rahmatullah juga di rumah aku.  Masa hidup mmg mak nak sgt balik tinggal di kampung, tapi kami yg tak bagi sebab keuzuran mak tidak membenarkan mak tinggal seorang.  Rumah ni tempat aku membesar ... hanya tinggal kenangan.  Aku singgah rumah Mak Basah dan Kak Ah,  Abg Man dah uzur benar nampaknya.
Kami meneruskan perjalanan pulang ke KL, singgah lagi di Bukit mertajam rumah ita.  Lepas lunch baru balik KL. errrrrr jln2 cari makan lagi .... abg wahid cakap kat tol xxx (tak ingat ler tapi sebelum tol rawang) ada kedai makan - zul mee kari. katanya sedap.  so kami singgah makan lagi. mmmmm sedap aku masak lg kot.  boleh bg markah 7/10.  sbb lemak sgt tak larat nak hirup kuahnya.  tapi org beratur panjang.

Akhirnya jam 10 mlm kami sampai KL, Alhamdullilah.  Kucing2 aku si tomok dan mak be dah meraung2 dr cermin tingkap bila nampak kami.  kucing jiran sebelah, si panjang pun seperti biasa datang juga bila nampak kami balik.  miki ntah kemana. keluar ikut tingkap tapi tengah mlm mengiau2 baru balik ....

home sweet home .... insyaallah bulan 6 aku balik kedah lagi.

my sister ngan mat black
bezakan saiz. 2-2 jenis limau nipis. tapi yg kecil dibeli dikedai. yg besar diberi oleh seorang pakcik sewaktu kami makan dikedai nasi ayam.  mungkin penduduk sekitar. masa tengah makan tiba2 pakcik ni datang ngan beberapa bungkus limau, 'ambiklah limau ni, dari pokok tepi rumah, buahnya banyak sgt'. then bungkus2 lain dia bagi pada kawan2nya yg ada berhampiran meja kami. terkejut sangat tengok saiznya, sangat besar, sangat wangi dan berjus. (agaknya berkat dia rajin sedekah, buah2 yg ditanam menjadi)