Setiap yg mula mesti akan berakhir. Bukan mudah nak buat pilihan, bukan mudah nak buat keputusan. Keputusan berat ini terpaksa diambil.
Abah dah decide tak nak buat tomyam lagi, sekaligus menamatkan perkhitmatan Zaki dan Amir. Aku memang sedih kerana mereka dah seperti keluarga sendiri dan dah setahun lebih kerja dgn kami. Tapi keputusan perlu dibuat. Agak drastik dan tiba2 juga.
Sebenarnya abah dah lama tak nak buat tomyam, yalah barang mentah mahal, pendapatan biasa saja. Dicampur pulak dengan mereka yg suka balik lama2, nak balik berdua, tak nak balik sorang2. Sib baik ada Yati penyelamat keadaan yg boleh buat nasi ayam bila dia org tak ada. Ditambah pulak dengan sikap baran Amir, asyik nak marah org, semua dia yg betul, hal rumah sewa pun kecoh. Sampai dia boleh bergaduh ngan Sohan, siap naik tangan, which is i myself don't like it. Pas tu nampak dia cam ada problem ngan Zaki. Abah soh Zaki tegur dia tp zaki cam dah putus asa ja, then zaki cakap 50-50 nak kerja lagi kat KL, dia nak ke Bahau cari peluang kat sana. Abah dah offer dia kerja sorang + kami backup ngan masakan lain tapi dia tak nak.
So masa dia ke Bahau, kedai tutup sehari then esoknya abah terus buat keputusan nak jual nasi ayam/nasi tomato dan yg selain thai food. Keputusan tu rasanya buat dia org terkejut besar sebab maybe all this while they thing we depends on them very much and cannot survive without them. Zaki minta nak sewa ruang kedai nak jual thai food, abah minta rm1500 sebulan which they can't afford to pay. Dia org nak RM600, mana dapat .....
Tapi dia org pergi cara baik, siap kirim salam kat aku. mmmmm mana nak dapat tokey baik macam kami, siap masak utk depa lagi. Aku sedih juga sbb dah setahun kenal. Tapi sepatutnya depa lebih prihatin, contohnya nak balik kg, baliklah sorang2, tak lah tutup kedai. Ni balik sampai 6 hari, kalau raya sampai seminggu lebih. Parahhhh lah.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment