Monday, December 24, 2012

Perjalanan Ke Selatan Lagi

21 Disember 2012 - sekali lagi kami ke selatan tanah air .... kali ni ikut rombongan suhaimi pulak. Dapat org Kulai.  So pagi Jumaat, kami gerak ke Kulai.  Dah alang2 berjalan, kami pun jalan2 cari makan sama.
Destinasi yg dicari semestinya nasi beriani gam batu Pahat.  Puas google mana yg best, tapi sebab Jumaat banyak kedai yg tutup.  So kami cari Restoran BP Beriani Power, lebih kurang cam tu lah namanya.  located tak jauh dari hospital.  Sedikit frust sbb beriani gam dah habis, yg ada beriani biasa. mmmm dah tau org suka, buatlah lebih sikit.

Apa pun selesai juga sepinggan beriani kambing + sirap bandung, sama seperti blog yg aku baca, nasi dan kambingnya mmg best, sirap bandungnya pun best. Abah pekena 2 pinggan beriani kambing.  Aku makan sepinggan pun dah kena telan panadol.  Harganya pun berpatutan.  Acar buah sgt sedap.  cuma lupa minta papedom, dek kerana lapar dan bau beriani yg mmmmmm menusuk kalbu, lupa papedom.

kawasan JPO
Then kami gerak terus ke Kulai, bermalam di hotel hehehehehe sabar je lah.  Aku book hotel ni online melalui booking.com.  tengok gambar, baca komen mcm menarik. Lagi pun ni je hotel yg boleh sumbat kami 5 org dlm 1 bilik. Bila sampai aku terkedu hahahahahaha hentamlah labu. janji dpt lelapkan mata mlm ni dah la.  Lepas magrib kami ke JPO.  sign board mmg out.  berpusing2 mencari jalan, walhal bkn jauh sgt pun JPO tu.  Walaupun sales, harga tetap mahal kecuali Levis saja. So danial dpt jeans baru, aku teringin juga tapi eerrrkkkk tak de saiz.  (apa korang ingat org malaysia ni kecik2 semua).

Seronok Suhaimi dapat bini hihihihihihi
Pagi 22hb, kami terus ke Felda Pasir Raja, tunggu di masjid.  Then baru rombongan abg jai sampai dari skudai.  Alhamdullilah semua berjalan lancar.  Tok Kadi sgt kelakar orgnya, relax sikit mi nak angkat nikah.
masa aku sampai dlm 9.30pg, suasana masih berkabus. mmg tak de pencemaran .... akad nikah kul 10 lebih.
Then lepak rumah makcik sebelah rumah pengantin. Kul 2 berarak dan bersanding .... alhamdullilah semuanya selesai.

Lepas kenduri, kami terus bergerak ke KL.  Sebelum tu pekena kopi dan roti bakar kat Kluang Rail Coffee.  Kedai kopi terkenal turun temurun di railway station kluang.  Kedai Cina hainan tapi 60% pekerjanya melayu.  Orang punyalah ramai.  Mmg kena tunggu tempat nak duduk.  Kopinya mmg best bg penggemar kopi macam kami.

Kluang Rail Coffee

Mata dah segar, terus gerak ke KL, singgah ambik Haziq di Politek Melaka.  Makan lagi sambil tengok bola, final singapore dan thailand.  pas tu terus ke rumahhhh ..... letak kepala mmg x sedar sampai pagi.