Thursday, June 10, 2010

Shiro Dah Pergi Untuk Selamanya

Aku pangku Shiro selepas aku bawa dia naik, masa ni badannya masih lembut, mcm tak ada apa berlaku saja.

Aku balut shiro ngan kain dan letakkan dalam bakul.

semalam 9 Jun aku kehilangan Shiro untuk selamanya. Seperti Bobby, Shiro jatuh. Aku mmg tak sedap hati dan selalu bayangkan akan terjadi macam tu sbb Shiro suka memanjat. Suka duduk kat tembok luar. Tapi aku tak pernah tengok Shiro meniti paip air tepi rumah tu. Mungkin sbb smlm hujan tembok tu licin.

AKu balik rumah jam 8.20pm, kelam kabut mandi sbb lom solat lg. Selalunya aku akan pastikan kucing2 aku cukup semuanya. lepas isyak baru aku keluar bilik, ngemas rumah then aku perasan Shiro tak ada, selalunya kalau dia tersesat kat tkt 10 dia akan mengiau, tapi aku tak dengar pulak suaranya. Aku keluar cari Shiro bermula tkt 13. then aku terasa nak jengok ke bawah. Ya Allah, shiro kat bawah. Aku rasa lemah betul badan. Aku dan Ayang terus turun ke bawah, aku soh Ayang panggil Haziq. aku yg angkat shiro, masih lembut badannya dan belum sejuk, maknanya baru jatuh. Shiro dah tak ada. tapi tak ada darah langsung cum aku rasa kaki dan tangannya patah. Shiro mengandung dan aku rasa dah cukup bulan. dah besar sgt perutnya.

Aku angkat shiro bawa naik atas. Abah balik bila haziq bg tau. kami cuba juga sedarkan shiro, manalah tau dia pengsan saja. tapi dia dah tak bergerak. aku letakkan dlm bakul. kul 11.30 mlm kami tanam Shiro. Badannya baru mula mengeras, sah Shiro dah mati.

Shiro ni mmg kelakar, masa kecilnya dia suka hisap jari Ayang, dah besar badannya gemuk, dia suka tidur terlentang. Tambahan waktu mengandung. Tapi dia sgt aktif, berlari ke sana sini.

Mama akan rindu shiro, tak ada lagi kucing mama yg akan tunggu depan pintu bilik air lagi bila mama membasuh. Shiro suka perati mama membasuh kasut budak2 kat bilik air. Shiro juga paling suka cakar pintu bilik air , kalau dia nak masuk dan ada org dlm bilik air. tapi shiro garang, kalau mama geram, mama akan peluk shiro kuat dan cium2 muka shiro, dan shiro akan usahakan utk cakar mama. tak ada lagi shiro utk tidut di katil ngan mama.

mama akan rindu yoshiro ... nilai kasih sayang yg tak ternilai harganya ... May 2009, masa aku bawa Shiro balik, jumpa kat tong sampah masjid. Aku pangku Shiro dr mula aku ambil dia sampai akhir hayatnya.

No comments: