Monday, August 31, 2009

MERDEKA



MERDEKA! hari ini 31 Ogos 2009, 52 tahun negara merdeka. Tadi kami sekeluarga tengok cite Hati Malaya kat tv. Kebetulan abg jai pun ada kat rumah. Aku tengok pun dah 1/3 nak habis. Tapi sebenarnya cerita tu sangat menyentuh hati. Banyak yg difilemkan yang pernah diceritakan oleh mak. contohnya Tunku yg dapat rumah bocor masa pindah ke rumah kerajaan.

Cerita tu buat aku hampir menangis. Abg Jai cite yg Tunku jual tanah bagi menampung kos nak ke London selain derma org ramai. Ya Allah mulia sungguh hati seorang yg bernama Tunku Abdul Rahman. Aku pandang anak2 aku, kalau aku sendiri tak tahu sepenuhnya sejarah kemerdekaan, apa lagi anak2 aku.

Dulu masa filem Hati Malaya ada dipawagam, aku rasa sambutannya sgt dingin. Tapi cerita tu patut dilihat oleh semua generasi hari ini. Penuh penghayatan. Sedikit sebanyak aku kenal siapa Tunku Abdul Rahman, org yg sangat simple, baik hati, lembut caranya tapi penuh berwawasan dan kental semangatnya.

Tak aku sangka tanggal 31 ogos adalah tarikh yg diberikan oleh datuk kepada Pak Lah untuk merdeka. Datuk pak Lah seorang tokoh agama yg sgt dihormati dan mempunyai firasat yg tersendiri. Katanya, kalau 31 ogos , Malaya tak merdeka, maka kita kena tunggu lagi 5 thn lagi. Jadi Tunku menetapkan 31 Ogos 1957 untuk Malaysia sambut merdeka. walaupun dalam tv, naik meremang sebenarnya dengar laungan merdeka dari Tunku.
Hari ini kita tak akan jumpa pemimpin semulia, seiklas Tunku dan para pejuang kemerdekaan seperti dulu.

Terima kasih Tunku, terima kasih semua pejuang kemerdekaan .... Al Fatihah untuk Tuanku dan Semua Pejuang.

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Berpuasa

22 ogos 2009, alhamdullilah aku masih bernafas di bumi Allah ini untuk menyambut puasa. Sabtu kami balik ke Gemas, berbuka bersama family Encik, Kak Tih, Uda dan Abg Ngah. Makanan berbuka mmmmm tak dapat aku nak rasa semua sebab terlalu perlbagai. Sup tulang, kari daging, daging masak halia, masak lemak telur, masak lemak ikan sungai, ikan keli sambal, rendang ayam maman etc. Seronok juga, rumah pun dah baru, rasa selesa.
Ahad malam kami berbuka di rumah abg ngah. Sebelum ke sana aku singgah pasar ramadhan, terjumpa Acu dan 3 org anaknya. rasa cam ada gap pulak. setahun tak jumpa selepas insiden raya thn lepas (raya thn lepas mmmmm rasa cam baru je 2,3, bulan lepas). Aku ada juga call @ sms mak cu tapi mmm sambutannya hambar. Tiba2 last week sms minta $$$. Hari tu aku call Acu yg jawab, suara mmg tak mesra alam langsung. time susah tahu pulak cari aku. Bukan aku tak nak kasi tapi aku pun sengkek. mana ada bonus tahun ni. sabar je lah.

Kat rumah mak, ada 2 ekor kucing, kecik sikit dr shiro. sian aku tengok. aku beli makanan kucing sekampit. nak bawa balik rasanya tak mampu aku nak bela bnyk2 lagi. lagi pun kucing tu dah biasa bebas kat kg. Idak ler macam my miki hehehehe pemalu, dok rumah je. cam pondan lah pulak. Nak balik aku letak bnyk makanan + air kat luar, moga2 hiduplah hendaknya 2 ekor tu. Tapi aku pelek ngan org2 yg tak de rasa kasihan ngan haiwan. Apa salahnya bagi kucing tu makan. bukan susah sgt.

My shiro dah besar, kesukaannya bergayut kat langsir, habis rabak langsir tu. cam mana nak beli langsir baru niiii. Miki selalu dok dekat2 aku, mungkin dia sunyi Bobby tak ada. Shiro pulak aku menggedik saja. sian miki.

Ros anak Kak Normah call, kak normah dah kat icu. so isnin aku ke HKL tengok kak normah. keadaannya agak kritikal, sian aku tengok. dia org yg bnyk berjasa dgn aku, dari haziq lepas pantang sampai 9 thn, dia yg jaga. tak banyak karenah. aku pi outstation, budak2 dgn dia saja siang mlm. Semoga dia akan sembuh.

Friday, August 21, 2009

Jamuan Makan



Sempena nak nyambut puasa, opis aku buat makan-makan ..... makan lagi. teringat kata2 seorang penceramah, peel org melayu. kalau seorang diri suka tidur, kalau berdua @ dlm kump yg kecil suka bergossip tapi kalau dah ramai suka buat makan-makan. mmm betul gak tu.
aku tak masak apa pun, beli roti canai je. malas nak masak. apa pun tetap buatkan aku lena sakan masa rehat, kekenyangan .... teruk betul.

Miki dah nampak ok, tak murung lagi. Aku pun slowly dah boleh terima Bobby tak ada. Walaupun masih bergenang air mata kalau teringat dia. terbayang-bayang keletahnya dalam rumah.

Esok puasa ... Selamat Berpuasa. Azam kali ni nak manfaatkan sepenuhnya bulan puasa ni, moda hidup sentiasa dalam rahmat Allah.



Sunday, August 16, 2009

Ke Pekan, Pahang

Semalam, 15 Ogos, aku, abah, tok, ayang, dan anje ke Pekan, Pahang. ziarah abang nan. Dia masuk hospital seminggu minggu lepas. sebab ada kursus berkeluarga tu aku tak dpt ziarah dia di hospital. Dia dah beransur sihat tapi sakitnya bukan biasa. Ada kaitannya dengan benda2 halus. Kaki kanannya bengkak, merah hingga aras lutut. sakit, berair. doktor confirm dia tak ada kencing manis, darah tinggi @ apa2 yg boleh menyebabkan kaki dia bengkak. kata doktor mungkin jangkitan kuman. tapi menurut cik rahim dan ustaz yg abang nan jumpa, sakitnya ada kaitan dgn makhluk halus. Ada kaitan juga dgn saka bapa mertua dia.
tak menghairankan sbb belah2 sana mmg depa suka betul kawan ngan benda2 tu.

Ana bg ayang 4 ekor kura2, eee gelilah pulak aku nak pegang. Tapi ayang pegang elok je, siap di angkat2 tangan kura2 tu. lunyai dikerjakan. Nama kura2 tu - Giant, Nobita, Sunyo dan Suzuka.

**** Sesekali teringatkan Bobby aku sebak, kdg kala meleleh air mata. Bila miki @ shiro tak kelihatan aku panik. aku cari sampai jumpa. aku rindukan Bobby ....

Friday, August 14, 2009

Pergi tak kembali .....






Bobby masa kecil - aku ambil masa Bobby masih nyusu.










Bobby menumpang kasih Miki, si abang angkat.










Bobby dah anak dara.









Perjalanan terakhir Bobby, selamat tinggal sayang.

14 ogos 2009, aku kehilangan Bobby. Pagi ini Bobby pergi dan tak akan kembali lagi. Hanya tuhan yg tahu apa yg aku rasa. Bobby jatuh dari tingkap bilik belakang.
Semalam Miki yg hilang, oleh sbb dah kul 12 aku tak larat nak cari Miki. lagi pun aku tau, miki kalau tersesat dia akan dok diam2 tempat yg dia sesat. Pagi ni aku bangun kul 6 sbb tak masak, selalu kul 5 kalau masak. Masa kat dapur aku dengar suara Miki, sah ler kat luar, kalau tak kat tkt 10 mesti tkt 12. so aku jumpa Miki kat tkt 12. kat tembok rumah Anum.
Balik rumah aku perasan Bobby tak ada. Puas aku panggil, tak datang. So aku mencari dari tkt 7 hingga 13, Bobby tak ada juga.
Masa Haziq nak pi sekolah aku pesan soh dia cari kat bawah. Then Haziq menjerit panggil aku dr luar. Aku dah berderau sbb aku dah agak Bobby jatuh. Mmg sah Bobby jatuh. Aku menjerit, dah meleleh air mata tak terkira. Bibik sebelah pun kelam kabut keluar. aku turun ke tkt 1 ngan haziq, panjat tembok, haziq yg dok angkat aku, maklumlah mak dia ni saiz xl.
Pelan2 aku angkat Bobby, sejuk tapi masih lembut. Kalau lah aku bangun awal seperti biasa, adakah Bobby tak akan jatuh. Mungkin Bobby jatuh kul 5?
Aku bawa Bobby balik, balutkan dengan kertas dan plastik. Ayang dan Anje bangun, muka masing2 sedih. Aku tinggalkan Bobby, abah akan tanam nanti.
Lambat aku pi kerja hari ni. Td aku call rumah, Abah cakap, Ayang pegang ke body Bobby , tak nak letak sbb dia cakap dia sayang kat Bobby. Anje berdiri agak jauh sambil nangis. Anje cakap mata Bobby tutu rapat masa abah nak tanam Bobby.
Sedihnya akuuuu. Datang kerja mata aku merah. masa nak solat Zohor aku nangis lagi. Tak tertahan air mata laju turun. Aku teringat pagi tadi masa aku dah puas cari Bobby tak jumpa, masa solat subuh aku doa semoga Allah memberi ilham utk Bobby jumpa jalan balik ke rumah, rupanya Bobby tak balik2 lagi. Bobby akan sentiasa duduk bersimpuh depan aku setiap kali aku solat. Dia tak mcm Miki masa kecil dan Shiro yang selalu kacau aku solat, 2 ekor tu suka betul bergayut kat telekung. Tapi Bobby tak, berjalan cat walk dan duduk diam2 bersimpuh dean sejadah. lemah lembut. Terasa betul Bobby tak ada, terasa kehilangan. Miki pun nampak lain, aku tenung mata miki, dapat rasa yg miki juga amat kehilangan Bobby. Miki tak seceria dulu.
Setiap kali teringatkan Bobby aku jadi sebak.....

Semalam Ustaz Asri, ketua kumpulan Rabbani meninggal.
Pergi tak kembali .......... bila pulak masa aku ......

Tuesday, August 4, 2009

Aktiviti sepangang Julai 2009


21-24 Julai, aku,wan, abg din dan kak leha wakil btm ke retreat menggubal skema soalan PTK modul baru. ntah kenapa aku dipilih, may be sebab dlm gred sokongan aku senior. dah tua ler tu. So best la juga dok PD 4 hari, cuma penat juga bila bnyk kena fikir. Balik dr PD aku dan Wan singgah Nilai 3. 1st time pi. teruja juga lah tengok karpet yg mmg murah giler. walaupun aku tak minat karpet sebenarnya dan duit pun tak berapa nak ada tapi aku pejam mata beli gak. berkenan pulak paternnya. rupanya balik rumah ada peminat karpet ni, sapa lagi kalau bukan Miki. Mmg dia akan menjalar tidur dgn sedapnya atas karpet ni, dan bobby dan shiro akan join dia sekali tapi selalunya mikilah yg akan menjalar atas karpet tu. kalau tidur dari kul 2pm sampai magrib hehehehe syok betul.



25 Julai, wan dan aku terjah je pi berniaga kat tapak MAHA Serdang. ni penangan si Suhaila ler yg selalu menghasut kami. wan berkobar2. aku ingat nak pi tinjau je, rupanya siap berniasa sekali ala2 koboi sebab semua benda tak ada, cuma meja bodoh ja hehehehe sabar jelah. yg terjual cuma 1 brooch, tu pun tawar bagai nak gila hahahahaha. aku mmg ler tak biasa ngan keadaan berjual cam ni tapi wan semangat. duit keluar yg bnyk, dok round2 kat situ bnyk juga barang aku beli. siap pi buat reflexology lg ngan org buta kat gerai sebelah.



Kak Cik Kawin











1 ogos 2009 (Sabtu), kami sekeluarga ke kenduri Kak Cik, anak Kak Normah, baby sitter anak2 aku dulu. Dah kawin kak cik, dok rasa mcm dia budak lagi, walhal umur dah 26. dok rasa mcm dia sekolah lagi.
Ya lah dulu masa aku dok Sentul semua anak2 Kak Normah masih sekolah. La ni si ros dah jadi miss J, hafiz dah 27, kak cik 26 dan jabar dah 20an. Semua dah besar, sekejap saja masa berlalu.
Tumpang seronok kak cik kawin, nak nangis pun ada bila terkenangkan masa dulu2.
Dulu kak normah tak lah semewah sekarang. lepas arwah abg rosli meninggal, jadi janda kaya dia hehehehe bnyk dpt pampasan. kira senang jugalah depa anak beranak. teringat masa abg rosli meninggal, kak normah tak nangis langsung, hafiz pulak dah 1/2 pengsan terbaring kat rumah aku. Jabar masih sekolah. tp kak normah org yg kuat semangatnya. lega rasa tengok kak cik kawin, nampak husband dia pun cam cukup matang dan gayanya cam boleh di harap.
ros sejak jadi miss J makin melaram, tudung terbang ntah ke mana.
kak normah masa kenduri pun tak sihat, kaki bengkak, kencing manisnya agak teruk. Ayang anje seronok betul ngan pengantin baru. Anje cakap kalau ada sesapa sedara yg kawin, dia nak makan kat meja pengantin mmmmmm anak dara tu mmg kuat berangan.
tapi aku tak pernah lupakan jasa kak normah jaga anak2 aku macam jaga anak dia sendiri, sampaikan aku boleh pi outstation seminggu ke kuching dan dalam masa yg sama abah depa ke penang. mmg tak perlu risau bila anak2 dgn kak normah.
semoga dia panjang umur dan murah rezeki hendaknya.