Tuesday, August 13, 2019

Tertunai Impian dan Cita-Cita

Alhamdulillah 11 Ogos 2019 bersamaan 10 Zulhijjah 1440, impian dan cita-cita Danial semenjak di alam persekolahan akhirnya Allah izinkan.  Setelah berhempas pulas menamatkan pengajian yang diselangseli dengan ujian dan cabaran, tarikh ini yang bersamaan Hari Raya AidilAdha anak bujangku belayar di samudera sebagai seorang Pelaut.

Mama iringi doa agar Danial dalam lindungan dan peliharaan Allah. Selamat belayar dan semoga tercapai cita-cita menjadi Engineer satu hari nanti, InsyaAllah.

Tahun ke2, Raya AidilAdha kami tak berkumpul bersama.  Raya Haji tahun lepas Danial di Labuan untuk latihan praktikal, Raya Haji tahun ini Danial ni lautan memulakan tugasan pertama sebagai seorang kadet.

Alhamdullilah rezeki dari Allah yang memudahkan semuanya.


Tengah malam 10 Ogos 2019 - menghantar Danial untuk report duty jam 11 mlm.




Tuesday, April 10, 2018

Sakit Itu Ujian - Usaha dan tawakal

19 Februari 2018, doktor sahkan aku ada fibroid, bersaiz 4x6.


Sejak masuk tahun baru aku ada masalah dengan period yang tidak teratur. Ingat dah nak monopous, almaklum umoq pun makin muda. So aku biar ja lah. sebulan period 2x dan sporty.  Masuk ja Februari, period lagi dan kali ni banyak dan tak henti2.  Memang suspend. Masuk hari ke 16, masih banyak sangat macam tak mau berhenti langsung, badan rasa letih dan sedikit pucat, so aku gi klinik kesihatan.

Doktor scan dan sahkan aku ada fibroid, saiz 4x6. Aku pandang ja mesin scan tu, mata orang biasa mcm aku ni mana nampak ada benda pelek kat screen tu.  Mesin tu pulak jenis 2D, zaman aku ngandung dulu.   Doktor A panggil doktor B, then minta aku pi minum2 dulu, datang balik scan lagi.  Sekali lagi doktor A dan doktor B discuss.

"Ada benda ke doktor?" Aku tanya doktor bila nampak doktor mula dok tanda2 kat screen.  "Haah, puan ada fibroid ni, saiz 4x6, nanti saya buat surat, puan refer ke hospital" .... aku jawab "oooo ok".  mmmm cam tak ada perasaan ja.  Doktor bagi ubat untuk hentikan period. First time period sampai 20 hari.

Risau? takut? ... tak lah, sungguh aku tak ada rasa apa2 pun.  Dah lama Allah bagi aku sihat, jarang nak bersyukur.  Sikit ujian Allah bagi, alhamdulillah. 
So hari yang sama aku ke hospital putrajaya, ambik appoiment.  28 Mac baru dapat jumpa doktor sebab case pun tak lah urgent.  Ramai lain yang perlu didahulukan.  Dalam masa yang ada ni aku boleh berusaha apa yang patut. Aku mula search apa itu fibroid, dulu ada baca juga tapi sebab tak kena pada diri sendiri, dah tak ingat apa yang dibaca.

Usaha aku adalah mengambil makanan sunnah.  Aku juga mengamalkan Bismillah 5 setiap kali minum air, tak kiralah air apa, diwaktu bila pun.  Aku juga jumpa ayat2 khusus dari youtube Ustaz Sharhan berkaitan fibroid dan ketumbuhan.  Kawan2 mencadangkan air zam2 dan habatussauda.
Mujur ada sorang kawan yang sedaranya pramugara yang kerap ke Arab Saudi, so insyaallah setakat hari ini bekalan air zam2 mudah diperolehi.

So aku mula minum air zam2, makan habatulsauda, madu dan pati delima organik.  Sesekali aku makan buah durian belanda.  Dan aku amalkan sungguh2 dan yakin.

28 Mac, aku ke Hospital Putrajaya, yang rawat adalah doktor biasa tapi yang scan adalah doktor pakar sakit puan.  Kuasa Allah melebihi segalanya, doktor sahkan tak ada apa2 yang pelek dalam rahim aku.  Tak ada sebarang fibroid.  Doktor siap cakap, rahim awak sihat.  Aku tanya doktor, tapi gambar scan yang lepas ada fibroid.  Doktor belek2 hasil scan yang aku bawa dari klinik kesihatan.
Akhirnya doktor cakap 'tak apalah, kita monitor dulu, dalam tempoh 6 bulan kita jumpa semula, kita scan sekali lagi'.

Syukur Ya Allah ... terima kasih kerana masih memberikan kesihatan yang baik untuk aku.




Friday, April 6, 2018

Majlis Khatam Al Quran

Akhirnya pada 30 Mac 2018, kami berjaya juga mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.  Kali ini khatam kami alhamdullilah dengan tajwid yang jelas dan betul.

Diumur 47 akhirnya aku berjaya khatam dengan bacaan yang aku faham tajwid dan makhrajnya ...
Terima kasih untuk guru kami Puan Noor Razah Suratman.  Selama 1 thn 8 bulan membimbing kami dengan sabar dan tanpa jemu.  Tanpa sebarang bayaran.  Semoga Allah memudahkan urusannya dunia akhirat. Jasa dan pengorbanannya tak dapat kami balas dengan apa jua.

Kami adalah group pertama bersama Puan Noor Razah, dan ada 2 group lagi selepas kawan2 nampak kami group pertama dah ada peningkatan dalam bacaan. 

Jadikan amalan membaca Al-Quran sebagai amalan wajib, dah terlalu lama kita lalai dalam bab akhirat, dah sampai masa dan ketika kita pilih jalan selamat untuk pengakhiran hidup kita.  Dunia adalah persinggahan yang singkat ...

Alhamdullilah ....




Puan Azah, guru kami bertudung hitam.



 
Hadiah istimewa dari kami untuk guru tersayang ... Loket Emas


Monday, November 20, 2017

Kudin

my handsome boy
Kudin adalah kucing yang aku bawa dari kampung.  Kudin ni kucing mendatang di rumah kampung tapi sebab anak buah sangat alergik dengan kucing, aku bawa kudin balik rumah.

Oleh sebab kudin dah biasa dengan kawasan kampung, rumah di atas kayangan tak berapa sesuai dgnnya. Jadi aku selalu bawa kudin ke taman permainan di bawah.  Orang lain bawa anak, aku bawa kucing.  Kudin akan mengiau2 nak keluar, kadang2 tergolek2 depan pintu nak keluar. Pantang pintu terbuka dia akan lari ke luar, ke arah lif, sebab dah biasa aku bawa dia turun bawa guna lif.  Sampai bawah, dia akan berlari ke taman.  Kalau tak dapat keluar, kudin akan duduk di tingkap memandang taman permainan.

Kadang2 bila balik kerja, aku nak masak @ penat aku selalu cakap 'kudin, mama nak masaklah, esok ya mama bawa kudin pi taman'.  Esok ulang lagi ayat yg sama, sampai beberapa hari kudin tak keluar, haaaaa mulalah dia tergolek2 depan pintu. Anak aku selalu cakap 'mama, tolong jangan bg harapan palsu kat kudin, stress dia'.  Kalau dia tidur dlm bilik, tempat tidurnya di hujung kaki aku.  Sebelum jam 5 pagi, selalu dia akan kejutkan aku, mengiau2 tepi muka, memang kena bangun. Aku suka cium2, gomol2 dia, kaki tangan dia akan menepis2 muka aku.

I miss him so much ..... rindunya mama dengan kudin kerana sejak 1 Nov yg lepas kudin dah pergi tinggalkan mama.  patut dlm minggu tu kudin macam tak kisah nak keluar. Dia tak berlari ke pintu bila aku balik kerja.

Malam tu jam 11 lebih aku perasan kudin tak ada.  Walhal petang tadi masa aku makan dia ada kat sebelah aku, berkongsi lauk. Aku ingat dia berjaya keluar sebab dia dah 2 kali berjaya keluar senyap2 dan aku jumpa dia di parking bawah.  Kami cari 1 rumah. Sah tak ada. aku berdebar. Tingkap seperti biasa cuma buka sikit saja.  Tapi aku tau perangai kudin, kalau ada ruang dia boleh
mencelah, dia akan keluar meniti di tepi tingkap.

Aku terus ke bawah cari kudin, kebetulan abah baru balik, jumpa abah kat bawah.  Abah ikut aku cari kudin.  Hati aku berdebar, aku tuju kawasan betul2 bawah rumah aku dan aku jumpa kudin, terbaring tak bernyawa.   Sedihnya rasa. Aku nangis, anak2 menangis.  Dia jatuh betul2 atas bucu bumbung pejalan kaki. Pecah sikit bumbung tu.

Sebelum ni 2 anak kudin hilang, mungkinkah jatuh juga tapi aku tak perasan ???
Berhari2 aku pulak yang asyik memandang ke taman.  Rindunya aku nak bawa kudin ke taman. Terbayang kudin tergolek2 di taman, kejar serangga, diusik budak2, makan rumput.

Terima kasih kerana hadir seketika menceriakan hari2 kami.








Friday, November 17, 2017

Kenapa Bayar Lebih Untuk Jenama ...

Kenapa perlu bayar lebih untuk kereta yang sama saja selesanya ... buatan Malaysia vs import.
Tiba2 hari ni rasa nak cakap pasal kereta walaupun aku cuma bawa lesen kereta tapi tak bawa kereta 😁.

Dulu kami guna Avanza 1.5, si hitam manis.  Dah masuk 8 thn.  Bila dah berumur, kos rawatan pun tinggi.  Masuk wad kena rm400, rm500 dan pernah cecah rm2500.  So aku pun survey2 kereta baru.  Apa yg paling penting, dalam keadaan ekonomi rakyat Msia yang parah ni, kos bulanan mesti kurang dari yang aku bayar sekarang, kereta yang selesa, cukup untuk keluarga kami 6 org.

Mula2 aku berangan Honda BRV, tapi sebenarnya saiznya kecik tak padan dengan harga.  Nak ambik HRV 😆 , tobat aku tak mampu, mampu tengok ja. Nak ambik avanza lagi, mmmm harganya makin tinggi dan sungguh aku cakap, walaupun dah guna 8 thn, aku x berapa suka avanza.  Dia tinggi kekadang rasa x stabil, ruangnya kecik.  Masa baru beli mungkin muat utk kami sebab anak2 kecil lagi tapi la ni semua dah makin melebar.  Dah tak berapa muat.  Last2 aku jatuh cinta dengan Exora, so aku google dan google dan google, ada pro and con.  Seronok baca review pasal kereta.  Banyak juga website yang cerita perbandingan kereta-kereta antara Proton dan lain2 jenama hebat. Sikit sebanyak memang mempengaruhi keputusan yang nak dibuat. Ada kereta mahal mcm HRV pun ada problem juga.

Dengan budget yang terhad, aku perlu let go so hitam manisku.  Dalam masa sama aku tak nak keluarkan sesen pun tambahan untuk kereta baru, nak bayaran bulanan yang lebih rendah, nak kereta selesa untuk kami sekeluarga.  So kami tuju Proton Presint 15, Putrajaya.  Alhamdullilah di Proton Presint 15, all in 1.  Aku cuma pilih apa kereta aku nak dan permulaan bayar duit booking RM300.  Dia org carikan company used car untuk aku tolak Avanza dan bank yang paling rendah interest.  Loan approve (RHB Bank). Aku tunggu ja kat opis, taukey used car, org proton dan org bank datang. Aku tau sign dokumen saja. Cukup masa Exora Merahku sampai, aku bawa avanza ke Proton Presint 15, tukar saja.  Avanza tahun 2009 dijual dgn harga RM20k.  Dengan 20k tu company used car uruskan untuk selesaikan baki hutang, bayar downpayment Exora + insuran, masih ada duit poket untuk aku yang di transfer ke akaun aku pada hari yang sama.

Exora pun banyak versionnya, nak yang standard @ premium.  Ikutla aksesori macam mana yang nak.  Untuk kami, standard edition dah cukup.  So bulanan aku bayar RM600++, compare to Avanza dulu aku bayar RM700++. Ayang, anje dan Haziq di belakang pun selesa, kalau dulu, memang berhimpit, gaduh ja dlm kereta.

Aku tinjau2 lain2 produk Proton, Persona, Preve, Iriz .... memang hebat sebenarnya.  Tak perlu sebenarnya kereta import yang hebat pada nama  tapi sebenarnya Proton sama saja selesanya dan lebih murah.  Kenapa Perlu Bayar Lebih. Khas untuk orang Putrajaya dan sekitarnya, jangan malu jangan segan, boleh tinjau2 ke show room Proton di Presint 15.  Nak senang call ja ... 012 4261112.

Selamat datang si Merah Delima ...





Friday, November 3, 2017

Aloq Setaq

27 - 29 Oktober 2017 -

Dah lama tak meronda bandar Alor Setar, tempat kelahiran aku. Memang sangat-sangat rindu.  Alor Setar tak sama macam dulu.  Zaman aku dulu stesyen bas masih di tempat lama, tak jauh dr stesyen keretapi.  Tak ada mall besar, hanya Hankyu Jaya. Bulatan Wanjaah masih ada ditempatnya. Tak ada KFC, McD.  Kedai kami lepak lepas balik tusyen @ tempat nak dating cuma kat Ros Restoren @ Yasmen (kedai mamak).  Panggung wayang Cathay pun dah tak ada.   Rindu sangat zaman remaja di Aloq Setaq.

Semenjak mak tak sihat dan ikut tinggal dgn anak2 sejak 15 thn dulu sehingga mak meninggal, kami jarang balik AS.  Kalau ada majlis kawin baru balik.  Itu pun selalu lepak SP rumah kakak.  Dapat balik AS seronoknya macam nak melancong.

Kebetulan last week, kena outstation ke Kedah. Tapi dah alang2 ke sana.  Aku nak luangkan masa meronda bandar kelahiran.  Aku nak jumpa kawan2 lama, yg mana sempat, sebab aku pi pun arahan last minute.  Ayang pulak dah habis PT3, so aku bawa dia sekali dan extend sehari lagi.  Aku call my BFF di Penang.  So kebetulan weekend, Wan pun dengan senang hati turun Aloq Staq.  Azie di Aloq Staq pun free on Saturday.  So kami dapatlah berkumpul 3 org.

Dulu zaman sekolah kami kerap keluar ronda2 Aloq Staq berempat.  Aku, Wan, Azie dan Melati.  Melati dah kembali ke rahmatullah 5 tahun yg lepas.  (Semoga rohnya bersama-sama orang yg soleh, aminnn). Mulanya kami cadang nak bergambar tempat kami melepak dulu, depan Balai Seni tapi sayangnya keseluruhan kawasan tu ditutup untuk kerja2 renovation.

Aku dok di Royale Signature Hotel, hotel baru di Jalan Lumpur, belakang Aman Mall.  Bnyak dah berubah, Jalan Lumpur dulu adalah kampung cina dan kampung setinggan.  Aku pernah pi rumah sedara area sini duluuuuuu, zaman sekolah rendah.  Tapi semua kawasan tu dah tak ada.

Urusan kerja aku sehari ja.  So the next morning, Wan sampai dr Penang dan kami mula merayap.  Singgah AS Tower jap. Kusam ja tempatnya tak semeriah KL Tower.  Pastu ke rumah Azie, then kami keluar nak cari makan.  Mulanya nak cari kedai nasi daging, mmmm x buka lagi.  Kami melencong cari Laksa Ikan Sekoq. Kedai Laksa Ikan Sekoq ni banyak kat AS, kami pi 1 kedai yg baru pindah ke tapak baru. Kedainya selepas traffic light Mergong, jln ke Sahab Perdana.  Lepas sikit ja traffic light tu.
Harga utk sepinggan, boleh tambah free.   Kami makan pun free hari tu sebab kebetulan tokey buat kenduri sempena pindah kedai baru.  Sapa datang mkn kul 1-2, free.  Kami sampai kul 1.10.  So dapat makan kenduri laksa ikan sekoq, lupa nak tanya harga sepinggan berapa.
Moga murah rezeki tokey kedai, aminnn.


Laksa dan cendol ..... mabeles


Lepas tu kami ke Pekan Rabu (pindah sementara di bangunan Ukir Mall). Semestinya tak lepas peluang beli ikan pekasam, dodol durian, kuih muih, pes tomyam, thai green tea dan segala macam lagi.

tomyam pes - ni yg kawan2 rekemen






Then balik hotel, lepak2 jap.  Lepas magrib, cari makan semula.  Sebab Wan tak berapa boleh drive malam, kami cari tempat makan yg dekat.  Tekak rasa nak makan ala thai.  Google punya google jumpa Dee Dee Thai.  Belakang Aman Mall.  Makanannya memang mmmmm sedap menjilat jari.
Kami order ikan siakap 3 rasa (ikannya besar - RM38), tomyam campur - mmg sedap, sayur campur, sambal belacan+timun dan miang kham (cuma yg ni aku tak berapa suka sebab ada isi ikan yg digoreng kecil, biasa makan tak ada ikan tu).  Masakan Thai ini adalah dari Bangkok.  Overall memang sedap.  Harganya ikut standard restaurant. Masih berpatutan.







Lepas tu kami round Aman Mall, mula2 cadang mcm2, nak tengok wayang, nak gi urut kaki.  Tapiiiii sebab perut dah sangat padat, kami tukar plan, balik lepak kat hotel.  Seronok dapat lepak ngan kawan lama. Kawan sejak 30 tahun yang lalu.  Dalam 30 thn ni macam2 kami lalui. Suka duka kehidupan, sedikit sebanyak kami kongsi bersama.

Esoknya, breakfast di hotel, tengahari kami cari ikan bakar.  Semlm dah tengok kedai makan ni, tapi tak singgah sebab dok cari laksa.  Kedai Mee Langgar.  Bukan juai mee tapi tokey kedai tu nama Mee.  Kedainya tak jauh dari simpang Plaza Tol Alor Setar Utara.  Kalau keluar dari plaza tol, kedainya sebelah kanan  Keluar plaza tol, belok kanan, kena U-turn. Macam2 makanan kampung ada.  Ikan bakar, ayam bakar, daging bakar, pekasam, ulam2, kerabu bermacam jenis dan lain2 lauk kampung.  Harga berbaloi, makanan pun sedap. Ikut tekak aku kira sedaplah.

 








Lepas makan, wan terus hantar aku ke airport, then dia terus balik ke Penang.  Seronok jumpa dia.  Terima kasih kerana sudi spend time utk aku.  Semoga sahabat2 ku, Allah beri kesihatan yang baik, umur yg berkat, rezeki yang melimpah, bahagia dunia dan akhirat. Aminnn.













Wednesday, May 24, 2017

Kalau Belum Ajal - Sinchan Jatuh

Semenjak berumah di tingkat 6 ni, 3 kali kucing aku jatuh.  Bermula dengan Kak Yong Luna, yang melompat ke tingkap tapi terlajak ke bawah, betul2 depan mata aku. Alhamdulillah masih hidup dan sihat sebab dia jatuh atas bumbung pejalan kaki. 2 hari jln hencut2, tak ada apa2 luka langsung.

Kedua Shiro, bermula dengan bergaduh dgn Eton, berlari ke bilik air, panjat tingkap, bergumpal, tingkap terbuka dan dia jatuh.  Shiro mati. Mungkin sebab dia jatuh di lantai bawah.

Dan terbaru 11 Mei 2017, Sinchan pula jatuh.  Aku memang pastikan tingkap hanya dibuka sedikit saja, so bila kucing panjat, dia org tak akan terlajak.  Tapi hari tu mungkin lepas abah merokok di tingkap, abah lupa nak tutup sedikit.  Mlm tu jiran buat kenduri, balik dari kenduri aku kemas baju sebab esoknya aku nak balik Kedah. Jam 12.30 mlm aku baru perasan Sinchan tak ada.  Puas kami cari 1 rmh, kelibat pun x nampak.  Selalu tempat Sincahan di dapur, ruang tamu @ bilik aku.   Memang dah rasa berdebar.  Aku dah agak dia jatuh.  Cepat2 aku turun bawah, aku jumpa Sinchan di bawah kereta.  Nampak hidung dan mulut berdarah. Terpaksa menarik dia keluar sbb dia macam susah nak jalan.  Sedih bayangkan mcm mana dia mengesot masuk bawah kereta.


50-50, itu yang boleh aku katakan.  Dah meleleh air mata aku.  Darah dihidung Sinchan dah kering, mungkin dia jatuh waktu magrib lagi.  Mulut berdarah, mata separuh putih.  Tak boleh berdiri. Terbaring saja.  Malah dia kencing di tempat aku baringkan dia.  Aku lap perlahan2 darah di mulut dan hidung, dia berbunyi2 tapi perlahan, sakit agaknya. Aku bersihkan kotoran dan kencing.  Aku guna pincagari untuk suapkan dia air, sedikit2 dan perlahan.  Then aku teringat TF (transfer factor-4life).  Aku pernah bg Sinchan  TF masa dia kecil dulu.  Aku buka kapsul TF, bancuh dgn sedikit air dan suapkan ke mulutnya.  Hanya tawakal saja, moga usaha aku berhasil.

Memang risau kerana klinik haiwan buka jam 11am, aku pula perlu keluar utk balik kg jam 11 juga.  Tambah memburukkan keadaan, kereta kat workshop.  Memang betul2 mengharapkan bantuan Allah untuk kembalikan Sinchanku seperti biasa.

Esoknya aku nampak Sinchan dah beralih tempat. Duduk senyap saja, Diangkat tapi x boleh berdiri. Aku yakin dia akan sembuh. Aku bagi lagi TF 2kali sblm aku blk kg.  memang tak boleh tangguh balik sbb aku naik flight (kereta last minit problem pulak).  Sangat bernasib baik sebab aku balik berdua saja.  Anak2 tak ikut sebab program sekolah, Haziq pulak tak dpt cuti.  Pada anak2 aku pesan apa yg perlu dibuat.
Sepanjang 2 hari aku di Kedah, Anje bg Sinchan TF lagi, 4x guna pincagari juga.  Oh ya  aku juga suapkan Sinchan madu kelulut, mengharap dia ada tenaga untuk bergerak.
Hari ke 3 aku dikg, Anje bagi tau yg kucing gebuku dah boleh berjalan tapi perlahan, dah mau makan sikit.  Ya Allah, syukur sangat. Rasa lega.
Sinchan pada hari ke 4 selepas jatuh
Transfer Factor - 4Life

Perlahan2 Sinchan pulih seperti sedia kala, mula berjalan jauh sikit, kaki makin tegap dan selepas 10 hari Sinchan dah boleh berlari.  Alhamdulillah.  Mujur juga aku masih ada stok TF di rumah.  TF ni memang agak mahal tapi merupakan suppliment yg sangat baik.  Aku makan pun jarang2 sebab harganya .... RM170.  Orang mcm aku ni, harga tu mmg mahal.  Itu pun beli dgn kawan yg jd dealer TF, kalau harga biasa RM220 (60biji).