Thursday, July 29, 2010

Peringatan buat diri ...

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Wednesday, July 28, 2010

Sahabat Lama

Sejak berfacebook aku jumpa ramai kawan2 lama di alam maya. Tujuan utama berfacebook pun utk mencari kawan lama. Aku rasa dalam beberapa fasa hidup aku cuma kawan2 di sekolah teknik yang benar2 sehati dengan aku. 2 thn kami bersama tak lama tapi cukup bermakna. Mungkin masa tu adalah kemuncak umur seorang remaja.
Kawan2 sekolah rendah dan menengah asma pun ok gak tapi dengan kawan2 itm mmg aku kureng sikit, tak ramai yg rapat.

Tapi aku amat tersentuh sekali dengan berita berkenaan Melati. Rupanya dia kena kanser tahap 4. Aku nangis bila dengar, sampai lah ni aku belum call dia lg sbb aku tak tahu apa yg patut aku cakap. She is a very nice lady. Insyaallah 7 ogos, aku, mak wan dan azi akan melawat dia yg sekarang di hospital sultanah bahiyah.

Aku akan balik hantar mak ke rumah kakak pada 6 ogos dgn Suhaimi. oooo suhaimi dah beli pesona baru ...... Harap2 dapat juga jumpa kawan2 yg lain , mike dan lain2 di sebelah utara .....

Monday, July 26, 2010

Lama Betul Tak Update Blog

Sebenarnya lepas Shiro mati aku mmg malas betul nak ambil gambar, apalagi gambar anak2 miau kat rumah, rasa fobia betul. Aku sgt rindukan shiro. aku perasan yg bobby ada mewarisi peel shiro, hasil pemerhatian aku ler, kucing ni kalau ada warna2 tompok yg termasuk warna oren peelnya sama cam shiro, jinak2 merpati. Suka menggesel2 kita tapi kalau nak peluk dan cium alamat kena cakar lah.

Kawan2 Lestari :-
Perang besar antara Hasnah dan Madihah mmmmmmmm ni cite anak2 yg melampau, bukan anak2 nakal tapi dah over melampau. Ya Allah hindarkanlah anak2 aku dari mempunyai masalah seumpama ini. Takutnya aku. Aku tak sebelah mana, cuma secara jujurnya aku tak leh get along ngan Madihah sebab aku pun kena tempiasnya yg suka cerita bukan2. Tapi aku sabar je, sebab Allah sentiasa ada bersama org yg benar. Tapi jumpa dia aku buat biasa sajalah. Antara dia dan Hasnah bukan urusan aku. Aku dah nak masuk 40 ni, kalau aku mati pun biarlah dalam iman. Hal dunia ni nak bawa ke mana sgt.

Hari ni aku derma darah, tapi dek kerana baru lepas period, aku rasa fening2 lalat dan ada kala nak muntah, kena tidurrrrrr kejap. tangan pun kebas2. tapi minah jururawat tu tak pro betullah, sakitnya tempat cucuk tuuu eeeeeeeee pedih.