14 A - Siri akhir kerana aku telah berhentikan dia kerja, sebelum keadaan menjadi lebih teruk. pompuan tu mmg tak tahu aku nak katogerikan sebagai apa. Kawan aku cakap - gersang, pembantu kedai yg sorang lg cakap - gedik. Member aku cakap - mengada2. Baby cakap - eeee geli saya. Semua aku dengar cakap2 org sebab apa yg dicakap mmg aku tak pernah dengar sendiri. Depan aku baiiikkkkk je dia cover line. Tak dengar langsung dia sebut diri dia adik. Pokoknya tak bersuara tetapi sesekali bila dia bersuara aku pun rasa pelek gak pompuan ni.
Kemuncaknya bila baby bercerita yg dia nak bawa anak2 dia duduk sini, bersekolah di sini sebab abg suruh. Abg tu ialah suami aku mmmmmm ni dah lebihhhhh. So aku perang besar ngan laki aku. Dr dlm keta, sampai parking pasar, sampai keluar keta, 1st time aku cakap kau aku je ngan laki aku dan suara aku menjerit hahahahaha. Sebab dia marahkan aku dengar cite org. Masalahnya kalau pompuan tu tak bercerita ngan org, tidaklah org bercerita ngan aku. Pokoknya 2 hari dia tak ada mmg mcm2 cerita aku dengar, dari hal kerja, hal mulut tak ada insuran dan perangai nak goda org + dok menggedik ngan laki aku ngan suara yg manja. Sampaikan tukang2 masak tu tak nak masak pun dua ngadu - Banggg, dia org ni tak nak masak utk adik- eeee geli tekak aku. bila zaki dan amir makan, time tu dia soh depa masak - bila depa buat bodoh dia ckp - kalau adik minta lambat je, kalau org lain minta cepat je bangun .... mmmm org lain tu SIAPA YA????? .. member2 aku yg dengar ckp - dia refer kat aku mmmm tul ke?
Petang sabtu lepas gaduh tu, aku turun bawah buat bodoh je. Then baby cakap yg laki aku soh aku hantar msg kat pompuan tu ckp jgn datang kerja lagi. Aku iayakan ja tapi tak hantar pun. So mlmnya laki aku sendiri yg cakap, msg pompuan tu ckp tak yah dtg lagi. Masa baby call dia , boleh pulak dia tanya - abg tahu tak yg kak zu hantar msg tu, hahahahaha. biul punya budak. aku ni baik ngan org yg baik ngan aku je, dont' play2 hahahahaha.
tapi sejak 3 hari dia tak ada aku rasa customer dah kembali ramai sbb sebelum ni mmg terasa yg customer dah kurang, may be ramai yg meluat ngan dia.
Apa pun aku rasa lega sbb aku tak buat dosa lagi mengata dia, muka aku pun tak muncung lg bila dok kedai. hati aku rasa aman .... pelek betullah pompuan ni .... boleh buat script drama.
Marah ke aku sebenarnya bila dia mcm mengada2 ngan laki aku? cemburu ke? mmmm nak kata cemburu sgt tu tak lah. tapi cemburu lah juga sbb dia laki aku , dan aku marah sbb dia cam nak sama ngan aku. ehhhhh sudah lebih ni.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment