Wednesday, June 3, 2015

Almaty, Kazakhstan lagi .... 18 dan 19 Mei

Day 2 - hari ni memang kerja saja.  Mestilah nak siap seberapa cepat yang boleh.  Harap-harap ada masa nak gi jalan2.  1st day ke office.  Breakfast yang mmmm boleh la buat lapik perut.  Cuaca yang nyaman, tidak panas, tak pulak sejuk.


Laluan pejalan kaki yang selesa, sepanjang jalan2 di Bandar Almaty.


Green Market

Green Market

Green Market

Green Market

Green Market

Green Market

Di kedai makan Green Market

Lagman - sejenis mee, sedap juga rasanya.


Habis kerja jam 8mlm (10 mlm waktu Malaysia).  Sampai hotel mmg dah kepenatan sgt2.  Terus lena, kul 3.30 pagi dah tersedar secara automatic, maklumlah dah biasa bangun jam 5 - 5.30am kat Msia.  Eloklah subuh di sana seawal jam 3.30.  Then sambg zzzzz.  Hari ni makan nasi kat restoren Bollywood.  Janji ada nasi tapi tetap tak sama.  Oleh sebab org Kazakh tak makan pedas, kari kat kedai tu pun tak pedas.  Memang tension.

-------------------------------------------------

Day 3 - kami sampai awal ke office.  So kami jalan menyusuri laluan pejalan kaki, mengarah ke pemandangan gunung yang cantik.  Hari cerah, udara nyaman.  Memang best berjalan pagi2.

Tengahari Bos bawa kami ke Green Market.  Green Market ni ada macam-macam.  Dari barang basah - daging, ayam, yg hidung pendek, sayur, kekacang, rempah hinggalah ke peralatan dapur, hardware, pakaian, makanan, souvenir , makanan (roti).  Semuanya ada kecuali .... seafood.  Kat pasar basah tak ada ikan, udang, ketam , semua tak ada sebab Kazakhstan berada di tengah2 , Hanya sebahagian kecilnya saja dekat Caspian Sea.  Yang lain darat sahaja.  Seafood sangat mahal, kalau ada pun frozen. 

Aku memborong kacang yang baunya seperti karemel dan memang sangat2 sedap.  Buah tin dan apricot kering yang mmg sedap dan kurma yang besar.


Green Market untuk orang peringkat pertengahan dan bawah saja.  Orang kaya Kazakh tak datang Green Market.  Kawasan tempat jualannya selesa dan bersih.  Tempat jual daging2 juga bersih dan tak berair.   Tapi kata member di sana, duta Msia pun suka shopping kat green market.

Hari ni kami habis kerja jam 9mlm bersamaan jam 11mlm waktu Msia.

Permandangan Bandar Almaty :-










No comments: