Friday, May 29, 2015

Perjalanan Ke Almaty, Kazakhstan - 17 Mei 2015

Kazakhstan menjadi sebutan bila PM bermenantukan orang sana ... dulu2 org tak tahu pun Kazakhstan kat mana.  Aku pun sebenarnya tak ambik pot.


Dari tingkap rumah Rahman, cantik bukit bukau dibelakang tu ... mmg terpegun tengok.  Jam 8 malam masih terang benderang.









Bila Pejabat Luar Negeri Khazakhstan beroperasi dan nama aku naik untuk lawatan kerja ke sana baru lah aku buka map meninjau2 kat mana negara ni. 

Time zone Kazakhstan berbeza 2 jam dari Malaysia, dikelilingi oleh Rusia dan negara2 yg belakangnya ada TAN - Kryzystan, Uzbekistan dan lain2 tan lagi.

Dari hotel
Almaty merupakan bandar berfungsi ala2 seperti Kuala Lumpur, manakala Astana ibu negara adalah kawasan pentadbiran ala2 Putrajaya.  Bangunan di Almaty rendah2 seperti bangunan di Eropah, tetapi Astana bandar moden yang katanya lebih hebat dari Putrajaya.

In flight





Bulan ni memang aku kelam kabut dan penat, dgn kursus, majlis perkahwinan anak buah dan out station.  16 hb aku kat Taiping untuk majlis kawin Ikwan sebelah perempuan.  17 hb jam 11.30 aku terbang ke Almaty dengan Air Astana.  8 jam perjalanan, mmg sangat membosankan, apa lagi flight siang, cuma bila melalui kawasan pergunungan yang di atasnya bersalji, rasa sangat2 teruja.  Cantik sungguh bumi ciptaan Allah.

Sampai di airport Almaty, kami disambut oleh Rahman, pegawai di Pejabat Almaty.  Terus ke rumahnya untuk makan malam.  Menu istimewa dari isteri Rahman, stew kuda.  Haaaa ambik kau, 1st time makan kuda.  Dagingnya lebih pejal dari daging kerbau.  Daging kuda bersifat panas, sesuai untuk dimakan di musim sejuk.  Sekilo RM60.


Matawangnya di panggil tengee. 5000 tengee bersamaan lebih kurang RM100.  Tapi barangnya memang mahal sikit.  Kami menginap di Ramada Hotel, sebuah hotel baru. Besar biliknya, terlebih selesa pulak.  Aku kan penakut sikit.

Daging kuda yang dijual di pasar.  Besar saiznya

Sekarang nak masuk musim bunga.  Sana sini penuh bunga ros, pelbagai warna. Selain tu bunga taik ayam pun banyak hihihihi.  Suhunya 20C-28C kalau tak hujan.  Kalau hujan boleh turun sampai 16C.  Siangnya panjang. Malamnya pendek.  Subuh jam 3.30pagi.  Jam 5 pagi dah terang.  Magrib jam 9 malam.  Jam 10 mlm baru isyak (bersamaan jam 12 tengah mlm waktu Msia).  Nasib baik beza 2 jam saja.  boleh la adjust.  Majoriti penduduk Kazakhstan adalah muslim.  So makan tak menjadi hal.  Masalah utama, dia org tak boleh berbahasa Inggeris. Cuma di hotel @ pejabat2 saja yang boleh cakap English.  Teksi, kedai, lain2 org mmg tak tahu langsung English.  Ada kala aku cakap ja Melayu hahahahaha ... biar sama2 tak paham.  Kalau nak tawar menawar, kena tekan calculator. Tunjuk jumlah yang nak ditawar atau yang nak di bawa.  Makanan utamanya roti tapi ... rotinya keras, patutlah bos sana minta kami bawakan roti gardenia.

Almaty, negeri yang indah, dikelilingi oleh banjaran gunung yang dipuncaknya salji.  Seindah lukisan.  Tapi sayangnya kami guna camera telepon ja ... gambar pun so-so sajalah.  Oh ya specialnya sini tak ada tol dan jalannya selesa hihihihihi.


tengee - 100 tengee = RM20

daging kuda salai, makan dengan roti, utk sandwich

Menu take away ... ala2 subway

2 comments:

Unknown said...

Agensi pelancongan mana yang boleh bawa ke kazakahstan

Mama Haziq, Danial, Nabila dan Anis said...

Travel Agent - Embassy Alliance

Address: Suite C-12-1, Wisma Goshen, Plaza Pantai, Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Bharu, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Office Phone: +(60) 322 874 722