Monday, June 22, 2015

Almaty, Khazakhstan - last day

Hari ni hari terakhir aku di Almaty.  Masa nak breakfast memang rasa dah tak tertelan makanan dia org yg tak pelbagai macam makanan Malaysia.  Asyik benda yang sama.  Roti yang keras, sayur bakar, cendawan goreng, roti yg macam rupa capati tapi tak best, sosej mmmm dah muak aku.

Jam 10 kami keluar round bandar Almaty dengan keluarga Rahman.  Ke Arbat untuk tengok hasil2 seni.  Oleh sebab Kazakhstan terkenal denga gunung dan kuda, so lukisannya banyak pada 2 objek ni.  Tapi sangat cantik, harga pun boleh tahan juga cuma beberapa ratus saja.

Lunch sekali lagi kami makan lagman, sejenis mee kali ni yang berkuah macam sup.  Sedap juga, habis juga semangkuk.

Petang jam 7 kami dah gerak ke airport walaupun flight kul 12, sbb teksi awal2 dah book macam tu.
Suhu  sejuk, 18C.  Aku tinggalkan Almaty dengan impian untuk ke sana lagi ... sebab negaranya sangat unik dan pemandangannya seindah lukisan.  Walaupun mereka belum "think tourism", tapi negaranya sangat menarik.  Sayang sekali ambil gambar hanya guna camera telefon, kalau permandangan jauh gambarnya tak berapa clear, keindahan bumi Kazakh tak dapat dirakam sebagaimana yang diharapkan.  Tambahan member sorang ni tak reti ambik gambar haaaaa tension aku.  Semoga aku dapat ke sini lagi.


Bunga ros oren yang sangat2 menarik perhatian aku.  Bunga ros memenuhi pekan Almaty.


Kazakh famous ngan coklat dan coklatnya sangat sedap.

Nasi errrrrr lupa nama. Tapi aku x makan sebab berasnya lain sikit tak berapa kena dengan tekak.

Lagman sup ... mewah dgn rencah.

Belakang gunung-ganang yang diliputi salji di atasnya.



Ruang hotel, bell boy hotel ni kadang2 je ada.  So kami pernah tolak sendiri troli hotel untuk bawa barang ke bilik.











Airport Almaty



No comments: