Friday, June 5, 2015

Almaty, Kazakhstan lagi - 20 Mei

Day 4 - Hari ni kami lunch kat restoren Turki.  Rupanya ramai juga orang2 Turki di sini.
Petang lepas office kami ke 28 Panfilov Garden.  Sebenarnya kami nak tengok 1 show di satu bangunan dekat garden ni. So kami berjalan melalui garden ni untuk ke tempat berkenaan.  Lupa pula nama bangunan utk tengok tradisional show tu.

Nama 28 Panfilov Garden adalah bagi memperingati 28 wira Kazakh yang mati menentang Nazi.  Dalam kawasan garden ni ada Zenkov Cathederal.  Gereja lama untuk Kristian Ortodoks yang juga menjadi tempat pelancong.  Kami cuma mengambil ganbar di luar saja.  Kata member, boleh masuk untuk tengok hasil seni pada ruang dalam gereja, tapi org ramai kerana ada majlis agama di dalamnya, so kami bergambar di luar saja.  Agak pelek juga bila mereka juga memakai tudung bila masuk gereja. 


banyak burung merpati di taman

Kristian Ortodoks - mereka bertudung bila masuk gereja

Pengawal garden ....

Belakang adalah barisan pokok yang ditanam oleh pembesar Negara termasuk Tun Mahathir

Nama Tun Mahathir dalam bahasa Kazakh, dibawah pokok yang ditanam

Tugu Peringatan



Kawasan taman penuh bunga2 mawar.  Sangat cantik dan mendamaikan.  Ada juga barisan pokok seperti pokok pine yang ditanam oleh pembesar2 Negara seluruh dunia termasuk pokok yang ditanam oleh mantan PM, Tun Mahathir.  Ada batu tertulis nama Tun di bawah pokok berkenaan.


Kami akhirnya sampai ke tempat show diadakan.  Teruja jumpa pegawai dr Putrajaya Holding disini yang dalam rangka lawatan ke negara Kazakhstan dan negara2 sekitar. 

Macam aku pernah cakap dulu,  di negara orang ada 2 kategori manusia yang memang kita sangat teruja bila berjumpa, pertama orang Malaysia, kedua org2 Islam dari negara berkenaan.  So kami sama2 menyaksikan persembahan tradiosional Kazakh.  Sangat unik dan sangat menarik.  Dimainkan oleh orang2 keturunan Kazakh.  Org2 Kazakh ni saiznya besar, kita boleh kenal yang mana Kazakh asli, yg mana Kazakh+Rusia dari raut muka. 



Lepas show kami ke Restoren Epok-Epok.  Ini adalah 1-1nya restoren masakan Malaysia di Kazakh.  Dimiliki oleh org Malaysia dari Johor yang join venture dengan orang Kazakh.  Pemilik rakyat Kazakhstan adalah Laura.  Orangnya sangat comel. Pelayan2 di sini bertudung.  Tukang masak dari Malaysia cuma sayangkan makanannya tak macam masakan Malaysia.  Katanya tak cukup bahan.  Agak menyedihkan.  Kami beriya order nasi goreng kampong, tomyam dan teh tarik.  Tapi awal2 diberitahu yang tiada stok ikan bilis di kedai.   So rasa masakan mmg tak sama.  Teh tarik all in 1 boh rasanya lebih sedap dr yang dihidangkan.  Semoga mereka dapat memasak dengan ramuan dari Malaysia yang sempurna.

Epok-epok - Restoren Msia di Khazakhstan
Laura dan 2 pembantunya


Nasi goreng kampong ala Kazakhstan

No comments: