Tuesday, August 18, 2015

Hari Raya Orang Melayu ...

Berapa jemputan open house yang kita terima di bulan Syawal ?
Berapa banyak makanan yang masuk ke perut kita?
Berapa kg berat dah naik?

Dari jamuan kecil2 hanya untuk suka2 jemput kawan2 sedara mara hinggalah jamuan gah yang siap dgn karoke, band, persembahan nyanyian.  Dari menu2 biasa nasi impit, rendang, lemang hinggalah ke kambing golek, ayam bakar, durian dan segala mak nenek makanan.

Itu adalah budaya Orang Melayu .. "rayakan sebulan" ...

Jadinya sebulanlah kita makan dan makan dan makan ... 10 tempat ada open house, 10 tempat tu ada lemang, 10 kali juga kita melantak lemang .... rayalah katanya.  Lepas raya lemang dah tak rasa sesedap lemang di bulan raya.

Ada kalanya sangat membazir, makanan banyak tak habis.  Bkn sebab tak ada tetamu tapi ada sesetengah tetamu yg ada beberapa open house, sampai tak larat nak makan.

Sungguh ... ada kala rasa sedih tengok org melayu beraya.  Raya tak setimpal dgn amalan2 yg dibuat semasa Ramadhan, apa kemenangan yang nak dirai?  Ramadhan kita pun ala kadar.  Kalau pun Ramadhan kita dah usaha buat yang terbaik, kenapa di syawal kita seolah2 hilang arah dgn seronoknya beraya.  Paling sedih bila beraya sambil berjoget berkaroke , macam kita rasa hidup ini selamanya ... 
Mmg banyak open house yang aku pi yg ada segala mcm hiburan terutama yg organize by department atau company.  Itulah gaya bila org melayu beraya ... surau makin sepi, masjid makin sepi ... tak ada lagi mak bapa yg sibuk bawa anak ke surau/masjid utk biasakan anak2 dgn surau/masjid, sebab bapa pun dah tak nampak bayang di surau/masjid lagi.

Dan kita tunggu lagi raya tahun depan, dgn gelagat yang sama tanpa memikir apakah kita ada lagi di raya tahun depan
Ramai orang hilang selepas raya ... termasuk anda juga?
.

Wednesday, July 29, 2015

Ikan Baung ... Bukan Sebarang Ikan

Kenal ke Ikan Baung ????
Ni haaa baung tapi yg kami beli saiznya panjang siku ke hujung jari aku. Besar ...

Aku kenal ikan baung bila dah jadi orang negeri 9.  Dulu masa kat kg aku, tak pernah jumpa ikan ni.
Baung ni paling sedap masak lemak cili api ... mmm mabelessss.

Masa balik kg, abah beli 12 ekor baung untuk juadah kami berbuka di kampung.  Biasanya kami akan beli ikan air tawar di Labu, sebab ikan air tawar di sini di ternak di sungai bukit.  Kalau nak cari baung, talapia yg best boleh ke gerai depan Sekolah Rendah Labu.  Gerainya sebelah gerai jual makanan.  Ikannya fresh dan tak berbau bila dimasak.

Ok berbalik pada baung yg kami bawa balik ke kg.  Akulah yg menyiangnya. Pertama kali siang baung.  Selama ni tau makan ja.  Mesti kena sgt hati2 sebab durinya tajam, insangnya pun tajam.  Pokoknya hanya org yg tabah saja yg boleh siang baung.  Tapi malang tetap tak berbau.  Celah kuku ibu jari tangan kanan aku tercucuk insang baung yg tajam tu.  Sakitnya tak terperi.  Aku sangkakan setakat tu saja sakitnya, rupanya sampai ke hari raya sakit masih terasa, tapi aku boleh tahan lagi. Sedikit bengkak.  Masuk hari ke 4 (raya ke 2), aku perasan ada mcm nanah celah kuku.  Mlmnya atas ibu jari dah mula putih. Tak sure dalamnya nanah @ air bisa.  Esoknya masa aku ke Pahang, jari dah start berdenyut, bengkak tak boleh dibengkokkan.
Hari ke 5, masa kami di Berserah, mula denyutan yg kuat. Bkn saja ibu jari bengkak tapi jari sebelahnya pun dah start sakit.  Haaaa masa tu baru cari klinik.

Kena injection dan ubat2. Kena makan ubat tahan sakit juga.  Membebel juga lah doktor tu, kenapa aku tunggu sampai bernanah dan sakit macam tu. 

Nak masak pun aku minta tolong Haziq yg potong2, siang2 bahan.  Aku masak ja. Sebab jari yg dicucuk baung tu sakit bila disentuh.  Member soh aku sapu minyak kayu putih yg katanya baik untuk luka, kena panas @ kena benda berbisa.  Lepas guna alhamdullilah bahagian kulit mula mengering, lepas 2 hari, kulit yg mengering dah mula terkopek/terkoyak.  So dapat kulit baru hihihihi ... Aku dah jadi fobia dengan benda2 berduri (ikan, udang,pokok berduri) dan memang aku taubat tak akan siang baung lagi !!!

Ubat terkena cucuk baung dan ubat alergik (balik kg manja pulak kulit)

Tercucuk hanya di celah jari saja tapi ni lah akibatnya.  (kulit dah kering, tunggu nak terkopek ja)

Tuesday, July 28, 2015

Raya di Gemas, Negeri 9

Selamat Hari Raya ...

Alhamdullilah Allah masih panjangkan umur untuk aku berhari raya.  Tahun ni ke Gemas pulak.  Cadang awal nak balik Kedah tapi sbb thn ni dah 2 kali htr pengantin ke utara, maka tukarlah plan balik Gemas pula.  Perjalanan yg paaannnjjjaannngggg ke utara, dgn jalan yg sesak buat aku fikir 2 kali nak balik.

Kejayaan thn ni bila aku berjaya dgn semangatnya dan oven baru yg besar buat kuih raya hahahahaha. rasa dah 15 thn aku tak buat kuih raya.  So tahun ni jadi juga biskut bunga dahlia dan biskut nestum.  Walaupun rupa biskutnya buruk tapi rasa tetap sedap hihihihi.

Balik Beraya - Thn ni 4 family beraya di rumah kg.  Kami blk paling awal, kemas rumah, cuci segala pinggang mangkuk, maklumlah rumah tinggal.  Itupun sib baik adik ipar dah balik awal puasa utk bersihkan rumah.

Seperti biasa menunya rendang maman (mmg mabeles), rendang hitam, kuah kacang, nasi impit, lemang.  Abah pulak plan nak panggil kwn2 kg dtg 1st raya, mcm open house la juga.  So mlm raya sambung pulak buat kuzi kambing dan goreng ayam utk mkn dgn nasi beriani esoknya.

Seperti biasa, baju raya pakai untuk sejam saja.  Untuk bersalam2 raya. Ambik gambar, posing2, selfie ... 1 jam saja. Then tukar balik dgn baju ala2 bibik untuk masak lagi.  Buat nasi beriani dan acar.  Tetamu dtg petangnya, abah dan Pak Tam je yg melayan, kami yg pompuan semua cari bantal.


2nd Raya, beraya di rumah sedara mara.  3rd raya ke Pekan, Pahang.  Beraya rumah abang pulak.  Mlmnya kami tidur di Mandurah Hotel.  Hotel baru di Berserah.  Konon nak cuti2 lah juga tepi pantai mmm tapi lebih bnyk melepak melayan mata kat bilik.

Sebelum balik, wajib pekena kopok lekur dan seafood goreng tepung di Warung Mok Na.  Isnin kami terus balik ke rumah .... rindu sgt2 ngan miaw2 kat rumah.

---

3 hari sebelum raya, kami dikejutkan berita kematian sepupu pada abah akibat serangan jantung.  Anak Mak Tih.  Umur baru 35, lelaki.  Dia baru selesai servis kereta, masuk dlm kereta. terus kena serangan jantung dan meninggal di situ juga.  Memang kami semua terkedu sebab abangnya juga meninggal mengejut begitu 2 thn lepas dalam umur 30an.

Kematian adalah peringatan untuk yg masih hidup!  Sampai masa kita juga akan melalui saat itu.


Persiapan Juadah Raya (gotong royong petang sebelum raya)

Takbir rumah ke rumah (tradisi yang masih dikekalkan)

Selamat Hari Raya .. anak cucu beraya tanpa atok dan nenek.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.

Buah hati mama (baju matching ngan buah rambutan hihihihi)

Durian time .... ni yg syok bila balik ramai2.


Puasa , jemaah ... terawih

Berpuasa stail baru ... thn ni kami tukar cara buka puasa hihihi menjimatkan wang dan tenaga.  Tapi bkn tu saja, lebih organize masa aku rasa. 

Surau di kawasan perumahan kami menyediakan juadah berbuka setiap hari. Dan abah ditugaskan untuk menyediakan juadah berkenaan.  So apa lagi, rasanya sebulan dalam bulan puasa cuma 7 hari aku berbuka di rumah, yg lain semua kat surau.  Itu pun antara sebabnya Haziq dan Danial ada kat rumah ataupun ada majlis anjuran blok2.

Berbuka ala kadar, dgn kurma dan kuih, then solat magrib. Lepas solat baru makan nasi.  Lepas kemas2 meja, rehat kejap, terus solat isyak dan terawih. Lepas terawih baru balik rumah. 

Malam baru masak simple2 untuk sahur nanti.  Macam tu lah hari2 aktivitinya.

Sekali berbuka di Masjid Besi anjuran office tapi sungguh aku rasa tak selesa, sebab macam tergesa2, nak makan, nak solat.  Program berbuka pun x boleh nak ikut, habis makan semua dah chow, sebab nak bergegas solat isyak dan terawih. 

Berterawih di masjid/surau ni seronok tapi ada juga yg kadang kala buat kita tak selesa, hati berkata2, sikit sebanyak bertambah juga dosa wpun dalam keadaan kita nak tambah pahala.  Sungguh aku tak selesa dengan budak2 yang berlari2 dlm surau macam kat nursery.  Minggu pertama puasa, masa jemaah ramai dan masing ghairah nak solat kat surau, ramai yg bawa anak2. Dari budak yg belum paham bahasa sampai yg dah paham bahasa tapi buat2 tak paham.  Yg dah paham tapi buat2 tak paham senang urus, selalunya aku akan sound direct - nak main pi balik rumah. Kot kita beliakkan mata pun dia org paham dan cuba control kelakuan.  Tapi yg tak boleh blah yg bawa anak 1-4 thn.  Berlari sepanjang sejadah org dok solat. Main lawan2 dalam ruang solat, usik/main suis letrik (kita yg tak senang nak solat sbb risau budak tu kena renjatan elekrik), ada yg bawa mainan.  Macam nursery.  Dan mak bapa dlm surau boleh buat bodoh ja wpun suara anak lebih kuat dr suara imam.

Ada juga Jemaah lelaki yg bawa anak pompuan dan anak tu peluk ja kaki bapa sepanjang masa, sampai mengganggu Jemaah yg berdiri di sebelah.  Pokoknya semua yg pelek2 boleh nampak time tu.  Aku anggap pelek dan mengganggu sebab masa anak2 aku kecil aku tak pernah berterawih di surau/masjid. Bila si bongsu dah masuk sekolah barulah berterawih di masjid.  Sebab tak nak anak2 mengganggu Jemaah yg lain.  Tapi org sekarang ni, boleh buat bodoh ja wpun anak dah macam tarzan terbiar kat dlm surau.  "Nak biasakan budak2 dgn surau/masjid" - ini adalah statement lawak bodoh yg boleh kita dengar.  Kalau nak biasakan anak, mulakan dgn solat magrib/isyak setiap hari bkn di bulan Ramadhan.  Sebabnya,  bdk2 yg kita biasa nampak dibawa mak bapa ke masjid/surau setiap hari (bkn bln puasa), bila bulan puasa, anak2 ini sangat tertib.  Walaupun sbg budak, ada unsur cenderong nak main sbb kawan2 ramai tapi biasanya bdk2 ni boleh kontrol diri.

Jadi "nak biasakan anak2 dgn surau/masjid" sila mulakan sblm bulan puasa.  Bkn saja anak2, bapa2 pun bolehlah start berjemaah hari2 ...


Monday, June 29, 2015

Bila Tiba Waktu Itu - Nur Liyana Jaafar

Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara
Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

--------------------------------------------------------------------

dah seminggu lebih entry ni aku biarkan tak publish, tak juga mampu habiskan apa yang nak aku tulis.

Aku kenal Nur Liyana Jaafar semasa rombongan meminangnya pada tahun 2014 di Muar, Johor.  Perkenalan dengan bang cik, anak buah aku sejak 2011 insyaallah akan sampai ke jinjang pelamin pada tahun depan.  Namun kita merancang, Allah yang menentukan.

16 Jun, kami menerima berita sedih bila Liyana terlibat dalam kemalangan di lebuhraya MEX.  Kawan2 aku yg datang kerja dr KL ramai yg bercerita perihal kemalangan antara motor yang dibawa oleh seorg wanita melanggar kereta yg berhenti di lorong kecemasan.  Sungguh aku tak sangka, wanita berkenaan adalah Liyana. 
Semasa dibantu pengguna2 jalan raya Liyana sempat maklumkan no tel bang cik dan rakan sekerja.  Namun akhirnya dia pergi menemui penciptanya di tempat kemalangan.  Aku sukakan dia pertama kali aku jumpa dia dan keluarganya.  Sgt lembut dan tingkah laku menyenangkan. Kami mmg teruja menanti majlis perkahwinan mereka thn depan.

Abg cik masih menjalani latihan di TUDM Alor Setar.  Hari yg sama sepatutnya bang cik ada ujian penerbangan solo.  Dapat aku bayangkan perasaan dia bila mendapat panggilan dr org yg tak dikenali memaklumkan bakal isterinya telah tiada. 

 Aku dan abah ke Hospital Serdang. Abg Jai dan Suhaimi juga ada. Alhamdullilah urusan jenazah sgt cepat dan mudah.  Post motem hanya 1 jam sahaja, terus dimandikan, dikapan, disembahyangkan dan dibawa pulang ke Johor dan dikebumikan pada jam 5 pm.  Sungguh aku tak boleh nak bayangkan perasaan ibu bapanya ... anak yang disayang telah pergi dan tak kembali lagi.

Aku berkesempatan memandikan jenazahnya.  Wajahnya sgt tenang, seperti org yg tidur. Badannya lembut seperti masih bernafas.  Dia seorang yang sangat baik, akhlak dan budi pekerti terpuji juga seorang yg taat pada agama.  tempatnya insyaallah di kalangan org2 beriman di sana.

Untuk bang cik, maksu doakan agar diberi kekuatan dan terus bersemangat menamatkan latihan yang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.   Semoga bang cik berjaya menjadi rekrut terbaik sama seperti di UPNM dahulu.

Tempat terakhir yg abadi untuk kita semua

.... kita milik Allah, suatu hari nanti kita juga akan menemui pencipta kita ... masanya akan tiba.  Pemergian orang2 di sekeliling kita merupakan peringatan utuk kita agar siap sediakan diri kerana mati itu pasti dan datangnya tanpa disangka.

Monday, June 22, 2015

Almaty, Khazakhstan - last day

Hari ni hari terakhir aku di Almaty.  Masa nak breakfast memang rasa dah tak tertelan makanan dia org yg tak pelbagai macam makanan Malaysia.  Asyik benda yang sama.  Roti yang keras, sayur bakar, cendawan goreng, roti yg macam rupa capati tapi tak best, sosej mmmm dah muak aku.

Jam 10 kami keluar round bandar Almaty dengan keluarga Rahman.  Ke Arbat untuk tengok hasil2 seni.  Oleh sebab Kazakhstan terkenal denga gunung dan kuda, so lukisannya banyak pada 2 objek ni.  Tapi sangat cantik, harga pun boleh tahan juga cuma beberapa ratus saja.

Lunch sekali lagi kami makan lagman, sejenis mee kali ni yang berkuah macam sup.  Sedap juga, habis juga semangkuk.

Petang jam 7 kami dah gerak ke airport walaupun flight kul 12, sbb teksi awal2 dah book macam tu.
Suhu  sejuk, 18C.  Aku tinggalkan Almaty dengan impian untuk ke sana lagi ... sebab negaranya sangat unik dan pemandangannya seindah lukisan.  Walaupun mereka belum "think tourism", tapi negaranya sangat menarik.  Sayang sekali ambil gambar hanya guna camera telefon, kalau permandangan jauh gambarnya tak berapa clear, keindahan bumi Kazakh tak dapat dirakam sebagaimana yang diharapkan.  Tambahan member sorang ni tak reti ambik gambar haaaaa tension aku.  Semoga aku dapat ke sini lagi.


Bunga ros oren yang sangat2 menarik perhatian aku.  Bunga ros memenuhi pekan Almaty.


Kazakh famous ngan coklat dan coklatnya sangat sedap.

Nasi errrrrr lupa nama. Tapi aku x makan sebab berasnya lain sikit tak berapa kena dengan tekak.

Lagman sup ... mewah dgn rencah.

Belakang gunung-ganang yang diliputi salji di atasnya.



Ruang hotel, bell boy hotel ni kadang2 je ada.  So kami pernah tolak sendiri troli hotel untuk bawa barang ke bilik.











Airport Almaty



Friday, June 19, 2015

Almaty, Kazakhstan lagi - 22 Mei

Day 6 - Pagi kami selesaikan semua urusan pejabat.  Alhamdullilah berjalan sebagaimana yang dijadualkan. So tengahari semua urusan selesai.  Lunch kami di Bubble Mania.  Kat sini minuman yang ada bubble macam Chattime baru masuk ke sana.  So sangat popular untuk remaja.  Tapi kat kedai tu pizza dan sandwichnya sgt2 sedap.




Then kami ke Shymbulak Ski Resort.  Resort utk main ski pada musin sejuk yg famous.  Dari bawah naik cable car ke atas bukit.  Oleh sebab pagi tadi hujan maka agak berkabus, sayang sekali pemandangannya tak berapa jelas.  Suhu di atas adalah 7C.  Memang sejuk tapi cool , cakap pun berasap, so kami2 yg org kampong ni pun beriya bercakap, nak bg keluar asap ...

Salji dah agak kering tapi masih ada tompokan2 salji di sebelah atas.  So org kampong berdua ni apa lagi, gigih daki bukit semata-mata nak pegang salji .... haaaa macam ais abc ... Kalau musim salji seluruh bukit akan bersalji,  untuk yg kurang mahir main ski, dia org akan main kawasan yang kami naik.  Yg mahir mereka akan ke atas lagi untuk kawasan salji yg lebih luas. 

Memang cantik permandangannya ... seindah lukisan.

Balik dari Shymbulak, kami ke Hard Rock Café, Member sorang ni memang pengumpul baju hard rock.  So aku beli juga lah 4 tshirt untuk anak2 buat kenangan.  Hard Rock Almaty.

Then malamnya kami dinner kat rumah member, dia pulak masak asam pedas daging ala Melaka, fuhhhhh aku makan tak pandang orang dah. 

Balik hotel dengan perut kenyang .... malasnya dah berkemas, esok dah nak balik.