Tuesday, July 28, 2015

Puasa , jemaah ... terawih

Berpuasa stail baru ... thn ni kami tukar cara buka puasa hihihi menjimatkan wang dan tenaga.  Tapi bkn tu saja, lebih organize masa aku rasa. 

Surau di kawasan perumahan kami menyediakan juadah berbuka setiap hari. Dan abah ditugaskan untuk menyediakan juadah berkenaan.  So apa lagi, rasanya sebulan dalam bulan puasa cuma 7 hari aku berbuka di rumah, yg lain semua kat surau.  Itu pun antara sebabnya Haziq dan Danial ada kat rumah ataupun ada majlis anjuran blok2.

Berbuka ala kadar, dgn kurma dan kuih, then solat magrib. Lepas solat baru makan nasi.  Lepas kemas2 meja, rehat kejap, terus solat isyak dan terawih. Lepas terawih baru balik rumah. 

Malam baru masak simple2 untuk sahur nanti.  Macam tu lah hari2 aktivitinya.

Sekali berbuka di Masjid Besi anjuran office tapi sungguh aku rasa tak selesa, sebab macam tergesa2, nak makan, nak solat.  Program berbuka pun x boleh nak ikut, habis makan semua dah chow, sebab nak bergegas solat isyak dan terawih. 

Berterawih di masjid/surau ni seronok tapi ada juga yg kadang kala buat kita tak selesa, hati berkata2, sikit sebanyak bertambah juga dosa wpun dalam keadaan kita nak tambah pahala.  Sungguh aku tak selesa dengan budak2 yang berlari2 dlm surau macam kat nursery.  Minggu pertama puasa, masa jemaah ramai dan masing ghairah nak solat kat surau, ramai yg bawa anak2. Dari budak yg belum paham bahasa sampai yg dah paham bahasa tapi buat2 tak paham.  Yg dah paham tapi buat2 tak paham senang urus, selalunya aku akan sound direct - nak main pi balik rumah. Kot kita beliakkan mata pun dia org paham dan cuba control kelakuan.  Tapi yg tak boleh blah yg bawa anak 1-4 thn.  Berlari sepanjang sejadah org dok solat. Main lawan2 dalam ruang solat, usik/main suis letrik (kita yg tak senang nak solat sbb risau budak tu kena renjatan elekrik), ada yg bawa mainan.  Macam nursery.  Dan mak bapa dlm surau boleh buat bodoh ja wpun suara anak lebih kuat dr suara imam.

Ada juga Jemaah lelaki yg bawa anak pompuan dan anak tu peluk ja kaki bapa sepanjang masa, sampai mengganggu Jemaah yg berdiri di sebelah.  Pokoknya semua yg pelek2 boleh nampak time tu.  Aku anggap pelek dan mengganggu sebab masa anak2 aku kecil aku tak pernah berterawih di surau/masjid. Bila si bongsu dah masuk sekolah barulah berterawih di masjid.  Sebab tak nak anak2 mengganggu Jemaah yg lain.  Tapi org sekarang ni, boleh buat bodoh ja wpun anak dah macam tarzan terbiar kat dlm surau.  "Nak biasakan budak2 dgn surau/masjid" - ini adalah statement lawak bodoh yg boleh kita dengar.  Kalau nak biasakan anak, mulakan dgn solat magrib/isyak setiap hari bkn di bulan Ramadhan.  Sebabnya,  bdk2 yg kita biasa nampak dibawa mak bapa ke masjid/surau setiap hari (bkn bln puasa), bila bulan puasa, anak2 ini sangat tertib.  Walaupun sbg budak, ada unsur cenderong nak main sbb kawan2 ramai tapi biasanya bdk2 ni boleh kontrol diri.

Jadi "nak biasakan anak2 dgn surau/masjid" sila mulakan sblm bulan puasa.  Bkn saja anak2, bapa2 pun bolehlah start berjemaah hari2 ...


No comments: