Alhamdullilah Allah masih panjangkan umur untuk aku berhari raya. Tahun ni ke Gemas pulak. Cadang awal nak balik Kedah tapi sbb thn ni dah 2 kali htr pengantin ke utara, maka tukarlah plan balik Gemas pula. Perjalanan yg paaannnjjjaannngggg ke utara, dgn jalan yg sesak buat aku fikir 2 kali nak balik.
Kejayaan thn ni bila aku berjaya dgn semangatnya dan oven baru yg besar buat kuih raya hahahahaha. rasa dah 15 thn aku tak buat kuih raya. So tahun ni jadi juga biskut bunga dahlia dan biskut nestum. Walaupun rupa biskutnya buruk tapi rasa tetap sedap hihihihi.
Balik Beraya - Thn ni 4 family beraya di rumah kg. Kami blk paling awal, kemas rumah, cuci segala pinggang mangkuk, maklumlah rumah tinggal. Itupun sib baik adik ipar dah balik awal puasa utk bersihkan rumah.
Seperti biasa menunya rendang maman (mmg mabeles), rendang hitam, kuah kacang, nasi impit, lemang. Abah pulak plan nak panggil kwn2 kg dtg 1st raya, mcm open house la juga. So mlm raya sambung pulak buat kuzi kambing dan goreng ayam utk mkn dgn nasi beriani esoknya.
Seperti biasa, baju raya pakai untuk sejam saja. Untuk bersalam2 raya. Ambik gambar, posing2, selfie ... 1 jam saja. Then tukar balik dgn baju ala2 bibik untuk masak lagi. Buat nasi beriani dan acar. Tetamu dtg petangnya, abah dan Pak Tam je yg melayan, kami yg pompuan semua cari bantal.
2nd Raya, beraya di rumah sedara mara. 3rd raya ke Pekan, Pahang. Beraya rumah abang pulak. Mlmnya kami tidur di Mandurah Hotel. Hotel baru di Berserah. Konon nak cuti2 lah juga tepi pantai mmm tapi lebih bnyk melepak melayan mata kat bilik.
Sebelum balik, wajib pekena kopok lekur dan seafood goreng tepung di Warung Mok Na. Isnin kami terus balik ke rumah .... rindu sgt2 ngan miaw2 kat rumah.
---
3 hari sebelum raya, kami dikejutkan berita kematian sepupu pada abah akibat serangan jantung. Anak Mak Tih. Umur baru 35, lelaki. Dia baru selesai servis kereta, masuk dlm kereta. terus kena serangan jantung dan meninggal di situ juga. Memang kami semua terkedu sebab abangnya juga meninggal mengejut begitu 2 thn lepas dalam umur 30an.
Kematian adalah peringatan untuk yg masih hidup! Sampai masa kita juga akan melalui saat itu.
Persiapan Juadah Raya (gotong royong petang sebelum raya) |
Takbir rumah ke rumah (tradisi yang masih dikekalkan) |
Selamat Hari Raya .. anak cucu beraya tanpa atok dan nenek. |
Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. |
Buah hati mama (baju matching ngan buah rambutan hihihihi) |
Durian time .... ni yg syok bila balik ramai2. |
No comments:
Post a Comment