Berapa banyak makanan yang masuk ke perut kita?
Berapa kg berat dah naik?
Dari jamuan kecil2 hanya untuk suka2 jemput kawan2 sedara mara hinggalah jamuan gah yang siap dgn karoke, band, persembahan nyanyian. Dari menu2 biasa nasi impit, rendang, lemang hinggalah ke kambing golek, ayam bakar, durian dan segala mak nenek makanan.
Itu adalah budaya Orang Melayu .. "rayakan sebulan" ...
Jadinya sebulanlah kita makan dan makan dan makan ... 10 tempat ada open house, 10 tempat tu ada lemang, 10 kali juga kita melantak lemang .... rayalah katanya. Lepas raya lemang dah tak rasa sesedap lemang di bulan raya.
Ada kalanya sangat membazir, makanan banyak tak habis. Bkn sebab tak ada tetamu tapi ada sesetengah tetamu yg ada beberapa open house, sampai tak larat nak makan.
Sungguh ... ada kala rasa sedih tengok org melayu beraya. Raya tak setimpal dgn amalan2 yg dibuat semasa Ramadhan, apa kemenangan yang nak dirai? Ramadhan kita pun ala kadar. Kalau pun Ramadhan kita dah usaha buat yang terbaik, kenapa di syawal kita seolah2 hilang arah dgn seronoknya beraya. Paling sedih bila beraya sambil berjoget berkaroke , macam kita rasa hidup ini selamanya ...
Mmg banyak open house yang aku pi yg ada segala mcm hiburan terutama yg organize by department atau company. Itulah gaya bila org melayu beraya ... surau makin sepi, masjid makin sepi ... tak ada lagi mak bapa yg sibuk bawa anak ke surau/masjid utk biasakan anak2 dgn surau/masjid, sebab bapa pun dah tak nampak bayang di surau/masjid lagi.
Dan kita tunggu lagi raya tahun depan, dgn gelagat yang sama tanpa memikir apakah kita ada lagi di raya tahun depan
Ramai orang hilang selepas raya ... termasuk anda juga? |
No comments:
Post a Comment