Tuesday, September 29, 2009

Happy Birthday Anje

Kek yg sempat diambik gambar, tinggal bunga je.

Gambar-gambar semasa besday tergempar anje.



28 September 2009 - anje genap 9 thn. Sebenarnya tak plan nak celebrate apa2. ingatkan nak beli kek utk makan sekeluarga. Aku pun cadang nak masak nasi jagung utk Ipin, sbb dia nak balik Sarawak hari ni, then ingat nak celebrate untuk kami2 sajalah.

Rupanya plan berubah last minute, masa balik kerja, abah soh aku pi Hero sbb dia nak beli barang. Rupanya dia nak buat juga simple2 birthday anje. so aku pun cuma beli nugget, drumet, sosej dan buat fruit punch saja. Balik dah macam lipas kudung buat kerja. Masak nasi dan lauk ayam merah, sotong grg tepung dan acar, juga persiapan birthday tergempar anje. Yan sponsor mehoon. Sib baik ada meehoon sebab ramai lah juga kawan2 dia datang. Kira clear semua makanan.

Nak ambik gambar time tiup lilin, bateri kong pulak. lepas cas bateri dapat ler gambar sikit. Kul 9 lebih baru settle, aku pun baru nak mandi. lepas isyak aku zzzzzzzz tak leh angkat tangan dah. Tapi kul 11 bangun balik. Sib baik semua dah clear, pinggang mangkuk dan rumah dah bersih. Abah dan Ipin clearkan.
Cuma rutin sebelum tidur .... apa lagi bereskan baby2 miaw tu. Aku tambah nestum baby dlm susu, Biar kenyang sikit depa2 tu ....

No comments: