Selasa malam (15 Sept), aku nampak miki dah kembang bulu menghala ke bilik aku, sure si abu masuk bilik tu. aku cepat2 ke bilik, nampak abu dok tercari2, semestinya cari miki. aku tak nak dia org gaduh, so aku masuk bilik dan angkat abu. niat aku nak bawa abu keluar dan jauh dr miki. miki di belakang aku. aku berusaha tak bg abu nampak miki. rupanya miki kat belakang dah naik angin. tak tahu kenapa? marah sebab aku angkat abu? sebab selama ni kalau dia org nak gaduh aku mesti akan angkat miki dan bawa masuk bilik.
secara tiba2 miki menerpa paha aku dan di gomolnya seolah2 dia dah dapat abu utk bergaduh. Punyalah sakit. terlepas abu dr tangan aku, aku terus terduduk dek kerana terlalu sakit. aku tarik seluar sekerat lutut yg aku pakai. darah menitik2 jatuh. sakitnyaaaaaa.
miki dan abu pulak terus bergumpal kat dapur. Amok yg cuba leraikan. bila 2 ekor tu bergumpal sampai dekat aku, aku cepat2 ambik kain dan tutup miki. aku suruh amok panggil abah balik. tak tahan sakitnya.
Abah tawarkan bisa pd luka. belakang paha ada 8 garis. kat depan ada 7 lubang. bekas gigi agaknya. menggigil kaki aku menahan sakit. aku cuma letak minyak gamat. rasa reda sikit.
esoknya aku ke opis. member2 suruh aku pi klinik. so aku pi jugalah klinik salmah. kena sejarum suntikan. bengkak pulak tempat yg disuntik. doktor letak ubat kuning menyebabkan aku lg sakit. lubang bekas gigi membengkak biru, nak jalan pun sakit.
miki .... miki .... sampai hati buat mama macam ni ya. miki cam rupa bersalah je bila budak2 dok marahkan dia. ya lah nama pun kucing apa yg dia tahu.
tapi yg kelakarnya abah cite, esoknya tu, bila abu balik nak makan. 2-2 ekor tu dah mula kembang nak bergaduh. Abah ckp cam ni - 'kau 2 ekor kalau kau org gaduh lagi aku panggang dalam oven tu, reti!'. mcm paham pulak, 2-2 tu terus pusing ke belakang, dok pandang kut jauh saja , tak gaduh. tapi abu memang takut ngan abah. dia cukup paham kalau abah marah dia.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment