Monday, October 29, 2012

Perjalanan Terakhir Seorang Kawan - 2

28 Oktober - selang seminggu selepas Imsany meninggal, kami dikejutkan lagi dengan berita kematian Hazrin.  mmg dia ni ada asthma yang teruk. seorang ibu beranak 4, dan sedang mengandung anak 6 bulan anak ke 5.
Kebetulan aku berada di Raub untuk family gathering sebelah abah.  Member call inform yg Hazrin meninggal juga di hospital Raub, dia balik beraya rumah mertuanya.
Aku dan abah terus ke hospital Raub, meninggalkan budak2 bawah jagaan abg nan.  Sedih sangat rasa, sebab Hazrin sebaya Imsany - 35 tahun, telah Allah jemput untuk mengadapNya. anak2nya masih kecil.
Proses menguruskan jenazah sedikit lambat kerana suaminya tidak membenarkan post mortem dibuat.  Aku pun x sangka yg kalau kita tak nak buat post mortem, perlu kelulusan khas doktor dan tandatangan magistret. Alhamdullilah dgn bantuan seorang kawan opis yg juga anak dato2 di Pahang, urusan berjaya diselesaikan, mendapat bantuan polis untuk mengiring jenazah balik ke KL kerana jalan mmg sesak.
Alhamdullilah jenazah disemadikan jam 9 malam di Nilai.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Hidup kita hanya sementara, akhirat yang kekal abadi. 

Perjalanan Terakhir Seorang Kawan

20 Oktober - Tengahari Rozi call memaklumkan seorang kawan Imsany meninggal dunia.  Terkejut macam tak percaya, sebab hari2 jumpa dia.
Walaupun tahu dia sakit selepas serangan stroke tahun lepas, dan keadaannya sangat tidak cergas, aku tak sangka ajal menjemputnya dalam usia 35 tahun.
Baru 2 minggu sebelumnya dia berada di bilik aku , duduk dihadapan aku dan bercakap2.  Cakap cara dia, sbb selepas serangan stroke dia susah bercakap, adakalanya guna bahasa isyarat, ada kalanya dia tulis di kertas.  Suka dia tengok koleksi key chain aku yg penuh di dinding, terutama key chain Dubai.  Dia bertugas di Dubai waktu aku dan Ida ke sana tahun 2009.  Dia dan isteri sangat baik melayan kami.
Nasib sangat2 tidak menyebelahi dia bila tahun lepas dia kena serangan stroke.  Mungkin atas budi bicara pengurusan, dia dibenarkan kerja walaupun keadaannya amat payah sekali.  Susah juga kalau dia pencen awal, sebab isterinya tak bekerja.
Aku dan abah ke Kajang selepas asar rumah mertuanya ,  sampai di masjid, jenazah dah ada, sempat tengok sebelum di bawa ke kubur.
Patut dalam seminggu 2 sebelum meninggal dia nampak mudah penat, dia singgah ke bilik aku pun sebab mencari jiran bilik sebelah yg tak ada. Jadi bg menghilangkan penat, dia singgah duduk di kerusi hadapan aku. 
Semoga Allah mengampun dosa2nya dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman.

Tuesday, October 16, 2012

Selamat Jalan Yuna, Kiki, Lala, Dedek, Kuci, Tony, Loli dan Comot

Akhirnya 14 Oktober, keputusan besar sekali lagi aku buat dengan linangan air mata. Dari 11 ekor kucing yg ada, aku perlu tinggalkan hanya 3 sahaja. Atas banyak faktor.
Kiki yg dah sebulan lebih hilang, telah dijumpa semula. Budak2 jumpa dia di taman, di bawa balik. Rasanya Kiki pregnant lagi. Dgn keputusan nak pindah + rumah yg dah mcm rumah org. Kadang2 faktor najis dan kebersihan terutama utk solat dan sebagainya perlu diambil kira.  Dia org ni pun ada yg terejal punya perangai yg mmg tahap gaban punya nak uji mama.   Rasanya ini jalan terbaik. 

Sesekali aku tak akan buang dia org merata.  Jadi aku serahkan pada Omiey Home, utk carikan tuan baru @ dijaga.  Memang bayarannya agak tinggi utk 8 ekor kucing.  Seekor rm50.  Tapi aku puas hati sebab aku tahu kucing2 kesayangan aku selamat di tangan orang yg betul niatnya. Kucing2 yg sebelum ni aku serahkan, katanya dah diambil orang.  Doa aku semoga mereka mendapat tuan yg lebih baik dari aku.

So yang tinggal sekarang Tomok, Mak Be dan Miki (mak, bapa dan anak).  Hari pertama aku tengok semua monyok, mcm termenung ja.  tapi masuk hari ke-2, aku rasa Mak Be paling happy, keluar masuk bilik aku sbb dah tak tutp pintu lagi.  Siap naik atas katil baring2, kan main manja lagi. Dulu Mak Be tak berkesempatan nak bermanja, ramai yg lain dok menyendeng.  Miki pun sama, dok bilik aku je tempatnya.  Tomok apatah lagi, macam kongsi katil pulak ngan aku. Kadang2 tengok dia org 3 ekor berkejaran, kelakar pulak.

Rumah, semestinya sunyi.  Dulu penuh kucing berlari sana sini. 
Tapi aku pun sampai 1 tahap perlu buat sesuatu.  Kalau semua 17 ekor ada, balik je rumah, tugas pertama, buang bom2 yg dibuang ditepi2 dinding dek miaw2 yg saja buat x paham bahasa.  mop lantai sebab ada juga yg kencing di tepi dinding + depan bilik air.  So 1 rumah kena mop, sbb dia org jalan keluar masuk toilet.  Masuk pulak bilik, kerap kali Yuna pulak buat hal, mop lagi.  Kalau tak, nak solat cam mana.  Yg paling aku tension, kencing atas mesin basuh ... adusssssss.  Mmg kena hati2 nak basuh baju, silap hari bulan dlm mesin dah ada air kuning.  Atas table top pun suka hari nak kencing.  Kain lap kaki sampai tak leh letak, lagi syok melepas kat situ mmmmmm.

Aku rasa aku dah buat yg terbaik utk dia org dan aku lepaskan/serahkan pada org yg terbaik juga.  Tapi .... aku mmg tak boleh tengok gambar miaw2 tu.  Bukan dalam masa terdekat .... sebab walaupun dia org tu mmg terejal habis, tapi aku sgt2 sayangkan dia org. Rindu sgt pada dia org semua .....

Tuesday, October 9, 2012

Notis Dari Anje

Pagi tagi terkejut tengok notis ni di peti ais hehehehehehe.  3 hari bagi tugas basuh pinggang terus keluar notis ni.

Majlis Khatam Quran Ayang dan Anje

29 September 2012 - Alhamdullilah majlis yang dirancang berjaya diadakan.  Terima kasih kepada Ustaz Haji Ahmad dan Ustazah Hajjah Khalillah yang selama ini mengajar anak-anak dara berdua tu mengaji.  Seramai 18 student ustaz yang khatam. 
Sebelah siangnya seperti biasa kami berhempas pulas memasak untuk majlis ini. Setiap ibu bapa buat collection tm50.  Ramai juga yg sponsor bunga telur.  Cabaran utama mengukus 10 kg pulut.  Maklumlah semuanya bukan reti pun.
Apa pun tahniah pada Ayang dan Anje.

Monday, October 8, 2012

Misi Seterusnya

Misi pertama telah berjaya, pencarian rumah sewa di BBST. tak jauh dari sekolah menengah, sedikit jauh dr sekolah rendah.  Semi D tapi saiznya macam rumah aku ja. rumah aku la ni dapurnya kecik tapi rasanya kecik lagi dapur rumah ni without kitchen cabinet.  suasana sangat sunyi, jauh beza dari rumah sekarang, atas bukit. pemandangan pun ngadap bukit ....
selama ni aku ngadap deretan kereta, kedai2, cerah 24 jam .... ni totally different.

Setakat hari ni confirm. jadual pindah pada cuti sekolah bln November.  Mmg rasa susah nak pindah randah tapi bila teringat member2 yg kena posting ke negeri lain, ke luar negeri , lagi lah susah.
So next mission will be ..... driving ..... hahahahahaha
boleh ke ni .... Bak kata wan, kak anum pun boleh drive, apa lagi kak zu ....
mengumpul kekuatan sepenuh hati .......ingat nest week nak start belajar ..... boleh zuraini .....

Thursday, October 4, 2012

Selamat Jalan Ujang, Upin, Utih, Yuni, Bunga dan Mak Tam

30 September 2012 -
Rasa bersalah, rasa sedih, rasa frust .... tapi aku terpaksa melepaskan sebahagian dari miaw2 yg aku sayang.  Sesekali aku tak akan buang mereka merata2 sbb aku tau mereka tak boleh survive.
Jadi aku minta bantuan Omiey Home, Pusat Jagaan Kucing di Kepong untuk mengambil mereka dan Omiey Home akan uruskan pengambilan kucing2 angkat bg org yg berminat.  Harap miaw2 aku akan lebih selesa ngan tuan baru. 1st batch 6 ekor.
Kat rumah masih ada Miki, Mak Be, Tony, Tomok, Yuna, Dedek, Lala, Loli, Kuci, Comot (dah comel sekarang).  Kiki sampai sekarang tak jumpa, ntah ke mana menghilang.
2nd batch will be Yuna, Dedek, Lala, Loli, Tony, Kuci dan Comot.
Yang akan tinggal Pak Mike, Mak Be dan Tomok.  Susah kiranya aku nak pindah ngan kucing yg banyak.  So aku perlu lepaskan mereka ke tempat yg selamat.  Charge dikenakan oleh Omiey Home adalah RM50 seekor.  Kalau 6 ekor macam hari tu mmg banyak nak kena bayar rm300.  Tapi tak pe asalkan aku tahu dia org selamat di tangan org yg sayang kucing, selain tu boleh juga bantu Omiey Home dalam usaha mereka membuka cat farm nanti.  Nak hantar semua sekali tak mampu lak aku, so hantar batch by batch.

Masa masukkan miaw dalam sangkar, yg kecik2 tak melawan.  Tapi Yuni, Bunga dan Mak Hitam macam tahu2 saja. meronta2.  Aku hantar sampai ke bawah, meleleh gak air mata ni.  tapi kena kuat semangat.
Terfikir gak, bila pencen nanti aku nak buat kerja amal kat rumah jagaan kucing lah ...

Thursday, September 27, 2012

Misi Mencari Rumah DiPutrajaya dan Sekitarnya

Misi bermula utk mencari rumah di Putrajaya dan sekitarnya ....

Cabaran kali ini mmg besar utk kami sekeluarga, semoga Allah memberi yang terbaik buat kami, memudahkan urusan kami, melapang jiwa kami, melapangkan pintu rezeki kami, memanjangkan umur kami.

Allah, beri kami kekuatan ...
misiku jelas dan tetap, mencari penempatan baru di sekitar tempat kerja ...
setahun yg lalu mmg aku rimas, mati kutu, buntu dgn keadaan senyap sunyi di sini dan sekitarnya tapi setelah setahun rasanya inilah tempat terbaik utk kami .... dan aku tak sanggup dan tak mampu lagi nak mengadap mereka2 yg busuk hati di sana.


Tuesday, September 18, 2012

Retreat BTM Ke Sabah

Akhirnya ... yg dirancang bertahun-tahun terlaksana sudah.
14 - 17 September, BTM ke Sabah utk retreat bahagian....  kursus moticasi 1/2 hari, meeting utk rancangan projek 2013 dan pelaksaan projek thn ni 1/2 hari.  Bosses buat meeting antara dia org ...
Kami ... enjoyyy hehehehe. keluar semua warna warni diri masing2.  Akak2 happy tinggalkan rutin harian, suhaila lagi happy hahahaha paling happy meninggalkan 5 jantan2 kat rumah. semua bapa uruskan.

Aku ... lama dah x keluar cam ni. enjoy myself .... keluar sebentar dari rutin harian, mop lantai, kemas rumah, berkesah ngan kucing, kain baju yg bertimbun dll ......
1/2 dari kami bertolak flight awal jam 8.20 pagi, sebahagian lagi kena ambik flight ptg jam 7.
So seawal jam 4.45 aku dah bangun, kul 5.30 ke KL Sentral ambik erl ngan wan ke klia. Sampai KK dah tengahari, lunch nasi ayam kay kak nong restauran. mmmm boleh tahan juga nasi ayamnya.

Check in kat Shangri-La Rasa Ria, Tuaran Sabah.  5 star hotel.  kami je muka melayu kat situ.  yg lainnya semua mat saleh, korea, jepun.   Terasa juga cam out of space. Yg mengganggu sikit adalah terbit matahari yg awal.  cepatnya siang, kul 6 am dah cerah.  kul 6 pm dah gelap.  tidur waktu semenanjung, bangun waktu sabah ... akibatnya semua merungut x cukup tidur ....
Petang lepas lepak2 kat pantai, kami keluar utk dinner kat seafood restaurant,  aku sure telan ubat alergik dulu, kalau tak, mau bengkak semua muka aku.  then sebab flight petang delay, kami pekena teh tarik dulu.  pas tu ke airport semula ambil group ke 2.


Pagi Sabtu 15 Sep, kami mulakan dgn kursus + ceramah motivasi oleh Dr Ridzwan, yg juga bapa kepada Aina Tasneem.  Thari lunch kat another seafood restaurant, errrrkkkkk wpun aku dah makan ubat tapi dek sebab dah lama tak makan udang dan ketam, aku dah tak suka dan tak berapa nak boleh telan bnyk2.  Udang tu oklah juga, 2-3 ekor.  ketam mmg tak boleh, selain aku rasa mulut gatal cam makan nenas, rasa ketam buat aku loya.  Aku try juga 1/2 ekor saja yg boleh lepas masuk mulut.  peleknya sotong takde ... mmmm.  2 hari makan seafood, tekak aku dah kembang.  After lunch, kami ke Rumah Terbalik, salah 1 new attraction kat KK.  Ntah apa yg special sbb aku dah pernah tengok rumah cam ni kat internet.  Pening kepala masuk dlm rumah tu adalah.
Pas tu kami ke mari2 Cultural Village, jadual masuk jam 6pm.  haaaa suspen gak sebab 6 pm dah magrib kat KK.  Cultural Village tu pulak tepi hutan.  Living museum lah kiranya, ngan rumah Dusun, Lundayeh, Bajau, Rungus dan Murut.  Mmg suspen sbb dia org beraksi ala2 zaman dulu.  terasa cam kepala nak kena penggal ja, wpun aktor2nya budak2 remaja ....

3 jam juga kat situ, then proceed ke Sutera Harbour utk dinner host by Tourism Malaysia Sabah.  Ada karoke lagi, so aku pun berkaroke ngan suhaila dan mila.  ntah menyanyi, ntah bercakap, aku bukan reti nyanyi dan aku mmg tak reti nak hafal2 lagu. ntah rentak apa aku hentam saja. Sampai hotel dah kul 11, ngantuknya .....

jambatan tampatulin
Ahad, 16 September, pagi sessi brainstorm utk halatuju 2013 + progress report 2012.  Then sessi bergambar ramai2 ngan baju korporat yg majoritinya salah saiz, mcm kelambu ja.  Lepas solat, terus lunch kat Nasi Padang, tepi jeti Jeselton, mmmm baru la terasan makan nasi betul2.  Ingat aku sorang yg tak boleh masuk makanan seafood ni, rupanya semua dah merungut.  Dapat nasi padang, makan mcm tak ingat dunia, masing2 bertambah2 makan.  Sedap betul .... cuma kurang pedas.  Then kami terus ke kraf market, memborong ikan bilik, udang kering, ikan kering, rumpai laut dah lain2 .... rabak la juga rm250 utk yg kering2 tu.  Aku beli t-shirt utk budak2, then kami minum air kelapa ..... lega minum kelapa waktu panas2.
Pas tu balik bilik, lepak kejap, kejang betis dek bnyk berjalan. Mlmnya .... dinner, bbq dgn tema hawaian night .... hahahaha hentamla labu, sapa la yg buat dajal dok bg tema cam tu.  Aku pakai je lah apa yg ada.  Ada yg beriya2 beli baju bunga, bunga kepala, bunga kaki dan mcm2 bunga.  Mmg tak henti2 ketawa melihat gelagat kawan2. Selain cabutan bertuah ... aku dpt juga voucher parkson rm100, oklah tu. aku menang best dress hahahahaha, dgn pario batik lama, lilit wat nak pantai, boh bunga kat atas.  Salim menang utk kategori lelaki. Pas dinner, aku lepak2, sembang2 kat lobi sampai mata x larat nak buka then semua masuk beraduuuuu.

Isnin 17 September, kul 6.30 dah bfast sbb telematch start at 7.  Dah la baru isi perut, terus main pulak.  akibatnya azi 2 kali muntah. aku steady ja. kejang otot2 berlari. kat pantai lak tu ... adduuussss.
seafood mlm pertama di kk
hijau - tempat ke 2
lepas 1 game, hujan turun lebat.  rupanya area pantai mmg mcm tu hujan lebat akan turun sekali lalu, dlm15 minit, then renyai2, kami sambg telematch.  lepas 5 minit hujan berhenti sepenuhnya.  Apa lagi sambg bersukan .... bukan je penat lari tapi penat gelak, of course lah yg slow, yg debab selalu jadi mangsa.  Keseluruhan, kami rumah hijau dpt no 2 dr 4 rumah sukan. Kesejukan juga berhujan. Lepas tea break, naik bilik, berkemas, kul11 check out.  Lunch kat kedai makan daun pisang, kari .... kedai india rasanya, so aku makan kari ikan ja lah.
Pas tu terus ke airport kk, berlepas balik ke KL ..... habis rm400 ntah apa2 yg aku beli pun tak tau lah .... rasa cam tak beli apa2 pun ....

Dah lama betul tak jejak kaki di KK, bnyk perubahan ... cuma ralat juga tak dpt ke kaki gunung kinabalu dan kundasang, tempat yg paling best yg pernah aku sampai.

saingan ...
2 kali seafood ... eerrrkkkkk
hawai la konon hahahaha
depam mari2 cultural village
cultural village - semua rebut nak gambar ngan mamat 2 org ni
dinner + karaoke at sutera habour




BTMers






Friday, September 7, 2012

Anje dan UPSR

6 Sep 2012, aku ke sekolah anje utk majlis restu ilmu.  Dimulakan dgn solat magrib, solat hajat, bacaan yasin, solat isyak dan ceramah motivasi.
oleh sebab aku 'cuti', maka aku duduk di belakang utk jadi pemerhati saja. 
Yg tak syoknya adengan air mata, dah paham sgt tektik penceramah motivasi ni.  boh la gambaq2, video2 sedih, mana org tak nangis.  tp aku tak nangis pun sbb sibuk melayan whatsapp ngan si Yan pasal resepi hehehehehe. 
bila ustaz tu soh mak bapa letak tangan atas kepala anak dan baca fatihah, aku bisik kat anje, sebab tu mama dulu akan baca fatihah dan hembus pada ubun anak2 mama. masa korang kecik2 dan dia ingat.  cuma dah besar tak sempat nak hembus, korang bnyk agenda sendiri, tak ikut belakang mama lagi.
Apa pun aku sentiasa doakan yg terbaik utk anak2 aku.  Alhamdullilah haziq dah dpt sambg belajar, dah nampak matang sikit wpun sesekali mulut mak dia ni pokpek lg. Danial pulak dgn cita2nya nak jadi ahli politik hehehehe sabar je lah.  oleh itu sgt suka main politik ngan cikgu2, surat sekolah sampai lg sbb lbh 15 kali lewat.  nak salah dia sorang pun tak juga, aku pun kdg x gesa dia cepat, kul 6.45 baru kejut dia.  Tapi kalau kesalahan lewat dendanya gantung sekolah, aku mmg tak setuju.  aku tanya cikgu disiplin masa call dia td, danial pernah ponteng tak, dia jawab tak.  Danial lewat sampai habis 1 waktu belajar ke, dia jawab tak .... aku sengeh sajalah, dlm hati lu fikirlah sendiri cikgu berbaloi ke budak ponteng nak kena gantung sekolah, apa punya undang2.  But anyway, cikgu tetap cikgu, malas nak panjang cerita.  aku cakap sorry dan akan monitor dia, cikgu pun say thank you, so do i .... dah habis.  balik karang YB Danial ni mmg nak kena ceramah ngan aku.

Berbalik pada ceramah motivasi semalam, terfikir gak aku, macamlah dapat 5 A tu boleh jadi doktor tahun depan mmmmmm, aku tak mendesak anje tapi aku selalu bercakap, motivate dia cara aku, tak nak dia stress.  Apa pun aku sentiasa doakan dia berjaya mengharungi 11 -13 September ini.