Monday, October 29, 2012

Perjalanan Terakhir Seorang Kawan

20 Oktober - Tengahari Rozi call memaklumkan seorang kawan Imsany meninggal dunia.  Terkejut macam tak percaya, sebab hari2 jumpa dia.
Walaupun tahu dia sakit selepas serangan stroke tahun lepas, dan keadaannya sangat tidak cergas, aku tak sangka ajal menjemputnya dalam usia 35 tahun.
Baru 2 minggu sebelumnya dia berada di bilik aku , duduk dihadapan aku dan bercakap2.  Cakap cara dia, sbb selepas serangan stroke dia susah bercakap, adakalanya guna bahasa isyarat, ada kalanya dia tulis di kertas.  Suka dia tengok koleksi key chain aku yg penuh di dinding, terutama key chain Dubai.  Dia bertugas di Dubai waktu aku dan Ida ke sana tahun 2009.  Dia dan isteri sangat baik melayan kami.
Nasib sangat2 tidak menyebelahi dia bila tahun lepas dia kena serangan stroke.  Mungkin atas budi bicara pengurusan, dia dibenarkan kerja walaupun keadaannya amat payah sekali.  Susah juga kalau dia pencen awal, sebab isterinya tak bekerja.
Aku dan abah ke Kajang selepas asar rumah mertuanya ,  sampai di masjid, jenazah dah ada, sempat tengok sebelum di bawa ke kubur.
Patut dalam seminggu 2 sebelum meninggal dia nampak mudah penat, dia singgah ke bilik aku pun sebab mencari jiran bilik sebelah yg tak ada. Jadi bg menghilangkan penat, dia singgah duduk di kerusi hadapan aku. 
Semoga Allah mengampun dosa2nya dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman.

No comments: