28 Oktober - selang seminggu selepas Imsany meninggal, kami dikejutkan lagi dengan berita kematian Hazrin. mmg dia ni ada asthma yang teruk. seorang ibu beranak 4, dan sedang mengandung anak 6 bulan anak ke 5.
Kebetulan aku berada di Raub untuk family gathering sebelah abah. Member call inform yg Hazrin meninggal juga di hospital Raub, dia balik beraya rumah mertuanya.
Aku dan abah terus ke hospital Raub, meninggalkan budak2 bawah jagaan abg nan. Sedih sangat rasa, sebab Hazrin sebaya Imsany - 35 tahun, telah Allah jemput untuk mengadapNya. anak2nya masih kecil.
Proses menguruskan jenazah sedikit lambat kerana suaminya tidak membenarkan post mortem dibuat. Aku pun x sangka yg kalau kita tak nak buat post mortem, perlu kelulusan khas doktor dan tandatangan magistret. Alhamdullilah dgn bantuan seorang kawan opis yg juga anak dato2 di Pahang, urusan berjaya diselesaikan, mendapat bantuan polis untuk mengiring jenazah balik ke KL kerana jalan mmg sesak.
Alhamdullilah jenazah disemadikan jam 9 malam di Nilai.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
Hidup kita hanya sementara, akhirat yang kekal abadi.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment