14 - 17 September, BTM ke Sabah utk retreat bahagian.... kursus moticasi 1/2 hari, meeting utk rancangan projek 2013 dan pelaksaan projek thn ni 1/2 hari. Bosses buat meeting antara dia org ...
Kami ... enjoyyy hehehehe. keluar semua warna warni diri masing2. Akak2 happy tinggalkan rutin harian, suhaila lagi happy hahahaha paling happy meninggalkan 5 jantan2 kat rumah. semua bapa uruskan.
Aku ... lama dah x keluar cam ni. enjoy myself .... keluar sebentar dari rutin harian, mop lantai, kemas rumah, berkesah ngan kucing, kain baju yg bertimbun dll ......
1/2 dari kami bertolak flight awal jam 8.20 pagi, sebahagian lagi kena ambik flight ptg jam 7.
So seawal jam 4.45 aku dah bangun, kul 5.30 ke KL Sentral ambik erl ngan wan ke klia. Sampai KK dah tengahari, lunch nasi ayam kay kak nong restauran. mmmm boleh tahan juga nasi ayamnya.
Check in kat Shangri-La Rasa Ria, Tuaran Sabah. 5 star hotel. kami je muka melayu kat situ. yg lainnya semua mat saleh, korea, jepun. Terasa juga cam out of space. Yg mengganggu sikit adalah terbit matahari yg awal. cepatnya siang, kul 6 am dah cerah. kul 6 pm dah gelap. tidur waktu semenanjung, bangun waktu sabah ... akibatnya semua merungut x cukup tidur ....
Petang lepas lepak2 kat pantai, kami keluar utk dinner kat seafood restaurant, aku sure telan ubat alergik dulu, kalau tak, mau bengkak semua muka aku. then sebab flight petang delay, kami pekena teh tarik dulu. pas tu ke airport semula ambil group ke 2.
Pagi Sabtu 15 Sep, kami mulakan dgn kursus + ceramah motivasi oleh Dr Ridzwan, yg juga bapa kepada Aina Tasneem. Thari lunch kat another seafood restaurant, errrrkkkkk wpun aku dah makan ubat tapi dek sebab dah lama tak makan udang dan ketam, aku dah tak suka dan tak berapa nak boleh telan bnyk2. Udang tu oklah juga, 2-3 ekor. ketam mmg tak boleh, selain aku rasa mulut gatal cam makan nenas, rasa ketam buat aku loya. Aku try juga 1/2 ekor saja yg boleh lepas masuk mulut. peleknya sotong takde ... mmmm. 2 hari makan seafood, tekak aku dah kembang. After lunch, kami ke Rumah Terbalik, salah 1 new attraction kat KK. Ntah apa yg special sbb aku dah pernah tengok rumah cam ni kat internet. Pening kepala masuk dlm rumah tu adalah.
Pas tu kami ke mari2 Cultural Village, jadual masuk jam 6pm. haaaa suspen gak sebab 6 pm dah magrib kat KK. Cultural Village tu pulak tepi hutan. Living museum lah kiranya, ngan rumah Dusun, Lundayeh, Bajau, Rungus dan Murut. Mmg suspen sbb dia org beraksi ala2 zaman dulu. terasa cam kepala nak kena penggal ja, wpun aktor2nya budak2 remaja ....
3 jam juga kat situ, then proceed ke Sutera Harbour utk dinner host by Tourism Malaysia Sabah. Ada karoke lagi, so aku pun berkaroke ngan suhaila dan mila. ntah menyanyi, ntah bercakap, aku bukan reti nyanyi dan aku mmg tak reti nak hafal2 lagu. ntah rentak apa aku hentam saja. Sampai hotel dah kul 11, ngantuknya .....
jambatan tampatulin |
Pas tu balik bilik, lepak kejap, kejang betis dek bnyk berjalan. Mlmnya .... dinner, bbq dgn tema hawaian night .... hahahaha hentamla labu, sapa la yg buat dajal dok bg tema cam tu. Aku pakai je lah apa yg ada. Ada yg beriya2 beli baju bunga, bunga kepala, bunga kaki dan mcm2 bunga. Mmg tak henti2 ketawa melihat gelagat kawan2. Selain cabutan bertuah ... aku dpt juga voucher parkson rm100, oklah tu. aku menang best dress hahahahaha, dgn pario batik lama, lilit wat nak pantai, boh bunga kat atas. Salim menang utk kategori lelaki. Pas dinner, aku lepak2, sembang2 kat lobi sampai mata x larat nak buka then semua masuk beraduuuuu.
Isnin 17 September, kul 6.30 dah bfast sbb telematch start at 7. Dah la baru isi perut, terus main pulak. akibatnya azi 2 kali muntah. aku steady ja. kejang otot2 berlari. kat pantai lak tu ... adduuussss.
seafood mlm pertama di kk |
hijau - tempat ke 2 |
Pas tu terus ke airport kk, berlepas balik ke KL ..... habis rm400 ntah apa2 yg aku beli pun tak tau lah .... rasa cam tak beli apa2 pun ....
Dah lama betul tak jejak kaki di KK, bnyk perubahan ... cuma ralat juga tak dpt ke kaki gunung kinabalu dan kundasang, tempat yg paling best yg pernah aku sampai.
saingan ... |
2 kali seafood ... eerrrkkkkk |
hawai la konon hahahaha |
depam mari2 cultural village |
cultural village - semua rebut nak gambar ngan mamat 2 org ni |
dinner + karaoke at sutera habour |
BTMers |
No comments:
Post a Comment