Akhirnya 14 Oktober, keputusan besar sekali lagi aku buat dengan linangan air mata. Dari 11 ekor kucing yg ada, aku perlu tinggalkan hanya 3 sahaja. Atas banyak faktor.
Kiki yg dah sebulan lebih hilang, telah dijumpa semula. Budak2 jumpa dia di taman, di bawa balik. Rasanya Kiki pregnant lagi. Dgn keputusan nak pindah + rumah yg dah mcm rumah org. Kadang2 faktor najis dan kebersihan terutama utk solat dan sebagainya perlu diambil kira. Dia org ni pun ada yg terejal punya perangai yg mmg tahap gaban punya nak uji mama. Rasanya ini jalan terbaik.
Sesekali aku tak akan buang dia org merata. Jadi aku serahkan pada Omiey Home, utk carikan tuan baru @ dijaga. Memang bayarannya agak tinggi utk 8 ekor kucing. Seekor rm50. Tapi aku puas hati sebab aku tahu kucing2 kesayangan aku selamat di tangan orang yg betul niatnya. Kucing2 yg sebelum ni aku serahkan, katanya dah diambil orang. Doa aku semoga mereka mendapat tuan yg lebih baik dari aku.
So yang tinggal sekarang Tomok, Mak Be dan Miki (mak, bapa dan anak). Hari pertama aku tengok semua monyok, mcm termenung ja. tapi masuk hari ke-2, aku rasa Mak Be paling happy, keluar masuk bilik aku sbb dah tak tutp pintu lagi. Siap naik atas katil baring2, kan main manja lagi. Dulu Mak Be tak berkesempatan nak bermanja, ramai yg lain dok menyendeng. Miki pun sama, dok bilik aku je tempatnya. Tomok apatah lagi, macam kongsi katil pulak ngan aku. Kadang2 tengok dia org 3 ekor berkejaran, kelakar pulak.
Rumah, semestinya sunyi. Dulu penuh kucing berlari sana sini.
Tapi aku pun sampai 1 tahap perlu buat sesuatu. Kalau semua 17 ekor ada, balik je rumah, tugas pertama, buang bom2 yg dibuang ditepi2 dinding dek miaw2 yg saja buat x paham bahasa. mop lantai sebab ada juga yg kencing di tepi dinding + depan bilik air. So 1 rumah kena mop, sbb dia org jalan keluar masuk toilet. Masuk pulak bilik, kerap kali Yuna pulak buat hal, mop lagi. Kalau tak, nak solat cam mana. Yg paling aku tension, kencing atas mesin basuh ... adusssssss. Mmg kena hati2 nak basuh baju, silap hari bulan dlm mesin dah ada air kuning. Atas table top pun suka hari nak kencing. Kain lap kaki sampai tak leh letak, lagi syok melepas kat situ mmmmmm.
Aku rasa aku dah buat yg terbaik utk dia org dan aku lepaskan/serahkan pada org yg terbaik juga. Tapi .... aku mmg tak boleh tengok gambar miaw2 tu. Bukan dalam masa terdekat .... sebab walaupun dia org tu mmg terejal habis, tapi aku sgt2 sayangkan dia org. Rindu sgt pada dia org semua .....
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment