Monday, June 29, 2015

Bila Tiba Waktu Itu - Nur Liyana Jaafar

Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara
Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

--------------------------------------------------------------------

dah seminggu lebih entry ni aku biarkan tak publish, tak juga mampu habiskan apa yang nak aku tulis.

Aku kenal Nur Liyana Jaafar semasa rombongan meminangnya pada tahun 2014 di Muar, Johor.  Perkenalan dengan bang cik, anak buah aku sejak 2011 insyaallah akan sampai ke jinjang pelamin pada tahun depan.  Namun kita merancang, Allah yang menentukan.

16 Jun, kami menerima berita sedih bila Liyana terlibat dalam kemalangan di lebuhraya MEX.  Kawan2 aku yg datang kerja dr KL ramai yg bercerita perihal kemalangan antara motor yang dibawa oleh seorg wanita melanggar kereta yg berhenti di lorong kecemasan.  Sungguh aku tak sangka, wanita berkenaan adalah Liyana. 
Semasa dibantu pengguna2 jalan raya Liyana sempat maklumkan no tel bang cik dan rakan sekerja.  Namun akhirnya dia pergi menemui penciptanya di tempat kemalangan.  Aku sukakan dia pertama kali aku jumpa dia dan keluarganya.  Sgt lembut dan tingkah laku menyenangkan. Kami mmg teruja menanti majlis perkahwinan mereka thn depan.

Abg cik masih menjalani latihan di TUDM Alor Setar.  Hari yg sama sepatutnya bang cik ada ujian penerbangan solo.  Dapat aku bayangkan perasaan dia bila mendapat panggilan dr org yg tak dikenali memaklumkan bakal isterinya telah tiada. 

 Aku dan abah ke Hospital Serdang. Abg Jai dan Suhaimi juga ada. Alhamdullilah urusan jenazah sgt cepat dan mudah.  Post motem hanya 1 jam sahaja, terus dimandikan, dikapan, disembahyangkan dan dibawa pulang ke Johor dan dikebumikan pada jam 5 pm.  Sungguh aku tak boleh nak bayangkan perasaan ibu bapanya ... anak yang disayang telah pergi dan tak kembali lagi.

Aku berkesempatan memandikan jenazahnya.  Wajahnya sgt tenang, seperti org yg tidur. Badannya lembut seperti masih bernafas.  Dia seorang yang sangat baik, akhlak dan budi pekerti terpuji juga seorang yg taat pada agama.  tempatnya insyaallah di kalangan org2 beriman di sana.

Untuk bang cik, maksu doakan agar diberi kekuatan dan terus bersemangat menamatkan latihan yang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.   Semoga bang cik berjaya menjadi rekrut terbaik sama seperti di UPNM dahulu.

Tempat terakhir yg abadi untuk kita semua

.... kita milik Allah, suatu hari nanti kita juga akan menemui pencipta kita ... masanya akan tiba.  Pemergian orang2 di sekeliling kita merupakan peringatan utuk kita agar siap sediakan diri kerana mati itu pasti dan datangnya tanpa disangka.

Monday, June 22, 2015

Almaty, Khazakhstan - last day

Hari ni hari terakhir aku di Almaty.  Masa nak breakfast memang rasa dah tak tertelan makanan dia org yg tak pelbagai macam makanan Malaysia.  Asyik benda yang sama.  Roti yang keras, sayur bakar, cendawan goreng, roti yg macam rupa capati tapi tak best, sosej mmmm dah muak aku.

Jam 10 kami keluar round bandar Almaty dengan keluarga Rahman.  Ke Arbat untuk tengok hasil2 seni.  Oleh sebab Kazakhstan terkenal denga gunung dan kuda, so lukisannya banyak pada 2 objek ni.  Tapi sangat cantik, harga pun boleh tahan juga cuma beberapa ratus saja.

Lunch sekali lagi kami makan lagman, sejenis mee kali ni yang berkuah macam sup.  Sedap juga, habis juga semangkuk.

Petang jam 7 kami dah gerak ke airport walaupun flight kul 12, sbb teksi awal2 dah book macam tu.
Suhu  sejuk, 18C.  Aku tinggalkan Almaty dengan impian untuk ke sana lagi ... sebab negaranya sangat unik dan pemandangannya seindah lukisan.  Walaupun mereka belum "think tourism", tapi negaranya sangat menarik.  Sayang sekali ambil gambar hanya guna camera telefon, kalau permandangan jauh gambarnya tak berapa clear, keindahan bumi Kazakh tak dapat dirakam sebagaimana yang diharapkan.  Tambahan member sorang ni tak reti ambik gambar haaaaa tension aku.  Semoga aku dapat ke sini lagi.


Bunga ros oren yang sangat2 menarik perhatian aku.  Bunga ros memenuhi pekan Almaty.


Kazakh famous ngan coklat dan coklatnya sangat sedap.

Nasi errrrrr lupa nama. Tapi aku x makan sebab berasnya lain sikit tak berapa kena dengan tekak.

Lagman sup ... mewah dgn rencah.

Belakang gunung-ganang yang diliputi salji di atasnya.



Ruang hotel, bell boy hotel ni kadang2 je ada.  So kami pernah tolak sendiri troli hotel untuk bawa barang ke bilik.











Airport Almaty



Friday, June 19, 2015

Almaty, Kazakhstan lagi - 22 Mei

Day 6 - Pagi kami selesaikan semua urusan pejabat.  Alhamdullilah berjalan sebagaimana yang dijadualkan. So tengahari semua urusan selesai.  Lunch kami di Bubble Mania.  Kat sini minuman yang ada bubble macam Chattime baru masuk ke sana.  So sangat popular untuk remaja.  Tapi kat kedai tu pizza dan sandwichnya sgt2 sedap.




Then kami ke Shymbulak Ski Resort.  Resort utk main ski pada musin sejuk yg famous.  Dari bawah naik cable car ke atas bukit.  Oleh sebab pagi tadi hujan maka agak berkabus, sayang sekali pemandangannya tak berapa jelas.  Suhu di atas adalah 7C.  Memang sejuk tapi cool , cakap pun berasap, so kami2 yg org kampong ni pun beriya bercakap, nak bg keluar asap ...

Salji dah agak kering tapi masih ada tompokan2 salji di sebelah atas.  So org kampong berdua ni apa lagi, gigih daki bukit semata-mata nak pegang salji .... haaaa macam ais abc ... Kalau musim salji seluruh bukit akan bersalji,  untuk yg kurang mahir main ski, dia org akan main kawasan yang kami naik.  Yg mahir mereka akan ke atas lagi untuk kawasan salji yg lebih luas. 

Memang cantik permandangannya ... seindah lukisan.

Balik dari Shymbulak, kami ke Hard Rock CafĂ©, Member sorang ni memang pengumpul baju hard rock.  So aku beli juga lah 4 tshirt untuk anak2 buat kenangan.  Hard Rock Almaty.

Then malamnya kami dinner kat rumah member, dia pulak masak asam pedas daging ala Melaka, fuhhhhh aku makan tak pandang orang dah. 

Balik hotel dengan perut kenyang .... malasnya dah berkemas, esok dah nak balik.