1m - Last week hari Selasa 23 feb aku ke Klinik Baharom. pertamanya sebab alergik aku lom baik. Gatal2 masih ada malah kdg makin teruk, habis tangan aku bertanda2 ishhhhhh. ke dua nak tengok my blood test result, yg aku rasa semestinya tak akan ada sebarang masalah.
Seperti yg dah dijangka - 1 injection utk alergik, sebab ni yg paling teruk, bibir pun sebenarnya lom elok dr bengkak + dalam mulut yg ada 5 ulser + lidah aku yg masih kekebasan.
1 lg injection di kaki untuk yg sakit hari tu (join).
Result darah aku mmmm, terkejut aku bila doktor cakap awak ada sakit sendi. Sakit sendi? elok ja aku rasa, tak pernah sakit pun. Setakat sesekali sakit lutut adalah, almaklum isi pun terlebih sekarang ni, tu pun dah lama aku tak kena sakit lutut. Urid asid aku pula mmg tinggi.
Result tu menunjukkan aku ada rheumatic arthritis (RA), yg ada kaitan dengan kuman. Utk itu aku perlu ambik antibiotik yg agak bnyk. 1 injection utk antibiotik, next week ada 1 lg. Dan antibiotik makan selama aku rasa 2 minggu, sbb bnyk sgt.
Aku call Abg Jai, nak tanya pendapat dia. Dari mula dia cakap arthitis jgn sampai kena RA. Aku cakap yg aku kena tu RA lah. Dia cam terkejut sbb sepatutnya aku dah di refer ke hospital kecuali klinik yg aku pi mmg lengkap ubatnya. Dan dia explain apa rawatan yg patut aku dapat, sama seperti apa yg doktor baharom bagi. Mmg ni lah 1-1 nya klinik yg paling lengkap dan aku paling percaya.
So setiap hari mmg aku perlu ambik antibiotik dan ubat utk urid asid. letihnya makan ubat. Patutlah mak pun tak lalu nak makan ubat lagi. Aku rasa gigi aku ngilu saja dok makan bnyk sgt ubat. Ubat2 alergik aku dah stop sebab dah ok alergik aku tapi aku mmg lebih berhati2 makan sekarang. Yg tak syoknya, doktor dah 1 list yg panjang yg aku tak boleh makan utk elakkan urid asid naik.
Apa efek RA? ianya akan memberhentikan injap jantung aku sekiranya aku tak mulakan rawatan. Kalaulah aku masih dok ngadap klinik2 yg hanya bg ubat tahan sakit saja ..... macam mana agaknya ya? Mungkin juga kerana aku selalu baca doa angin ahmar yang membolehkan penyakit ni dikesan awal. Sebab doa ni kalau dibaca tafsirannya, sangat lengkap. Org cakap, at least doa ni kena baca sekali seumur hidup tapi bagi aku doa ni patut di amalkan kerana ianya doa pelindung yg sangat sempurna.
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untukku bernafas di bumiMu. Terasa betul nikmatnya menjadi orang yg sihat dan .... terasa betul yang sebenarnya kematian adalah cukup dekat dengan kita .....
No comments:
Post a Comment