Monday, February 22, 2010

Alergik Paling Teruk

Aku mmg alergik pada udang dan ketam, selalunya kalau termakan @ sengaja teringin gatal nak makan, mulut akan terasa gatal2. Paling teruk pun bibir akan bengkak.
Tapi jumaat lepas, si wan belanja aku mee rebus, masa makan aku rasa elok je. Tak de rasa udang, lepas makan pun ok ja. Kalau makan udang on the spot gatal dan membengkak. Ni ok lah pulak.
Malam aku dah rasa lain, cam tebal je bibir. Aku tanya kawan2, depa cakap nampak ok. Tapi dlm mulut rasa tak selesa. Esoknya masa bangun tidur mmmmm terjuih bibir mengalahkan Angelina Jolie, dah mcm donald duck hahahaha. aku buat dekk je, rasanya 4,5 jam oklah balik. Rupanya tidak, sampai malam masih menebal, dah tu start gatal2 badan. Habis tangan berbintik2 merah mcm udang bakar. kalau gatal membengkak bintik2 tu. Tangan, badan, kaki ... sampai ke tapak kaki gatalnya. Ni dah isnin, mulut dah ok sikit tapi masih sexy menjuih cam Angelina Jolie, gatal2 masih ada. Petang aku nak ke klinik Baharom lah .... sakit jiwa aku aku cam ni. Mulut pun dah kebas.

No comments: