Tuesday, September 29, 2009

Happy Birthday Anje

Kek yg sempat diambik gambar, tinggal bunga je.

Gambar-gambar semasa besday tergempar anje.



28 September 2009 - anje genap 9 thn. Sebenarnya tak plan nak celebrate apa2. ingatkan nak beli kek utk makan sekeluarga. Aku pun cadang nak masak nasi jagung utk Ipin, sbb dia nak balik Sarawak hari ni, then ingat nak celebrate untuk kami2 sajalah.

Rupanya plan berubah last minute, masa balik kerja, abah soh aku pi Hero sbb dia nak beli barang. Rupanya dia nak buat juga simple2 birthday anje. so aku pun cuma beli nugget, drumet, sosej dan buat fruit punch saja. Balik dah macam lipas kudung buat kerja. Masak nasi dan lauk ayam merah, sotong grg tepung dan acar, juga persiapan birthday tergempar anje. Yan sponsor mehoon. Sib baik ada meehoon sebab ramai lah juga kawan2 dia datang. Kira clear semua makanan.

Nak ambik gambar time tiup lilin, bateri kong pulak. lepas cas bateri dapat ler gambar sikit. Kul 9 lebih baru settle, aku pun baru nak mandi. lepas isyak aku zzzzzzzz tak leh angkat tangan dah. Tapi kul 11 bangun balik. Sib baik semua dah clear, pinggang mangkuk dan rumah dah bersih. Abah dan Ipin clearkan.
Cuma rutin sebelum tidur .... apa lagi bereskan baby2 miaw tu. Aku tambah nestum baby dlm susu, Biar kenyang sikit depa2 tu ....

Monday, September 28, 2009

Pokok Yang Pelek


Ni 1st time jumpa pokok spesis bunga di daun. Mak ngah tanam kat klinik. Terpesona pulak menengoknya ...... cantik kan? cam bunga rose di keliling daunnya.

Sunday, September 27, 2009

Selamat Hari Raya

Pagi raya, gambar keluarga, malas nak komen sebab setiap kali raya gambar raya keluarga yg paling teruk ... boleh lah dari tak ada langsung.
Cucu2 nenek di pagi raya - Ayang, Anje, intan, Nisa, Cuna dan Haris.
Aku, Mak Ngah , Encik dan Mak Uda
Ni ler nasi jagung 5 kilo hidangan pagi raya, dalca dan ayam masak merah. Air tangan aku dan Encik .....
Raya ke-2, mengelakkan boring aku cadangkan pada anje goreng telur di luar. Suka sgt budak2 tu, habis 10 biji telur.

Malam raya - main bunga api, Pak Encik sponsor seperti tahun2 sebelumnya.

Ayang, Anje dan Wok di padang Polo, Pekan.
18 Sept 2009, lepas sembahyang jumaat kami balik kg, mana lagi kalau bukan Pasir Bosar. oklah aku tak kisah, bila dah umur mcm ni mana2 pun sama. Dah tak rasa ipar pun, rasa mcm family sendiri. Dah 16 thn kenal. berbuka di rumah ibu, encik dan mak uda join sekali.
Esoknya mantai, awal2 pagi dah bangun. 1 perkara yg aku suka mantai kat n.9, semua akan dibereskan awal. Pagi dah mula masak utk raya esok. Kalau raya kat rumah aku dulu, ptg baru nak start. Tu yg berlarutan sampai tengah mlm dok masak tak habis2. Cuma thn ni tak buat lemang, beli saja. tu pun tak habis. mak tam je yg buat ketupat.
Raya kami masak nasi jagung, ayam masak merah, dalca dan acar timun mmmmmm pas. Aku ngan encik yg bertungkus lumus. Jadi juga akhirnya. Aku tak jalan mana, dok layan org dtg rumah. Ramai pulak yg dtg agaknya sbb ada pak ngah dan encik. Tak seperti raya thn lepas, tengahari je, tinggal kami anak beranak. aku akan buat rumah tertutup.
Drama lagi raya thn ni, kali ni antara mak tam dan pak ngah. aku kat atas masa tu, ada tetamu dtg tp aku biarkan mak tam yg layan sebab aku dah penat. pas tu aku dengar suara kuat, ingatkan gelak rupanya mak tam menjerit2 sambil cakap benda yg aku pun tak paham lerrrr gaduh rupanya. patut aku nampak cam tak berapa ngam je 2-2 tu sejak semalam. ntah aku tak paham. mak tam mmg buruk sikit peelnya, bkn sikit, bnyk ler .... lubang dah pecah ler tu, rajin bawa mulut, suka nyerang2, suka buat cerita. ngan aku je yg dia tak berani. raya dia pi rumah ibu, drama minta2 maaf after what she did to ibu. If i were ibu, then she know lah how i will react. tapi ibu tak sampai hati ngan adik sendiri.
lepas mak tam gaduh ngan pak ngah, pak ndak masuk campur, dia mmg sengal. BAPA sengal. ada ke tanpa usul periksa dia call pak ngah dan maki hamun. then rupanya tengah mlm dia call izat sbb nyesal sgt dok hamun bapa org tu. issshhhh tak paham akuuuuu.
cumanya masa aku nampak mak tam menjerit2 arah pak ngah aku rasa nak bohhh penampar sedas, sebabnya aku anak bongsu dan seumur hidup aku sejak zaman aku budak aku tak pernah sekali pun tinggi suara ngan abg2 aku. ngan kakak aku pula, cuma zaman aku kecik saja selalu bergaduh. bila kakak smbg belajar kat itm, masa aku umur 12 thn, aku rasa sgt sunyi then kami jadi rapat until now. she is my sister and my best friend. kami boleh discuss apa saja cerita, luar dan dalam. hanya kami saja yg tahu. lepas gaduh pak ngah balik, mmg dia dok bersiap nak balik sbb mak ngah kerja esoknya. mak tam pun buat gila angkut kain baju terus balik. so tinggal kami tergedik2 kat rumah ngan mak uda. esoknya mak uda ke rumah mak dia, tinggal lah kami anak beranak. bak kata danial, sama je seperti thn2 yg lepas. Aku jumpa mak cu kat rumah ibu mlm raya. Biasa saja, malas nak ajak2 balik. sapa nak balik, baliklah .... dah berbulu atas bawah, paham2 lah sendiri. budak2 enjoy kat kg, siap dok masak2 telur guna tunku kat luar, saja aku nak elakkan dia org boring. tp dia org agak terkejut dan tak suka ngan insiden gaduh tu. Abah dan pak cu dah ok.
2nd raya mak cik cum dtg rumah, 3rd raya mak tih sapi datang dan yg seronoknya aku jumpa along, sepupu abah yg dah lama tak jumpa. dulu masa along masuk maktab, aku yg dok teman dia register, cuti2 dia dtg rumah so aku agak rapat ngan dia sampailah dia kawin. mak cik pun dah meninggal masa tu, so kami terputus. Anak dia pun dah 6 thn. Apak, adik along dah jadi askar, unit risik lagi, tu diaaaa dah besar panjang. istimewanya dia sbb boleh berbahasa cina dan india. ya lah depa dok estet dan sekolah cina. ckp cina dan tamil ni cam ckp melayu saja.
ptg raya ke 3 kami ke Pekan rumah Abg nan. 2 mlm kat sana. ita pun ada. anak2 kucing dan kura2 kami bawa sekali balik kg. jenuh jugalah nak mengasuh baby2 yg ramai tu. irfan sgt berminat ngan kura2, so aku bagi saja since ayang pun dah tak kuasa nak jaga sejak jadi mak kucing. kat rumah abg nan pun bnyk kucing, kalau tak mau aku tinggal 1/2. mak tam berminat nak 1, sib baik dia blah awal, kalau tak kesian ler baby aku yg sekor tu.
kami balik kl hari khamis, mlm baru sampai. Jumaat malam pak ngah, encik dan uda sekeluarga datang beraya. aku masak spagetti, ayam sambal, kerabu perut, ikan patin dr pahang mak ngah yg masak asam tempoyak sedap hingga menjilat jari.
sabtu pulak, anak2 buah aku datang. omar dan keluarga, suhaimi, bang cik, ipin, along, abg, k.nor, paan, ju dan 2 anak sakinah dtg. penat jugalah, yalah sejak semalam kerja masak dan ngemas saja. kain baju tak settle2 lagi. tapak kaki pun dah sakit niiiii.
Ahad ibu sekeluarga datang, aku cuma buat mee goreng dan puding roti saja. Tengahari pun aku masak ayam sambal saja, pas tu zzzzzzz. Bang cik dah balik awal ke rumah aweknya sebelum masuk kem. Ipin ke KL jumpa kawan.
Abg Jai dah keluar dari wad hari raya pertama, alhamdullilah.
apa pun oklah raya tahun ni. rasa cam nak smbg cuti jeeeeeeeeeeeeeeee

Thursday, September 17, 2009

Semoga cepat sembuh

Selasa pagi, kak fadilah call bagitau abang jai masuk hospital. conditionnya agak teruk. jantung mengembang dan paru2 berair. petang baru aku call abang jai. dia dah ok sikit. Katanya dia pi cek up saja mulanya sebab kurang sihat sikit. doktor pakar yg merawat adalah kawan lama dia. so kawan dia buat full test dan resultnya mmg teruk. abg jai pun terkejut sebab dia tak rasa yg badannya dalam keadaan mcm tu. dia rasa ok saja. tapi kwnnya minta dia admit. keadaan mcm tu bila2 masa akan jatuh. Abg jai pi hospital besar, petugas tu bila baca report terus kelam kabut buat persediaan cek abg jai. tapi abg jai kata dia rasa ok saja. beberapa ketika tiba2 dia sesak nafas dan keadaan dia terus teruk. Sib baik masa tu dah kat hospital. Agaknya cam tulah depa2 yg kena serangan jantung / high blood tanpa disedari.
So sekarang abg jai masih kat hospital, jauhnyaaaaa aku nak pi tengok. Ya Allah semoga abang aku cepat sembuh.

Miki naik angin

Selasa malam (15 Sept), aku nampak miki dah kembang bulu menghala ke bilik aku, sure si abu masuk bilik tu. aku cepat2 ke bilik, nampak abu dok tercari2, semestinya cari miki. aku tak nak dia org gaduh, so aku masuk bilik dan angkat abu. niat aku nak bawa abu keluar dan jauh dr miki. miki di belakang aku. aku berusaha tak bg abu nampak miki. rupanya miki kat belakang dah naik angin. tak tahu kenapa? marah sebab aku angkat abu? sebab selama ni kalau dia org nak gaduh aku mesti akan angkat miki dan bawa masuk bilik.
secara tiba2 miki menerpa paha aku dan di gomolnya seolah2 dia dah dapat abu utk bergaduh. Punyalah sakit. terlepas abu dr tangan aku, aku terus terduduk dek kerana terlalu sakit. aku tarik seluar sekerat lutut yg aku pakai. darah menitik2 jatuh. sakitnyaaaaaa.
miki dan abu pulak terus bergumpal kat dapur. Amok yg cuba leraikan. bila 2 ekor tu bergumpal sampai dekat aku, aku cepat2 ambik kain dan tutup miki. aku suruh amok panggil abah balik. tak tahan sakitnya.
Abah tawarkan bisa pd luka. belakang paha ada 8 garis. kat depan ada 7 lubang. bekas gigi agaknya. menggigil kaki aku menahan sakit. aku cuma letak minyak gamat. rasa reda sikit.
esoknya aku ke opis. member2 suruh aku pi klinik. so aku pi jugalah klinik salmah. kena sejarum suntikan. bengkak pulak tempat yg disuntik. doktor letak ubat kuning menyebabkan aku lg sakit. lubang bekas gigi membengkak biru, nak jalan pun sakit.
miki .... miki .... sampai hati buat mama macam ni ya. miki cam rupa bersalah je bila budak2 dok marahkan dia. ya lah nama pun kucing apa yg dia tahu.
tapi yg kelakarnya abah cite, esoknya tu, bila abu balik nak makan. 2-2 ekor tu dah mula kembang nak bergaduh. Abah ckp cam ni - 'kau 2 ekor kalau kau org gaduh lagi aku panggang dalam oven tu, reti!'. mcm paham pulak, 2-2 tu terus pusing ke belakang, dok pandang kut jauh saja , tak gaduh. tapi abu memang takut ngan abah. dia cukup paham kalau abah marah dia.

Tuesday, September 15, 2009

Akulah ... Si Ibu Kucing



Mummy tak kelihatan langsung, puas dah cari. Jumaat mlm tu aku round dr tingkat 13 ke ground floor dan sekitar blok A. Tak jumpa mummy. Esok aku kerah lagi budak2 dah kawan2 dia org cari, siap offer siapa jumpa, hadiahnya aiskrim. tapi tak jumpa. Anak2 mummy yg 5 tu mengiau sakan kelaparan. tension akuuuuu sbb aku dah malas nak berkisah ngan anak2 kucing ni. Bila shiro dah besar aku rasa lega sikit. Dia pandai uruskan diri sendiri. Ni nak jaga 5 anak kucing lak tu.
Tapi aku tak sampai hati, sedih tengok depa melalak lapar. Aku tahu peluang nak hidup memang 50-50 tapi tak apalah, teringat cakap abg jai pasal kak normah, selagi ada nyawa kita kena usaha supaya terus bernyawa. Masa aku kerja, tok susukan guna sudu. leceh lah pulak. Sabtu aku ke kedai haiwan, cari botol dan susu kucing. So itulah bermulanya tambahan kerja aku, menyusu kucing, salin kain/kertas lapik yg basah dek kencing. mula2 tak reti gak nyusu, tapi bila dah kebulur mmm pandai lak nyot2. Comel pulak tengok .... tapi bisingnya bagai nak rak. semua kelaparan serentak. kalau ada sekor yg mula mengiau, mulalah jangkit ngan yg lain.
Shiro dah jadi kakak angkat yg baik, dia masuk dlm kotak dan biarkan anak2 kucing tu menyondol dan tidur di celah2 badannya. mcm miki sayangkan bobby dulu. mungkin sebab aku syg shiro, so dia pun tahu nilai kasih sayang. miki pulak akan dok jauh2 bila baby2 tu melalak, sakit telinga agaknya hehehehehe.
Ni bukan mummy tapi shiro, rupa pun dah macam mak kucing tu.
miki la ni mlm2 dah tak tidur atas katil aku lg tapi dah beralih ke bilik bujang hehehehe, tidur ngan haziq dan danial. yelah dia pun dah bujang.
kalau tak jumpa juga mummy, terpaksalah aku bawa baby2 tu balik kg .... adussssss cam mana niiiiii.

Friday, September 11, 2009

Dimana Mummy ???

Ibu kucing yang beranak kat rumah dipanggil mummy oleh budak2. Mummy dan Shiro tak berapa ngam. Sian shiro dok kena pukul. Pagi tadi masa sahur, waktu abah keluar hisap rokok, shiro dan mummy juga keluar. kejap je lepas tu aku dengar suara shiro, sah kena pukul lagi. Aku lari keluar, rupanya 2 ekor tu kat tangga bergumpal. Shiro dah terberak dan najis melekat pada badannya. Aku cepat2 tarik shiro, bawa balik dan mandikan. shiro mandi sebelum subuh hari ni hahahaha sian menggigil.
Mummy masih kat luar, sebelum ni pun dia biasa keluar dan boleh balik tapi sampai aku balik kerja td mummy tak ada. Tok cakap anak2 mummy mengiau2 lapar, so tok suapkan susu guna sudu. Patutlah tidur je anak2 kucing tu, siannyaaaa. Cam mana kalau mummy tak jumpa, risaunya aku. Boleh ke aku jaga anak2 kucing yg belum buka mata tu. Nak balik kg cam mana niiiiiiii ............ Ya Allah semoga Kau memberi ilham utk mummy pulang jumpa anak2nya.

Thursday, September 10, 2009

Jualan Puspanita dan Aksi Buah Hatiku


Hari ni Puspanita anjur jualan raya. Aku, Wan dan Suhaila tak lepaskan peluang. Seronok juga berniaga cuma penatnya dan kering tekak niiiii. Kami jual kasut Crocs, Brooch, Tudung, Tupperware, tshirt budak dan cloth diapers. Jualan memberangsangkan. Ramai org termasuk our KSU dan Pak Menteri, Dato Adnan Mansor. Jualan hanya dari jam 12pm - 2.30 pm sahaja. Hari kerja kan, kami pun kerja.

************************************************************



Tengoklah aksi buah hati aku si Miki tidur. Balik terawih semalam aku tengok Miki keletihan melentok tidur. Agaknya penat sgt lah tu, terawih juga kot kat rumah. Kelakar betul jantan sekor ni. Tidur mesti atas katil pulak tu.







Wednesday, September 9, 2009

Gambar menarik

Miki ni kelakar, manja, pemalas ... semua ada. Balik terawih aku tengok Miki terlentang dgn aksi yg kurang sopan dgn mulut sedikit ternganga , of cource atas katil aku. Macam teruk sangat buat kerja. Walhal makan tidur saja kerjanya ..... kucing jantan yg tak berapa nak jantan .....

Shiro memang pantang tengok Miki bersantai, akan digomolnya si Miki. Miki lak selalunya dia malas nak layan Shiro. Sesekali jelah dok berlari sana sini 2-2 ekor ni.

Ni memang kegemaran Shiro, hisap jari Ayang. Dulu masa Bobby ada dia suka hisap tetek Miki. Yg ni pulak bila gian nak menyusu dia akan cari jari Ayang. Nyot2 macam dok nyusu. Herannya jari org lain dia tak nak pulak. Kadang2 sampai melentok terlena.
Ayang membersihkan aquarium kura-kura. Aku memang tak akan buatlah sebab aku geli nak pegang eeeeeee. Kelihatan Shiro dok menyibuk sama. Ayang kalau bersihkan tempat kura2 tu, dia akan mandikan sekali kura2, siap lap bagi kering dulu then baru dimasukkan balik dlm aquarium tu .... Nanti nak cari aquarium yg besaq sikit.

Hidup ni ada hadnya .....

Last week semua berita kematian di kampung. Mak cik Ambiah, Pak Lang Not dan isterinya Mak Lang Tom meninggal dunia. Bermula dengan Mak Cik Ambiah hari isnin 31 Ogos, then Pak Lang Not 2 Sep, diikuti isterinya pada 4 Sep. Abg Jai cakap org-org kg dok buat lawak antarabangsa, katanya malaikat mai buat kerja sekali harung. Tak payah mai 2,3 kali.
Komen Najwa pulak, sib baik tok dok KL .... malaikat sana tak jumpa ... mmmmmmmm
Mak Basah call aku malamnya, dia bg tau yg Abg Johari, husband arwah kak Faridah juga dah meninggal. Aku rasa mcm baru sgt aku melihat dia org bersanding. Masih ingat aku dia org pakai songket merah. Kak faridah mmg sgt cantik orgnya. putih melepak. tapi sekarang mereka dah tak ada. masa dia org kawin pun aku masih di sekolah rendah. cepatnya masa berlalu ......

Monday, September 7, 2009

Sekali tambah 6 mmmmm




Sejak Bobby mati aku sebenarnya malas nak tambah kucing lagi. Cukuplah Abu, Miki dan Shiro yg sentiasa menceriakan hidup aku. Tapi hari ni tiba2 datang pulak sekor kucing betina yg sarat mengandung. ngiau2 depan rumah. Aku suruh Ayang kasi dia makan. Tapi dia tak makan sebaliknya mencari laci2 dan ruang2 nak landing. Udah sah ler dia dah sampai masa nak beranak. Abah suruh Ayang bawa kucing tu ke bawah. Tapi aku tak sampai hati. Aku tau dia cari tempat nak beranak. Aku masukkan dia dalam kotak, letak bilik mak. Tak sampai 1/2 jam, keluar sekor. pas tu keluar lagi dan lagi dan lagi dan lagi ..... 5 ekor. tu diaaaaa sekali mai 6 ekor termasuk maknya. Apa aku nak buat ngan kucing yg bnyk niiiiiiii.


Budak2 agak teruja melihat kucing beranak, melihat baby kucing yg masih bersalut sarungnya, then kejap je dah boleh jalan. Agak terperanjang melihat dari mana baby kucing keluar dan uri yg dimakan oleh ibu kucing. Ya Allah sabar je lah, kalau aku bela maknanya 9 ekor kucing akuuuuuuu .... tidakkkkkkkk. Sapa nak tolong bela ni.


Anak Dara Aku

Anje dan buah melaka.

Anak dara aku dah besar, Puasa ni rajin menolong masak, kalau buat buah melaka, mmg boleh kontrak kat anje utk siapkankan memasukkan gula melaka dan merebus buah melaka.

Kasut anje. Kasut ayang.

Last week kami ke Parkson, membeli pakaian raya budak2. Yang paling letih nak cari kasut anje. kikilala tak mau. tak ada tumit tak mau, nak yg hitam saja. Last2 dapat juga kat kedai Princess. Harga mmm rm45, murah sikit dari tahun lepas yg harganya rm69.


Ayang paling mudah, asal nampak cantik, muat di kaki, jalannnnnn. tapi mmm rm45 ler juga.