Friday, November 3, 2017

Aloq Setaq

27 - 29 Oktober 2017 -

Dah lama tak meronda bandar Alor Setar, tempat kelahiran aku. Memang sangat-sangat rindu.  Alor Setar tak sama macam dulu.  Zaman aku dulu stesyen bas masih di tempat lama, tak jauh dr stesyen keretapi.  Tak ada mall besar, hanya Hankyu Jaya. Bulatan Wanjaah masih ada ditempatnya. Tak ada KFC, McD.  Kedai kami lepak lepas balik tusyen @ tempat nak dating cuma kat Ros Restoren @ Yasmen (kedai mamak).  Panggung wayang Cathay pun dah tak ada.   Rindu sangat zaman remaja di Aloq Setaq.

Semenjak mak tak sihat dan ikut tinggal dgn anak2 sejak 15 thn dulu sehingga mak meninggal, kami jarang balik AS.  Kalau ada majlis kawin baru balik.  Itu pun selalu lepak SP rumah kakak.  Dapat balik AS seronoknya macam nak melancong.

Kebetulan last week, kena outstation ke Kedah. Tapi dah alang2 ke sana.  Aku nak luangkan masa meronda bandar kelahiran.  Aku nak jumpa kawan2 lama, yg mana sempat, sebab aku pi pun arahan last minute.  Ayang pulak dah habis PT3, so aku bawa dia sekali dan extend sehari lagi.  Aku call my BFF di Penang.  So kebetulan weekend, Wan pun dengan senang hati turun Aloq Staq.  Azie di Aloq Staq pun free on Saturday.  So kami dapatlah berkumpul 3 org.

Dulu zaman sekolah kami kerap keluar ronda2 Aloq Staq berempat.  Aku, Wan, Azie dan Melati.  Melati dah kembali ke rahmatullah 5 tahun yg lepas.  (Semoga rohnya bersama-sama orang yg soleh, aminnn). Mulanya kami cadang nak bergambar tempat kami melepak dulu, depan Balai Seni tapi sayangnya keseluruhan kawasan tu ditutup untuk kerja2 renovation.

Aku dok di Royale Signature Hotel, hotel baru di Jalan Lumpur, belakang Aman Mall.  Bnyak dah berubah, Jalan Lumpur dulu adalah kampung cina dan kampung setinggan.  Aku pernah pi rumah sedara area sini duluuuuuu, zaman sekolah rendah.  Tapi semua kawasan tu dah tak ada.

Urusan kerja aku sehari ja.  So the next morning, Wan sampai dr Penang dan kami mula merayap.  Singgah AS Tower jap. Kusam ja tempatnya tak semeriah KL Tower.  Pastu ke rumah Azie, then kami keluar nak cari makan.  Mulanya nak cari kedai nasi daging, mmmm x buka lagi.  Kami melencong cari Laksa Ikan Sekoq. Kedai Laksa Ikan Sekoq ni banyak kat AS, kami pi 1 kedai yg baru pindah ke tapak baru. Kedainya selepas traffic light Mergong, jln ke Sahab Perdana.  Lepas sikit ja traffic light tu.
Harga utk sepinggan, boleh tambah free.   Kami makan pun free hari tu sebab kebetulan tokey buat kenduri sempena pindah kedai baru.  Sapa datang mkn kul 1-2, free.  Kami sampai kul 1.10.  So dapat makan kenduri laksa ikan sekoq, lupa nak tanya harga sepinggan berapa.
Moga murah rezeki tokey kedai, aminnn.


Laksa dan cendol ..... mabeles


Lepas tu kami ke Pekan Rabu (pindah sementara di bangunan Ukir Mall). Semestinya tak lepas peluang beli ikan pekasam, dodol durian, kuih muih, pes tomyam, thai green tea dan segala macam lagi.

tomyam pes - ni yg kawan2 rekemen






Then balik hotel, lepak2 jap.  Lepas magrib, cari makan semula.  Sebab Wan tak berapa boleh drive malam, kami cari tempat makan yg dekat.  Tekak rasa nak makan ala thai.  Google punya google jumpa Dee Dee Thai.  Belakang Aman Mall.  Makanannya memang mmmmm sedap menjilat jari.
Kami order ikan siakap 3 rasa (ikannya besar - RM38), tomyam campur - mmg sedap, sayur campur, sambal belacan+timun dan miang kham (cuma yg ni aku tak berapa suka sebab ada isi ikan yg digoreng kecil, biasa makan tak ada ikan tu).  Masakan Thai ini adalah dari Bangkok.  Overall memang sedap.  Harganya ikut standard restaurant. Masih berpatutan.







Lepas tu kami round Aman Mall, mula2 cadang mcm2, nak tengok wayang, nak gi urut kaki.  Tapiiiii sebab perut dah sangat padat, kami tukar plan, balik lepak kat hotel.  Seronok dapat lepak ngan kawan lama. Kawan sejak 30 tahun yang lalu.  Dalam 30 thn ni macam2 kami lalui. Suka duka kehidupan, sedikit sebanyak kami kongsi bersama.

Esoknya, breakfast di hotel, tengahari kami cari ikan bakar.  Semlm dah tengok kedai makan ni, tapi tak singgah sebab dok cari laksa.  Kedai Mee Langgar.  Bukan juai mee tapi tokey kedai tu nama Mee.  Kedainya tak jauh dari simpang Plaza Tol Alor Setar Utara.  Kalau keluar dari plaza tol, kedainya sebelah kanan  Keluar plaza tol, belok kanan, kena U-turn. Macam2 makanan kampung ada.  Ikan bakar, ayam bakar, daging bakar, pekasam, ulam2, kerabu bermacam jenis dan lain2 lauk kampung.  Harga berbaloi, makanan pun sedap. Ikut tekak aku kira sedaplah.

 








Lepas makan, wan terus hantar aku ke airport, then dia terus balik ke Penang.  Seronok jumpa dia.  Terima kasih kerana sudi spend time utk aku.  Semoga sahabat2 ku, Allah beri kesihatan yang baik, umur yg berkat, rezeki yang melimpah, bahagia dunia dan akhirat. Aminnn.













No comments: