Tuesday, April 10, 2018

Sakit Itu Ujian - Usaha dan tawakal

19 Februari 2018, doktor sahkan aku ada fibroid, bersaiz 4x6.


Sejak masuk tahun baru aku ada masalah dengan period yang tidak teratur. Ingat dah nak monopous, almaklum umoq pun makin muda. So aku biar ja lah. sebulan period 2x dan sporty.  Masuk ja Februari, period lagi dan kali ni banyak dan tak henti2.  Memang suspend. Masuk hari ke 16, masih banyak sangat macam tak mau berhenti langsung, badan rasa letih dan sedikit pucat, so aku gi klinik kesihatan.

Doktor scan dan sahkan aku ada fibroid, saiz 4x6. Aku pandang ja mesin scan tu, mata orang biasa mcm aku ni mana nampak ada benda pelek kat screen tu.  Mesin tu pulak jenis 2D, zaman aku ngandung dulu.   Doktor A panggil doktor B, then minta aku pi minum2 dulu, datang balik scan lagi.  Sekali lagi doktor A dan doktor B discuss.

"Ada benda ke doktor?" Aku tanya doktor bila nampak doktor mula dok tanda2 kat screen.  "Haah, puan ada fibroid ni, saiz 4x6, nanti saya buat surat, puan refer ke hospital" .... aku jawab "oooo ok".  mmmm cam tak ada perasaan ja.  Doktor bagi ubat untuk hentikan period. First time period sampai 20 hari.

Risau? takut? ... tak lah, sungguh aku tak ada rasa apa2 pun.  Dah lama Allah bagi aku sihat, jarang nak bersyukur.  Sikit ujian Allah bagi, alhamdulillah. 
So hari yang sama aku ke hospital putrajaya, ambik appoiment.  28 Mac baru dapat jumpa doktor sebab case pun tak lah urgent.  Ramai lain yang perlu didahulukan.  Dalam masa yang ada ni aku boleh berusaha apa yang patut. Aku mula search apa itu fibroid, dulu ada baca juga tapi sebab tak kena pada diri sendiri, dah tak ingat apa yang dibaca.

Usaha aku adalah mengambil makanan sunnah.  Aku juga mengamalkan Bismillah 5 setiap kali minum air, tak kiralah air apa, diwaktu bila pun.  Aku juga jumpa ayat2 khusus dari youtube Ustaz Sharhan berkaitan fibroid dan ketumbuhan.  Kawan2 mencadangkan air zam2 dan habatussauda.
Mujur ada sorang kawan yang sedaranya pramugara yang kerap ke Arab Saudi, so insyaallah setakat hari ini bekalan air zam2 mudah diperolehi.

So aku mula minum air zam2, makan habatulsauda, madu dan pati delima organik.  Sesekali aku makan buah durian belanda.  Dan aku amalkan sungguh2 dan yakin.

28 Mac, aku ke Hospital Putrajaya, yang rawat adalah doktor biasa tapi yang scan adalah doktor pakar sakit puan.  Kuasa Allah melebihi segalanya, doktor sahkan tak ada apa2 yang pelek dalam rahim aku.  Tak ada sebarang fibroid.  Doktor siap cakap, rahim awak sihat.  Aku tanya doktor, tapi gambar scan yang lepas ada fibroid.  Doktor belek2 hasil scan yang aku bawa dari klinik kesihatan.
Akhirnya doktor cakap 'tak apalah, kita monitor dulu, dalam tempoh 6 bulan kita jumpa semula, kita scan sekali lagi'.

Syukur Ya Allah ... terima kasih kerana masih memberikan kesihatan yang baik untuk aku.




No comments: