Monday, November 20, 2017

Kudin

my handsome boy
Kudin adalah kucing yang aku bawa dari kampung.  Kudin ni kucing mendatang di rumah kampung tapi sebab anak buah sangat alergik dengan kucing, aku bawa kudin balik rumah.

Oleh sebab kudin dah biasa dengan kawasan kampung, rumah di atas kayangan tak berapa sesuai dgnnya. Jadi aku selalu bawa kudin ke taman permainan di bawah.  Orang lain bawa anak, aku bawa kucing.  Kudin akan mengiau2 nak keluar, kadang2 tergolek2 depan pintu nak keluar. Pantang pintu terbuka dia akan lari ke luar, ke arah lif, sebab dah biasa aku bawa dia turun bawa guna lif.  Sampai bawah, dia akan berlari ke taman.  Kalau tak dapat keluar, kudin akan duduk di tingkap memandang taman permainan.

Kadang2 bila balik kerja, aku nak masak @ penat aku selalu cakap 'kudin, mama nak masaklah, esok ya mama bawa kudin pi taman'.  Esok ulang lagi ayat yg sama, sampai beberapa hari kudin tak keluar, haaaaa mulalah dia tergolek2 depan pintu. Anak aku selalu cakap 'mama, tolong jangan bg harapan palsu kat kudin, stress dia'.  Kalau dia tidur dlm bilik, tempat tidurnya di hujung kaki aku.  Sebelum jam 5 pagi, selalu dia akan kejutkan aku, mengiau2 tepi muka, memang kena bangun. Aku suka cium2, gomol2 dia, kaki tangan dia akan menepis2 muka aku.

I miss him so much ..... rindunya mama dengan kudin kerana sejak 1 Nov yg lepas kudin dah pergi tinggalkan mama.  patut dlm minggu tu kudin macam tak kisah nak keluar. Dia tak berlari ke pintu bila aku balik kerja.

Malam tu jam 11 lebih aku perasan kudin tak ada.  Walhal petang tadi masa aku makan dia ada kat sebelah aku, berkongsi lauk. Aku ingat dia berjaya keluar sebab dia dah 2 kali berjaya keluar senyap2 dan aku jumpa dia di parking bawah.  Kami cari 1 rumah. Sah tak ada. aku berdebar. Tingkap seperti biasa cuma buka sikit saja.  Tapi aku tau perangai kudin, kalau ada ruang dia boleh
mencelah, dia akan keluar meniti di tepi tingkap.

Aku terus ke bawah cari kudin, kebetulan abah baru balik, jumpa abah kat bawah.  Abah ikut aku cari kudin.  Hati aku berdebar, aku tuju kawasan betul2 bawah rumah aku dan aku jumpa kudin, terbaring tak bernyawa.   Sedihnya rasa. Aku nangis, anak2 menangis.  Dia jatuh betul2 atas bucu bumbung pejalan kaki. Pecah sikit bumbung tu.

Sebelum ni 2 anak kudin hilang, mungkinkah jatuh juga tapi aku tak perasan ???
Berhari2 aku pulak yang asyik memandang ke taman.  Rindunya aku nak bawa kudin ke taman. Terbayang kudin tergolek2 di taman, kejar serangga, diusik budak2, makan rumput.

Terima kasih kerana hadir seketika menceriakan hari2 kami.








No comments: