Diumur 47 akhirnya aku berjaya khatam dengan bacaan yang aku faham tajwid dan makhrajnya ...
Terima kasih untuk guru kami Puan Noor Razah Suratman. Selama 1 thn 8 bulan membimbing kami dengan sabar dan tanpa jemu. Tanpa sebarang bayaran. Semoga Allah memudahkan urusannya dunia akhirat. Jasa dan pengorbanannya tak dapat kami balas dengan apa jua.
Kami adalah group pertama bersama Puan Noor Razah, dan ada 2 group lagi selepas kawan2 nampak kami group pertama dah ada peningkatan dalam bacaan.
Jadikan amalan membaca Al-Quran sebagai amalan wajib, dah terlalu lama kita lalai dalam bab akhirat, dah sampai masa dan ketika kita pilih jalan selamat untuk pengakhiran hidup kita. Dunia adalah persinggahan yang singkat ...
Alhamdullilah ....
Puan Azah, guru kami bertudung hitam. |
Hadiah istimewa dari kami untuk guru tersayang ... Loket Emas |
No comments:
Post a Comment