Friday, June 26, 2009

Jeddah dan Dubai

Makanan-makanan atas flight ... yummy .... memang best.


Dalam flight dan di airport Jeddah - cam Subang Airport je tarafnya

Gambar ni biarpun kelabu saja tapi adalah gambar paling mahal, sebabnya bukan senang nak bergambar ngan Pak Arab. Shamshul cukup ngeri tengok kami posing di merata tempat sebab jeddah agak tertutup. Silap hari bulan kena ketuk kepala dok bergambar sakan.


8 Jun jam 3.20pm mulalah perjalanan aku dan ida ke Jeddah. Sedikit risau kerana mungkin akan hadapi masalah dgn imigresen kerana ketiadaan mahram tetapi gembira kerana aku akan melangkah ke negeri penuh dgn keberkatan. Seronok juga jadi org kaya sesekali, naik business class. Penumpang di business class tak ramai, makanan mmmm best, sampaikan tak larat nak makan. Selepas 8 jam, iaitu jam 7.30pm waktu Jeddah @11.30 pm waktu malaysia, kami selamat sampai ke Jeddah. berpakaian serba hitam. Ramai rakyat Malaysia ke sana untuk menunaikan umrah.

Pemeriksaan imigresen dan ambil beg mengambil masa yg cukup lama. Lembab buat kerja @ sistem komputer yg lembab tak tahulah. Tapi line lain cepat je. Nak ambik bagasi pun mmmm beg dah bercampur dgn beg flight dr Karachi. Beg Ida pun dah ada org ambik, salah beg. Sib baik jumpa juga. Kat luar Husni dan Shamsul dah sedia menunggu, kesian dia org tunggu dr jam 6.30 pm. Cuaca agak berbahang, sedikit rasa tak selesa. Suhu 44c. Kami bermalam di Hotel Marriot, bilik besar, yg best katilnya mmmm memang empok betul. makan mlm kami yg pertama adalah nasi ayam dr restaurant berhampiran. Beli makan kat bilik, masa buka bungkusan terperanjat beruk kami sebab ayamnya seekor dan nasinya seperiuk. Jeddah seperti Malaysia tahun 80an. Bangunan tiada bumbung, rata je sbb tak hujan. Cuaca mmg panas berbahang. Kul 9am nak buka mata pun payah. Beza betul dok dlm ruang hotel yg ber air cond dan kat luar hotel, pedih kulit.
(hidangan pertama kami-nasi ayam)
(pandangan luar hotel)

Semua kerja selesai cuma line internet yg kejap ada kejap tiada cam biskut cipsmore yg memeningkan kepala. Nasi kat sana mmg best, basmati yg panjang2 mmmm. Hasbullah, driver sana yg uruskan pengangkutan kami, maklumlah perempuan bkn boleh keluar sesuka hati. Nak keluar pun tak berani sebenarnya. Pakaian harian adalah jubah dan tudung serba hitam. breakfast adalah hidangan yg paling membosankan. Tak paham betul apa yg dia org makan. Sosejnya mmmm kembang tekak. Telan sajalah, sampai office Husni akan belikan nasi .... lega sikit. Kat Saudi ada fried chicken sendiri, namanya Al Baik. Tapi 1 perkara yg tak best, ayam sana cam lain sikit rasanya, ada sedikit hanyir. Telur ayam pulak putih mcm telur itik. Tak ada sos cili, yg ada semua sos tomato, kebanyakkan yg tomatonya di blend.

Pernah juga semasa Hasbullah hantar kami balik, kami beriya nak turun keta sebab nak beli makanan tapi Hasbullah tak kasi sebab mmg tak ada org pompuan dlm kedai tu, apa lg dok beratur membeli. Huhhhh ... kami juga dibawa ke Balat, kawasan membeli belah. Habis jugalah duit membeli abaya utk aku dan kakak. Tak bnyk cenderamata dijual selain berjenis2 kurma dan manisan. Juga tak boleh bergambar sesuka hati di kawasan awam.

Alhamdullilah, Allah mengizinkan kami menjadi tetamunya, pada 11 Jun 2009 kami menunaikan umrah. Hanya dgn bacaan sendiri dan perbincangan antara kami cara2 menunaikan umrah dan tawakal kpd Allah. Husni banyak memberi tips2 sebagai tetamu Allah, apa yg perlu dibuat, perkara2 sunat dan lain2 perkara yg sgt berguna. Hasbullah jemput jam 8am, perjalanan ambik masa 45 minit sahaja. Hasbullah adalah anak malaysia kelahiran mekah. mak bapa org Kedah tapi dah berhijrah ke mekah. Berniat di hotel, semasa bertahmid, terasa getaran dan satu perasaan yg sukar diucapkan. Doaku hanya satu, semoga Allah mudahkan perjalanan kami.
Akhirnya kami selamat menunaikan umrah. Semoga Allah mengampun dosa2ku. Aku berdoa semoga aku diizinkan menjadi tetamuNya lagi. Segalanya berjalan dgn baik. Terima kasih tak terhingga pasa ina dan kak fazi kerana meminjamkan buku2 dan tudung, juga Yan yg meminjamkan buku dan memberi panduan berharga menunaikan umrah. Smp sekarang terasa rindunya nak kesana semula. Patutlah org2 yg balik dr Mekah selalu cakap mcm tu. Satu rasa kerinduan yg sukar diucapkan. Bila setiap kali solat teringat betapa seronoknya solat di atas marmar depan kaabah.
(saat yang paling dirindukan - semoga panjang umur dan murah rezeki utk ke sana lagi)

Sabtu, kami ke Dubai. Terima kasih banyak2 untuk Husni, Shamsul dan Hasbullah yg banyak membantu kami dan memberi layanan yg baik sepanjang di sana. Hanya Allah yg dapat mmembalas budi baik kawan2 di sana. Makanan yg paling best di Jeddah adalah nasi daging @ nasi mandi, mmmm kelasss, sebekas rm35, boleh makan 2 org. Bukan saja makan 2 org malah boleh makan dari malam sampai ke pagi. Makanan kat sana payah basi sebab cuacanya kering.
(nasi daging @ nasi mandi yang mmg lazattttttttttttt)

Menaikan Saudi Airline memang kelakar, dr peramugarinya yg hidung kembang, filipina mungkin, ada juga yg lawa ... hinggalah pada kelakuan pak2 arab yg buat flight mcm rumah sendiri. Ada ke boleh baring melunjur atas kerusi. sampah sarap pulak berterabur, teruk betul. Atas flight dah boleh buka abaya. hanya jeans dan tshirt tapi dah 5 hari berjubah terasa lain pulak bila buka. lebih selesa berjubah sebenarnya. Imigresen sana mmmm memang tak mesra alam langsung. tak de budi bahasa.

Sampai di Dubai, Idris, pemandu pejabat dah tunggu. seorg warga india yg dah 5 thn bekerja ngan tm dubai. sgt baik. Makanan mula di Dubai yg istimewa adalah nasi beriani ayam goreng. Rakyat Dubai hanya 20% dr jumlah populasi penduduk dubai, dr 80% org luar, india memonopoli 40%. Kami dok di Belvedere Court Service Apartment, besar, siap dgn dapur lengkap ngan mesin basuh. bilik besar, 2 tv. Sarapan masih failed .... makan sajalah .... bnyk menu India saja.

Di Dubai, kami boleh keluar malam, ada supermarket 24 jam dan keadaan selamat, crime kurang. Nak cari remaja lepak jauh sekali. Bnyk org luar, ada juga jumpa org malaysia tapi mmmm betullah cakap munzir, org malaysia kat dubai sombong. cam poyo ja. 3 hari bekerja, hari ke 4 , TR soh kami pi shopping kat Naif Road, rasa cam kat Indialah pulak sbb semua pekedai India, Bangla dan Pakistan. Merasa makan burger kambing dan jus avocado mmmmm best. Yg tak best makanan kat sana tak pedas. Mujur mak ida bekalkan sambal ikan bilis kering yg pedas. kelakarnya kami makan burger dgn cili api. Dok minta sos cili tak ada, last2 kami minta cili hahahaha terkejut pekedai tu tengok kami makan berger ngan cili. Ramai juga org2 dari Pakistan dan, India dan Bangla yg tegur kami sebab katanya muka aku cam dari Bangla hahahahaha nak lari kemana, dah mmg ada jalur dr sana. Makanan Dubai dan jeddah mmg mahal. Hari ke dua TR bawa kami ke Burj Al-Arab. Oleh kerana kereta office guna plat kedutaan maka senang nak masuk. Sabrina belanja makan di Thai Restaurant, 4 org makan rm200, makkk aiiiii kelu lidah. Kami dinner di rumah Imsany dan Tuan Haji Rahman serta lunch kat rumah TR. Ada kalanya malam kami beli maggie kat speney supermarket dan ida masakkan. sedap betul maggie yg harga sebungkus rm1.50. maggie buatan malaysia.

18 Jun 2009 berakhirlah perjalanan kami yg penuh dgn pengalaman berharga. Betullah kata org tua, hujan emas negeri org. Pi kejap2 oklah, nak dok sana memerlukan kekuatan mental dan spiritual, bukan senang sebenarnya. So berakhirlah kami jadi org kaya kejap hehehehe maklumlah pergi mana2 driver yg bawa ngan bmw.

Yg tak best bila access bagage kami kena bayar $$$$ haaaaaaa tension seribu beb, awatlah bengap sangat masa tu issshhhhhhhhhh. Itu pun supervisor kat kaunter tu bagi diskaun, asal rm1350.

Apa pun, alhamdullilah semua selesai, pengalaman yg manarik. Terima kasih bnyk2 utk TR, Tuan Haji Rahman, Imsany, Sabrina, Felisa, Idris dan lain2 di TM dubai yg melayan kami dgn sgt baik.
(Sampai Dubai terus bertukar - tapi sebenarnya rindu sgt nak berjubah hitam, rasa selesa)

Panjang umur, murah rezeki moga ada peluang keluar lagi ......

Monday, June 8, 2009

Perjalanan Ke Jeddah dan Dubai

8 Jun 2009, jam 3.20 pm nanti aku akan memulakan perjalanan ke Jeddah dan Dubai. Setelah lebih 10 tahun aku tidak keluar dari Malaysia.
Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan perjalanan ini. 4 bulan lepas Bos Johar telah meletakkan nama aku dan Ida utk ke pejabat TM Jeddah dan TM Dubai. Aku berharap dapat ke Dubai tetapi tak sangka bos bagi 2 stesyen, Dubai dan Jeddah.
Utk ke Arab Saudi bukan mudah, nak dapatkan visa ambil masa hampir 2 bulan, dokumen yg diperlukan adalah surat pengesahan wisma putra, injazzid @ e-number dari travel agent, kelulusan mahram yg dicop pesuruhjaya sumpah, surat jemputan dari kedutaan malaysia di Jeddah, selain bank draf rm200. Syukur walaupun banyak perkara tetapi semuanya agak mudah. E-number diambil melalui TH travel, pegaai Th travel sgt membantu.
Semasa aku call Husni, Pengarah TM Jeddah, dia bercadang untuk membawa kami menunaikan umrah dan menziarahi makam Rasullullah saw. umrah ..... tak pernah terlintas dikepala aku selama ini maklumlah nak ke sana memerlukan rm yg bnyk. Tapi syukur, aku berharap semoga Allah mengizinkan kami menjadi tetamunya.
Bila difikir2kan, satu perasaan yang sukar ditafsirkan, aku bakal menjadi tetamu Allah. Syukur alhamdullilah. terlalu banyak perkara yang tersirat disebalik yang tersurat.
Risau juga meninggalkan anak2. Ya Allah peliharalah anak2 ku. Semoga Allah melancarkan perjalanan kami. Insyaallah.

Friday, May 29, 2009

Yoshiro


Ahad 24 Mei 2009, sewaktu aku bawa budak2 ni ke kelas silat di sekolah, kat ruang sampah masjid baru tiba2 ternampak anak kucing, comel lah pulak. mulanya memang tak nak ambik, rasanya dia ada mak sebab tak kurus. Oleh sebab cikgu silat tak datang, kami balik awal, lalu tempat yg sama, jumpa lagi si baby kucing, mengiau2.


Sebelum tu kat sekolah nampak ibu kucing, maybe mak dia. masalahnya si baby dok tempat tak selamat, tepi longkang dan kalau dia jalan lebih sikit akan jatuh kat jalan raya. Fikir punya fikir aku ambik juga, walaupun tahu cabaran lebih besar ambik baby. maklumlah bab toilet tak berapa pandai.


Kami namakan dia Yoshiro sempena nama anjing Shinchan. Panggilan manja Shiro. Tapi dia mcm cerdik sgt, nak dok celah2 orang saja. Hari Isnin masa aku selesaikan visa di Kedutaan Arab, aku singgah klinik haiwan beli botol dan susu. makkkk aiiiiii mahalnya. botol rm6 dan susu rm26. beli makanan miki dan bobby juga mmmmm rm15 yg pek kecil, kalau whiskas baru rm7.


Anyway, shiro sgt cepat belajar susu guna botol. So pagi2 aku perlu bg dia susu dan cebokkan dia. kalau tidak berterabur lah juga. sabar2. tengok muka dia yg comel tu mmmmm sejuk hati.

harap shiro membesar dengan sempurna.

Saturday, April 25, 2009

mak ...

Hari ni mak mcm seminggu 2 ni, keluar sekejap dr bilik cuma makan sesuap 2, then duduk depan keja, pas tu masuk tidur. keluar pi toilet saja. bnyk tidur. keadaan mak nampak agak lemah. smlm depan, aku dah belikan ubat demam. hari ni dah baik demam tapi masih lemah.
aku msg abg2 dan kakak dan ita. abg nan nak mai esok pg. abg jai esok ptg. ya lah tak kan aku tak bg tau pulak. nanti apa depa ckp.
cuma mak nampak pelek sikit lately .....

Thursday, April 16, 2009

My PTK

10 April - 17 April 2009 - memang aku tak boleh lupa. seminggu penuh tension, rasa cam nak lari pun ada. nak menjerit pun ada, kadang2 biul kejap. apa lagi kalau bukan mengadap seminggu PTK.
khamis sebelum kursus dah dpt tugasan, kira oklah juga aku pilih it outsourcing. rasanya adak umum dan senang goreng dgn contoh2 di tempat kerja sendiri. jumaat 10 april aku dan kak lee ke holiday villa subang, tumpang keta rozi, depa pi set up cyber cafe. mlm taklimat dah mula stress. public speeking aku dpt tajuk sport management in malaysia dan pengucapan awam dapat semangat kejiranan. alamakkkkkkk bab ni yg den lomah lutut ni...... mlm tu juga cari bahan dr internet. kak lee siap call abg dia yg kerja wartawan, maklumlah wartawan sure bnyk idea. so aku tumpang sekali ler dok minta idea dia juga. esoknya start kerja ... ape ke benda lah nak belajar bab negiotiation, change management dan sebagainya .... org pangkat rendah cam aku nak change management cam mana. cuma konsultan ni memilih lecturer yg cukup berkaliber dlm bidang yg diajar. en andansura rabu(pelek kan nama tu, mulanya ingatkan india, rupanya org nogori), dr lai (yg ni mmg pakar tapi kelakar habis), pn adura (comel lote ajar public speeking), dr latif (agak lembut tapi dia claim dia lelaki sejati hehehe) dan of course yg paling aku respect en nizam (bakal dr nizam dr iim, orgnya cukup cool, cakapnya 1 per satu tapi mak aiiii insaf lah juga apa yg dia cakap, englishnya fuf tahap satu, sampai kan ada yg aku tak paham, terkebil2 ngan kak lee hahahaha). konsultan en fadzil kurang membantu, cuma waktu buat paper saja dia bantu, buat public speeking dan ucapan awam meraban lah sendiri buat ayat.
sabtu, ahad dan isnin ptg ada kelas, selasa ujian. rabu dah PS dan PA, aku mmg hancus habislah, tergagap2, PS cuma 6.5 minit hahahaha mampus. PA sampai masa tapi apa aku meraban aku tak tahulah. nak bg salam pun 2 kali hahahaha. sib baik presentation aku hari jumaat pagi, so masa nak prepare agak banyak. aku confident nak present, bahasa malaysia lah. tapi jgn ingat bm tu senang, kalau dah 99.95 % mesti bm apa cite. sebab dah besa ckp campur bm bi. so nak present puas nak translate ke bm pulak. apa pun aku cukup confident, dan cik razip bg komen yg menyenangkan aku. oooh ya, ptg lepas PA, aku pi main bowling , tu diaaaa 1st time pegang bola bowling, 2 round aku rasa lenguh tangan.
masa sebelum PS dan PA, aku dan kak lee sampai tak lalu makan hahahaha bahananya Allah saja yg tahu. kira2nya keluar bilik buat PS dan PA tu menggeletar ler lutut.
apa pun aku harap tulah 1st and last time aku ptk. dgn kata lain aku doa biarlah dpt 4-4. amin

Wednesday, April 1, 2009

Ahli baru


Qasih Qiasarah Bt Mohd Omar Mokhtar, merupakan anak sulung Omar, cucu sulung Abg Jai dan cicit sulung Tok. Kami pun tumpang sekaki, aku dah jadi Tok Su, alamakkkkkkkk. Ayang Anje dah jadi mak saudara cuma Anje masih belum putuskan nak dipanggil apa. Dia macam tak gemar ngan panggilan mak lang, cam langsuir je katanya.
Gambar adalah waktu Qiasarah datang ke rumah pada 29 Mac. Qiasara lahir pada 5 Feb 2009.
Unitnya qada qadar Allah. Tok lahir 1934, Abg Jai 1959, Omar 1982, Qiasarah 2009.

Thursday, March 5, 2009

Datang dan pergi ...

rabu - 4 Mac - Pagi masa bangun nak bersiap pergi kerja seperti biasa aku masih tak sedar apa yg berlaku. Dah 40 minit berlalu masa aku nak sidai kain aku terperasan balang Jerry tak ada atas meja, tengok balang Jerry dah jatuh berkecai, Ya Allah Jerry. Aku lari ambil Jerry dia masih bergerak sikit, cepat2 aku masukkan dalam cawan yg ada air. Aku usik2 badan Jerry, dia bergerak sikit tapi cukup lemah. Aku betul2 tak dengar ada kaca jatuh pecah masa tidur. Bila jatuh aku tak tahu tapi aku pasti dah lama sebab air dah tak ada kat lantai. Lagi pun abah balik kul 5 pg dia tak perasan yg balang Jerry dah jatuh.

Aku terkilan yg amat sgt2 sebab semalam aku dah nampak balang tu kat tepi meja, Miki dok sebelah balang tu. Aku dah suruh budak2 alihkan tapi hampeh, sekor pun tak dengar cakap. AKu sendiri lupa nak alihkan tapi aku dok terbayang masa tu kalaulah balang tu jatuh mmmm.
Rupanya jatuh betul, aku terkilan betul, terkilan sgt. maybe miki dan bobby berlari2 dan langgar balang tu. Kesiannya Jerry.
Tak lama lepas aku masukkan Jerry dlm cawan berisi air, aku perasan yg jerry dah tak bergerak. Sedih betul. Tapi aku heran cam mana dia boleh bertahan lama juga sampai aku jumpa dia. Kenapa binatang yg aku bela, bila sampai ajalnya mesti akan tunggu sampai aku pegang dulu utk saat2 terakhir hidup macam si comel.

Aku mmg terkilan. terbayang keletah di ikan laga yg cerdik. kembang dan garang bila miki @ bobby tumpang minum air dr balangnya. kalau nak makan, aku panggil2 dia cepat2 naik ke permukaan. Tapi hari ni Jerry dah tak ada lagiiiiiiii.

Aku juga lupa nak tulis yg Comel, baby baru yg anak2 daratu jumpa juga dah tak ada. Dia bersama kami cuma utk 2 mlm. Hari isnin sebelum aku nak bersiap kerja, aku sediakan susu Comel, nak bg dia minum dulu sebelum aku mandi. Masa aku angkat Comel dah lemah, tangannya sgt lemah tak seperti sebelumnya. Aku tahu Comel dah sampai masanya, mmg bergenang air mata aku. Aku suapkan juga susu tapi susunya dimulut saja, dah tak boleh ditelan. Aku usap2 Comel, pelan suaranya mengiau. Lama2 dia tak bergerak cuma perutnya yg sedikit bergerak. Jam dah pukul 6.20am, aku dah lewat. Aku letakkan comel dlm bakul, aku selimut dia. Aku dah lama bela kucing sejak zaman kanak2, aku tahu Comel dah tak ada harapan lagi. Aku mandi dan bila keluar dr bilik air, Comel dah tak ada. Comel dan Jerry sama, seolah2 menunggu supaya aku sempat jumpa dia org sebelum mereka mati.

Ayang, Anje dan Abah tanam Comel dibawah. Abah cakap jerry pun Abah tanam dibawah sebelah Comel. Ingatkan Abah buang Jerry.

Aku masihkan ingat mereka, terutama Jerry ... makhluk2 Allah ini menceriakan hidup aku utk seketika.

Langkawi




27 Februari, jam 11pm, rombongan Kelab Rekreasi TM berangkat ke Langkawi. 2 bas. 2 keta persendirian + keta AJK yg dah awal lg ke sana. Perjalanan cukup memenatkan. Dah lama tak travel lama2 cam tu.

AKhirnya jam 9 lebih kami selamat sampai ke Langkawi. Dah lama aku tak jejak kaki ke sana. Tak ingat bila last sekali. Langkawi banyak juga berubah. pantai Chenang pun dah banyak perubahan, macam padat je. Sampai Langkawi terus ke under water world, then makan, then ke cable car. Last baru balik hotel. huhhhh seharian lebih tak mandi. semua 2 bas tak mandi hahahaha. Malam makan kat Wan Thai restaurant mmmmm best sgt sbb aku mmg suka sgt makanan thai. Apa lg yg pure thai. teringat kat Las Vegas thn 95 dulu, makan kat restauran thai yg pure dr thai mmmmm sampai la ni teringat tom yam dia yg paling sedap yg aku pernah makan.

Esoknya awal dah keluar, pergi ladang kerbau hahahaha produk baru langkawi. tengok kerbau mmmm dah lama pun aku tak jumpa kerbau. Budak2 enjoy. ada keju, yoguart, susu, dadih ... semuanya dr susu kerbau. dadihnya teringat masa budak2 dulu, mmg best dadih dr susu asli.

Pas tu ke teater mahsuri, walaupun aku tak suka teater tapi persembahan dia org sgt menarik. teruja melihatnya, budak2 pun nampak seronok dan tekun tengok teater. tapi dok situ dapat rasa mcm ada spirit kat area tu. Balik lunch kat restauran siti fatimah, then pi shopping kat kuah dan idaman suri. Balik kelam kabut siap2 naik bot ke eagle feeding dan tasik dayang bunting. nampaknya budak2 suka sgt dgn pantai. So lepas balik dr pulau, kami lepak kat pantai sampai magrib. cantik pemandangan. tapi aku cam biasalah dok tepi2 pantai je, tak suka nak masuk dlm air laut yg melekit tu.

Mlm ada barbeku, presiden kelab pun ada, apa lagi karoke lah depa. Lepas makan aku bawa ayang balik bilik, nak ngemas, badan pun penat. ayang, haziq dan danial tinggal kat sana dok melepak, karoke dan beramah mesra ngan geng2 sebaya.

Isnin pagi, breakfast kat hotel then ada sessi pembersihan pantai. Buatlah sikit2. Ayang anje sambg mandi pantai. Pas tu teman bdk2 mandi kolam kejap, then bersiap2 utk balik. Thari sampai Kuala perlis, TM perlis sponsor lunch cumanya time tu ribut lah pulak. Sib baik aku, ayang dan anje keluar bas dulu, so kami tak basah. yg lain2 majoriti basah, ada yg separuh lencun. pas makan terus bertolak balik. Kesejukan masing2, so sampai g.semanggol baru keluarkan seluar bdk2 nak salin. Ooooo ya, danial awal lg dah salin sebab dia jatuh tergolek dalam air becak mmmmmm dah cam tu peel dia.

So kul 1 lebih baru sampai KL. Cukup2 penatttttttt, 7 round mesin baju. rumah cam kapal terbalik.

Sunday, February 22, 2009

Gambar-gambar menarik

Gambar bulan lepas, kelas memasak di office hehehehe. kak lee buat kek batik, yg lain tukang potong dan makan termasuklah aku. org masak mmg sedap.
keletihan .... miki tidur ternganga ....

Aku paling suka lepak dalam bilik Haziq dan Danial, sampaikan bilik dia org pun dah bau hancing jeee.





Miki dan Bobby bersantai kat luat, mana lagi dia org nak pergi ...



Baby Baru


Semalam masa aku dok landinggg nak zzzz, Ayang and the geng serbu masuk bilik. Ditangan Ayang ada anak kucing, baru lahir. Mata belum buka dan tali pusat masih ada. Terkejut aku. Budak2 ni cakap dia org jumpa kucing tu dalam bilik saluran air. Ada 4 ekor tapi yang lain dah keras, mati lah tu. Sekor je yg hidup. Badan dia pun dah agak sejuk, agaknya tak minum susu dan dok atas lantai saja. Aku buatkan susu dan suap dia, mencabar betul nak jaga baby kucing, bukan cam baby org.

Kalau panjang umur hiduplah dia. Bila terasa lapar dia ngiau2, siannya. Aku pun bagi dia susu. Yan datang prg semalam, so dia dah janji, masa aku pi Langkawi minggu depan dia akan ambik alih tugas jaga kucing tu. Itu pun kalau kucing tu survive. Miki dan Bobby nampak tak mesra alam langsung ngan kucing baru tu. Tapi kucing tu lah peelnya.


Ayang dan anje masuk Seni Silat Setiabakti, sama ngan Danial. Farah dan Izati pun join. So tugas baru aku, setiap Ahad dr kul 8 - 10 aku akan berada di sekolah temankan budak2 tu. Anak dara kena belajar sei pertahan diri. Mama depa dulu pernah belajar silat gayung kejap, then tae kwan do. Dulu setakat nak nak dusyum orang, no hal. Tapi la ni hehehehe dah berat badan, lupa dah semuanya .....