27 Februari, jam 11pm, rombongan Kelab Rekreasi TM berangkat ke Langkawi. 2 bas. 2 keta persendirian + keta AJK yg dah awal lg ke sana. Perjalanan cukup memenatkan. Dah lama tak travel lama2 cam tu.
AKhirnya jam 9 lebih kami selamat sampai ke Langkawi. Dah lama aku tak jejak kaki ke sana. Tak ingat bila last sekali. Langkawi banyak juga berubah. pantai Chenang pun dah banyak perubahan, macam padat je. Sampai Langkawi terus ke under water world, then makan, then ke cable car. Last baru balik hotel. huhhhh seharian lebih tak mandi. semua 2 bas tak mandi hahahaha. Malam makan kat Wan Thai restaurant mmmmm best sgt sbb aku mmg suka sgt makanan thai. Apa lg yg pure thai. teringat kat Las Vegas thn 95 dulu, makan kat restauran thai yg pure dr thai mmmmm sampai la ni teringat tom yam dia yg paling sedap yg aku pernah makan.
Esoknya awal dah keluar, pergi ladang kerbau hahahaha produk baru langkawi. tengok kerbau mmmm dah lama pun aku tak jumpa kerbau. Budak2 enjoy. ada keju, yoguart, susu, dadih ... semuanya dr susu kerbau. dadihnya teringat masa budak2 dulu, mmg best dadih dr susu asli.
Pas tu ke teater mahsuri, walaupun aku tak suka teater tapi persembahan dia org sgt menarik. teruja melihatnya, budak2 pun nampak seronok dan tekun tengok teater. tapi dok situ dapat rasa mcm ada spirit kat area tu. Balik lunch kat restauran siti fatimah, then pi shopping kat kuah dan idaman suri. Balik kelam kabut siap2 naik bot ke eagle feeding dan tasik dayang bunting. nampaknya budak2 suka sgt dgn pantai. So lepas balik dr pulau, kami lepak kat pantai sampai magrib. cantik pemandangan. tapi aku cam biasalah dok tepi2 pantai je, tak suka nak masuk dlm air laut yg melekit tu.
Mlm ada barbeku, presiden kelab pun ada, apa lagi karoke lah depa. Lepas makan aku bawa ayang balik bilik, nak ngemas, badan pun penat. ayang, haziq dan danial tinggal kat sana dok melepak, karoke dan beramah mesra ngan geng2 sebaya.
Isnin pagi, breakfast kat hotel then ada sessi pembersihan pantai. Buatlah sikit2. Ayang anje sambg mandi pantai. Pas tu teman bdk2 mandi kolam kejap, then bersiap2 utk balik. Thari sampai Kuala perlis, TM perlis sponsor lunch cumanya time tu ribut lah pulak. Sib baik aku, ayang dan anje keluar bas dulu, so kami tak basah. yg lain2 majoriti basah, ada yg separuh lencun. pas makan terus bertolak balik. Kesejukan masing2, so sampai g.semanggol baru keluarkan seluar bdk2 nak salin. Ooooo ya, danial awal lg dah salin sebab dia jatuh tergolek dalam air becak mmmmmm dah cam tu peel dia.
So kul 1 lebih baru sampai KL. Cukup2 penatttttttt, 7 round mesin baju. rumah cam kapal terbalik.
No comments:
Post a Comment