Thursday, March 5, 2009

Datang dan pergi ...

rabu - 4 Mac - Pagi masa bangun nak bersiap pergi kerja seperti biasa aku masih tak sedar apa yg berlaku. Dah 40 minit berlalu masa aku nak sidai kain aku terperasan balang Jerry tak ada atas meja, tengok balang Jerry dah jatuh berkecai, Ya Allah Jerry. Aku lari ambil Jerry dia masih bergerak sikit, cepat2 aku masukkan dalam cawan yg ada air. Aku usik2 badan Jerry, dia bergerak sikit tapi cukup lemah. Aku betul2 tak dengar ada kaca jatuh pecah masa tidur. Bila jatuh aku tak tahu tapi aku pasti dah lama sebab air dah tak ada kat lantai. Lagi pun abah balik kul 5 pg dia tak perasan yg balang Jerry dah jatuh.

Aku terkilan yg amat sgt2 sebab semalam aku dah nampak balang tu kat tepi meja, Miki dok sebelah balang tu. Aku dah suruh budak2 alihkan tapi hampeh, sekor pun tak dengar cakap. AKu sendiri lupa nak alihkan tapi aku dok terbayang masa tu kalaulah balang tu jatuh mmmm.
Rupanya jatuh betul, aku terkilan betul, terkilan sgt. maybe miki dan bobby berlari2 dan langgar balang tu. Kesiannya Jerry.
Tak lama lepas aku masukkan Jerry dlm cawan berisi air, aku perasan yg jerry dah tak bergerak. Sedih betul. Tapi aku heran cam mana dia boleh bertahan lama juga sampai aku jumpa dia. Kenapa binatang yg aku bela, bila sampai ajalnya mesti akan tunggu sampai aku pegang dulu utk saat2 terakhir hidup macam si comel.

Aku mmg terkilan. terbayang keletah di ikan laga yg cerdik. kembang dan garang bila miki @ bobby tumpang minum air dr balangnya. kalau nak makan, aku panggil2 dia cepat2 naik ke permukaan. Tapi hari ni Jerry dah tak ada lagiiiiiiii.

Aku juga lupa nak tulis yg Comel, baby baru yg anak2 daratu jumpa juga dah tak ada. Dia bersama kami cuma utk 2 mlm. Hari isnin sebelum aku nak bersiap kerja, aku sediakan susu Comel, nak bg dia minum dulu sebelum aku mandi. Masa aku angkat Comel dah lemah, tangannya sgt lemah tak seperti sebelumnya. Aku tahu Comel dah sampai masanya, mmg bergenang air mata aku. Aku suapkan juga susu tapi susunya dimulut saja, dah tak boleh ditelan. Aku usap2 Comel, pelan suaranya mengiau. Lama2 dia tak bergerak cuma perutnya yg sedikit bergerak. Jam dah pukul 6.20am, aku dah lewat. Aku letakkan comel dlm bakul, aku selimut dia. Aku dah lama bela kucing sejak zaman kanak2, aku tahu Comel dah tak ada harapan lagi. Aku mandi dan bila keluar dr bilik air, Comel dah tak ada. Comel dan Jerry sama, seolah2 menunggu supaya aku sempat jumpa dia org sebelum mereka mati.

Ayang, Anje dan Abah tanam Comel dibawah. Abah cakap jerry pun Abah tanam dibawah sebelah Comel. Ingatkan Abah buang Jerry.

Aku masihkan ingat mereka, terutama Jerry ... makhluk2 Allah ini menceriakan hidup aku utk seketika.

No comments: