Sunday, February 22, 2009

Baby Baru


Semalam masa aku dok landinggg nak zzzz, Ayang and the geng serbu masuk bilik. Ditangan Ayang ada anak kucing, baru lahir. Mata belum buka dan tali pusat masih ada. Terkejut aku. Budak2 ni cakap dia org jumpa kucing tu dalam bilik saluran air. Ada 4 ekor tapi yang lain dah keras, mati lah tu. Sekor je yg hidup. Badan dia pun dah agak sejuk, agaknya tak minum susu dan dok atas lantai saja. Aku buatkan susu dan suap dia, mencabar betul nak jaga baby kucing, bukan cam baby org.

Kalau panjang umur hiduplah dia. Bila terasa lapar dia ngiau2, siannya. Aku pun bagi dia susu. Yan datang prg semalam, so dia dah janji, masa aku pi Langkawi minggu depan dia akan ambik alih tugas jaga kucing tu. Itu pun kalau kucing tu survive. Miki dan Bobby nampak tak mesra alam langsung ngan kucing baru tu. Tapi kucing tu lah peelnya.


Ayang dan anje masuk Seni Silat Setiabakti, sama ngan Danial. Farah dan Izati pun join. So tugas baru aku, setiap Ahad dr kul 8 - 10 aku akan berada di sekolah temankan budak2 tu. Anak dara kena belajar sei pertahan diri. Mama depa dulu pernah belajar silat gayung kejap, then tae kwan do. Dulu setakat nak nak dusyum orang, no hal. Tapi la ni hehehehe dah berat badan, lupa dah semuanya .....

No comments: