8 Jun 2009, jam 3.20 pm nanti aku akan memulakan perjalanan ke Jeddah dan Dubai. Setelah lebih 10 tahun aku tidak keluar dari Malaysia.
Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan perjalanan ini. 4 bulan lepas Bos Johar telah meletakkan nama aku dan Ida utk ke pejabat TM Jeddah dan TM Dubai. Aku berharap dapat ke Dubai tetapi tak sangka bos bagi 2 stesyen, Dubai dan Jeddah.
Utk ke Arab Saudi bukan mudah, nak dapatkan visa ambil masa hampir 2 bulan, dokumen yg diperlukan adalah surat pengesahan wisma putra, injazzid @ e-number dari travel agent, kelulusan mahram yg dicop pesuruhjaya sumpah, surat jemputan dari kedutaan malaysia di Jeddah, selain bank draf rm200. Syukur walaupun banyak perkara tetapi semuanya agak mudah. E-number diambil melalui TH travel, pegaai Th travel sgt membantu.
Semasa aku call Husni, Pengarah TM Jeddah, dia bercadang untuk membawa kami menunaikan umrah dan menziarahi makam Rasullullah saw. umrah ..... tak pernah terlintas dikepala aku selama ini maklumlah nak ke sana memerlukan rm yg bnyk. Tapi syukur, aku berharap semoga Allah mengizinkan kami menjadi tetamunya.
Bila difikir2kan, satu perasaan yang sukar ditafsirkan, aku bakal menjadi tetamu Allah. Syukur alhamdullilah. terlalu banyak perkara yang tersirat disebalik yang tersurat.
Risau juga meninggalkan anak2. Ya Allah peliharalah anak2 ku. Semoga Allah melancarkan perjalanan kami. Insyaallah.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment