Ahad 24 Mei 2009, sewaktu aku bawa budak2 ni ke kelas silat di sekolah, kat ruang sampah masjid baru tiba2 ternampak anak kucing, comel lah pulak. mulanya memang tak nak ambik, rasanya dia ada mak sebab tak kurus. Oleh sebab cikgu silat tak datang, kami balik awal, lalu tempat yg sama, jumpa lagi si baby kucing, mengiau2.
Sebelum tu kat sekolah nampak ibu kucing, maybe mak dia. masalahnya si baby dok tempat tak selamat, tepi longkang dan kalau dia jalan lebih sikit akan jatuh kat jalan raya. Fikir punya fikir aku ambik juga, walaupun tahu cabaran lebih besar ambik baby. maklumlah bab toilet tak berapa pandai.
Kami namakan dia Yoshiro sempena nama anjing Shinchan. Panggilan manja Shiro. Tapi dia mcm cerdik sgt, nak dok celah2 orang saja. Hari Isnin masa aku selesaikan visa di Kedutaan Arab, aku singgah klinik haiwan beli botol dan susu. makkkk aiiiiii mahalnya. botol rm6 dan susu rm26. beli makanan miki dan bobby juga mmmmm rm15 yg pek kecil, kalau whiskas baru rm7.
Anyway, shiro sgt cepat belajar susu guna botol. So pagi2 aku perlu bg dia susu dan cebokkan dia. kalau tidak berterabur lah juga. sabar2. tengok muka dia yg comel tu mmmmm sejuk hati.
harap shiro membesar dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment