Monday, October 29, 2012

Perjumpaan Keluarga

jalan kampung dr N.9 ke pahang

 25 Oktober - kami balik ke Gemas untuk menyambut raya haji pada 26 Okt. Leganya kali ni kak ngah yg sampai dulu dan dia yg beli keperluan beraya.  cuma knowing her, bkn saja keperluan tapi dia dah siapkan semuanya.  pokoknya kami sampai dah boleh makan. rendang, ketupat semua dah siap.  tu yg aku suka ngan kak ngah ni, dia ngan anak beranak dia ja dah boleh siapkan semua sekali dan dia buat kerja pun cepat.  tak mcm aku yg terhegeh2 nak wat kerja.

27 Okt - kami terus ke Raub Pahang, untuk berkumpul semua cucu cicit piut muit keturunan Mohamad Jabar bin Abdul Kadir, my grandfather.  Kami ikut jalan kampung dari serting, negeri 9 keluar ke karak, melalui kawasan2 dgn nama pelek yg aku tak pernah dengar spt Cemomoi, Triang, Mempaga, Lurah Bilut dan lain2.  Singgah lunch dan solat di karak.  Then terus ke rumah kak Chah, ziarah kak long yang dah lama sakit.  rupanya cucunya Marlia dan suami M.Nasir + anak2 pun ada.  Tak caya budak2 tu tengok penyanyi kat rumah tu hehehehe selama ni cuma tau ada kaitan sedara ja.

Tak lama lepas tu, kami terus mendaftar diri di kompleks Rakan Muda Raub,  dah ramai yg sampai.  Abg Jai dan Abg Nan pun dah ada masa tu.  haziq terkejut jumpa member sekelasnya (anak abg Rauf), maknanya dia org 2 pupu. ramai lagi yg aku sememangnya tak kenal. Kami ambil 3 dorn utk family aku, abg nan dan abg jai.  Dorm kami, semua budak2 perempuan berkumpul dan lepak bersama.

Malamnya ada tahlil arwah di surau, diikuti dgn dinner di dewan dan sessi memperkenalkan keluarga. Seluarga Ahmad, abg yg wakil.  dan keluarga kami yg paling sedikit sebab kami baru generasi ke 3, yg lain ada yang dah masuk generasi ke 6.  Sebab arwah abah dulu kawin dan dpt anak lewat.

Aku jumpa kak Ramlah dr melaka, yg selama ni cuma bercakap melalui telefon.  Kelakar, dalam kalangan sepupu2, adik beradik aku paling muda and of course aku berpangkat nenek / moyang paling muda mmmmm.  Bila ada yg memanggil 'wan', adussssss rasa nak pitam pun ada. Kak Pah, bawa aku jumpa semua sepupu2 aku yg aku tak kenal dan majoritinya tua2 belaka.  rasanya cuma abg rauf ja sepupu yg sebaya abg nan, yg lain2 ada yg dah cecah hampir 80 (kena juga panggil kakak / abang sbb ikut pangkat).

Pagi Ahad, kami ke sekolah kebg Muhamad Jabar untuk sesi bertemu dgn guru besar dan meletakkan salahsilah asal Muhamad Jabar.  Arwah Aki, berasal dari sebelah Sumatera, berketurunan raja, melarikan diri ke Malaysia semasa Belanda menculik ibu bapanya.  Ada juga beberapa kaum keluarga yg lari ke daerah lain di Malaysia.  Di Raub beliau berjaya membuka sebuah sekolah dan menjadi guru pertama di sekolah berkenaan, masa tu Pahang cuma ada beberapa sekolah saja.  Mengenangkan jasanya, kerajaan Pahang telah memberi nama sekolah berkenaan Sekolah Kebangsaan Muhamad Jabar.  Arwah kak Minah, sepupu aku pernah mengajar di situ dan suaminya Abg Sabri adalah bekas guru besar sekolah berkenaan.  Rumah mereka di kawasan sekolah tu lah tempat aku selalu lepak masa aku di belajar di ITM dulu.  Masa tu member sekelas, nazri dr raub, yg mana abgnya berkawin dgn anak sepupu aku, yg selalu bawa aku balik ke raub. tapi selepas aku tranfer ke itm shah alam, aku tak lg ke raub, sebab kat shah alam besar, nak jumpa nazri pun payah.  dulu mana ada telefon mcm sekarang.  sesekali aku jumpa along, anak kak minah yg masa tu juga di itm shah alam.  Dan akhirnya aku tak jejak kaki lg ke raub selepas berkahwin, sampai beberapa tahun berlalu, masa aku bawa mak ke raub, kenduri sedara mara.

Lepas balik dari sekolah, budak2 ada aktiviti sukan.  Masa tu aku ke hospital Raub, ziarah jenazah Gee.  Balik dari hospital, dah sesi bergambar.  lunch, dan sesi bersalaman sbb nak balik.  sbb bilangannya ramai, rasanya cecah juga 400 org, tak semua yg aku kenal. yg budak2 lagi lah aku tak kenal kecuali yg aku dah biasa.
Jam 2, kami bertolak balik ke KL, konvoi dgn abg jai.  Jalan sesak gila, so kami ikut Bky Frazer - Kuala Kubu.  Jalannya berliku tapi sangat nyaman.  Sampai KL jam 8 lebih, then abahnya hantar haziq ke TBS utk ke Melaka.  Esoknya ... mmmmm penatttttt ... kena kerja juga.


backdrop hari keluarga dalam dewan
Ayang dan anje bersama gambar arwah abah

Salah silah Muhamad Jabar (sedutan awal je ni)




Anje di sekolah moyangnya

Anje di sekolah moyangnya 2
Jalan Bkt Frazer - Kuala Kubu




2 comments:

Diana said...

Salam kenal dari keturunan yang sama... :-)
[Belah suami]

Alhamdulillah berkenalan di dunia blogger..

Nice blog..keep it up!

Mama Haziq, Danial, Nabila dan Anis said...

Salam,
besar keluarga mohamad jabar, majoriti mmg tak kenal.

syukur, looking forward utk next gathering ....