Monday, October 29, 2012

Perjumpaan Keluarga

jalan kampung dr N.9 ke pahang

 25 Oktober - kami balik ke Gemas untuk menyambut raya haji pada 26 Okt. Leganya kali ni kak ngah yg sampai dulu dan dia yg beli keperluan beraya.  cuma knowing her, bkn saja keperluan tapi dia dah siapkan semuanya.  pokoknya kami sampai dah boleh makan. rendang, ketupat semua dah siap.  tu yg aku suka ngan kak ngah ni, dia ngan anak beranak dia ja dah boleh siapkan semua sekali dan dia buat kerja pun cepat.  tak mcm aku yg terhegeh2 nak wat kerja.

27 Okt - kami terus ke Raub Pahang, untuk berkumpul semua cucu cicit piut muit keturunan Mohamad Jabar bin Abdul Kadir, my grandfather.  Kami ikut jalan kampung dari serting, negeri 9 keluar ke karak, melalui kawasan2 dgn nama pelek yg aku tak pernah dengar spt Cemomoi, Triang, Mempaga, Lurah Bilut dan lain2.  Singgah lunch dan solat di karak.  Then terus ke rumah kak Chah, ziarah kak long yang dah lama sakit.  rupanya cucunya Marlia dan suami M.Nasir + anak2 pun ada.  Tak caya budak2 tu tengok penyanyi kat rumah tu hehehehe selama ni cuma tau ada kaitan sedara ja.

Tak lama lepas tu, kami terus mendaftar diri di kompleks Rakan Muda Raub,  dah ramai yg sampai.  Abg Jai dan Abg Nan pun dah ada masa tu.  haziq terkejut jumpa member sekelasnya (anak abg Rauf), maknanya dia org 2 pupu. ramai lagi yg aku sememangnya tak kenal. Kami ambil 3 dorn utk family aku, abg nan dan abg jai.  Dorm kami, semua budak2 perempuan berkumpul dan lepak bersama.

Malamnya ada tahlil arwah di surau, diikuti dgn dinner di dewan dan sessi memperkenalkan keluarga. Seluarga Ahmad, abg yg wakil.  dan keluarga kami yg paling sedikit sebab kami baru generasi ke 3, yg lain ada yang dah masuk generasi ke 6.  Sebab arwah abah dulu kawin dan dpt anak lewat.

Aku jumpa kak Ramlah dr melaka, yg selama ni cuma bercakap melalui telefon.  Kelakar, dalam kalangan sepupu2, adik beradik aku paling muda and of course aku berpangkat nenek / moyang paling muda mmmmm.  Bila ada yg memanggil 'wan', adussssss rasa nak pitam pun ada. Kak Pah, bawa aku jumpa semua sepupu2 aku yg aku tak kenal dan majoritinya tua2 belaka.  rasanya cuma abg rauf ja sepupu yg sebaya abg nan, yg lain2 ada yg dah cecah hampir 80 (kena juga panggil kakak / abang sbb ikut pangkat).

Pagi Ahad, kami ke sekolah kebg Muhamad Jabar untuk sesi bertemu dgn guru besar dan meletakkan salahsilah asal Muhamad Jabar.  Arwah Aki, berasal dari sebelah Sumatera, berketurunan raja, melarikan diri ke Malaysia semasa Belanda menculik ibu bapanya.  Ada juga beberapa kaum keluarga yg lari ke daerah lain di Malaysia.  Di Raub beliau berjaya membuka sebuah sekolah dan menjadi guru pertama di sekolah berkenaan, masa tu Pahang cuma ada beberapa sekolah saja.  Mengenangkan jasanya, kerajaan Pahang telah memberi nama sekolah berkenaan Sekolah Kebangsaan Muhamad Jabar.  Arwah kak Minah, sepupu aku pernah mengajar di situ dan suaminya Abg Sabri adalah bekas guru besar sekolah berkenaan.  Rumah mereka di kawasan sekolah tu lah tempat aku selalu lepak masa aku di belajar di ITM dulu.  Masa tu member sekelas, nazri dr raub, yg mana abgnya berkawin dgn anak sepupu aku, yg selalu bawa aku balik ke raub. tapi selepas aku tranfer ke itm shah alam, aku tak lg ke raub, sebab kat shah alam besar, nak jumpa nazri pun payah.  dulu mana ada telefon mcm sekarang.  sesekali aku jumpa along, anak kak minah yg masa tu juga di itm shah alam.  Dan akhirnya aku tak jejak kaki lg ke raub selepas berkahwin, sampai beberapa tahun berlalu, masa aku bawa mak ke raub, kenduri sedara mara.

Lepas balik dari sekolah, budak2 ada aktiviti sukan.  Masa tu aku ke hospital Raub, ziarah jenazah Gee.  Balik dari hospital, dah sesi bergambar.  lunch, dan sesi bersalaman sbb nak balik.  sbb bilangannya ramai, rasanya cecah juga 400 org, tak semua yg aku kenal. yg budak2 lagi lah aku tak kenal kecuali yg aku dah biasa.
Jam 2, kami bertolak balik ke KL, konvoi dgn abg jai.  Jalan sesak gila, so kami ikut Bky Frazer - Kuala Kubu.  Jalannya berliku tapi sangat nyaman.  Sampai KL jam 8 lebih, then abahnya hantar haziq ke TBS utk ke Melaka.  Esoknya ... mmmmm penatttttt ... kena kerja juga.


backdrop hari keluarga dalam dewan
Ayang dan anje bersama gambar arwah abah

Salah silah Muhamad Jabar (sedutan awal je ni)




Anje di sekolah moyangnya

Anje di sekolah moyangnya 2
Jalan Bkt Frazer - Kuala Kubu




Perjalanan Terakhir Seorang Kawan - 2

28 Oktober - selang seminggu selepas Imsany meninggal, kami dikejutkan lagi dengan berita kematian Hazrin.  mmg dia ni ada asthma yang teruk. seorang ibu beranak 4, dan sedang mengandung anak 6 bulan anak ke 5.
Kebetulan aku berada di Raub untuk family gathering sebelah abah.  Member call inform yg Hazrin meninggal juga di hospital Raub, dia balik beraya rumah mertuanya.
Aku dan abah terus ke hospital Raub, meninggalkan budak2 bawah jagaan abg nan.  Sedih sangat rasa, sebab Hazrin sebaya Imsany - 35 tahun, telah Allah jemput untuk mengadapNya. anak2nya masih kecil.
Proses menguruskan jenazah sedikit lambat kerana suaminya tidak membenarkan post mortem dibuat.  Aku pun x sangka yg kalau kita tak nak buat post mortem, perlu kelulusan khas doktor dan tandatangan magistret. Alhamdullilah dgn bantuan seorang kawan opis yg juga anak dato2 di Pahang, urusan berjaya diselesaikan, mendapat bantuan polis untuk mengiring jenazah balik ke KL kerana jalan mmg sesak.
Alhamdullilah jenazah disemadikan jam 9 malam di Nilai.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Hidup kita hanya sementara, akhirat yang kekal abadi. 

Perjalanan Terakhir Seorang Kawan

20 Oktober - Tengahari Rozi call memaklumkan seorang kawan Imsany meninggal dunia.  Terkejut macam tak percaya, sebab hari2 jumpa dia.
Walaupun tahu dia sakit selepas serangan stroke tahun lepas, dan keadaannya sangat tidak cergas, aku tak sangka ajal menjemputnya dalam usia 35 tahun.
Baru 2 minggu sebelumnya dia berada di bilik aku , duduk dihadapan aku dan bercakap2.  Cakap cara dia, sbb selepas serangan stroke dia susah bercakap, adakalanya guna bahasa isyarat, ada kalanya dia tulis di kertas.  Suka dia tengok koleksi key chain aku yg penuh di dinding, terutama key chain Dubai.  Dia bertugas di Dubai waktu aku dan Ida ke sana tahun 2009.  Dia dan isteri sangat baik melayan kami.
Nasib sangat2 tidak menyebelahi dia bila tahun lepas dia kena serangan stroke.  Mungkin atas budi bicara pengurusan, dia dibenarkan kerja walaupun keadaannya amat payah sekali.  Susah juga kalau dia pencen awal, sebab isterinya tak bekerja.
Aku dan abah ke Kajang selepas asar rumah mertuanya ,  sampai di masjid, jenazah dah ada, sempat tengok sebelum di bawa ke kubur.
Patut dalam seminggu 2 sebelum meninggal dia nampak mudah penat, dia singgah ke bilik aku pun sebab mencari jiran bilik sebelah yg tak ada. Jadi bg menghilangkan penat, dia singgah duduk di kerusi hadapan aku. 
Semoga Allah mengampun dosa2nya dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman.

Tuesday, October 16, 2012

Selamat Jalan Yuna, Kiki, Lala, Dedek, Kuci, Tony, Loli dan Comot

Akhirnya 14 Oktober, keputusan besar sekali lagi aku buat dengan linangan air mata. Dari 11 ekor kucing yg ada, aku perlu tinggalkan hanya 3 sahaja. Atas banyak faktor.
Kiki yg dah sebulan lebih hilang, telah dijumpa semula. Budak2 jumpa dia di taman, di bawa balik. Rasanya Kiki pregnant lagi. Dgn keputusan nak pindah + rumah yg dah mcm rumah org. Kadang2 faktor najis dan kebersihan terutama utk solat dan sebagainya perlu diambil kira.  Dia org ni pun ada yg terejal punya perangai yg mmg tahap gaban punya nak uji mama.   Rasanya ini jalan terbaik. 

Sesekali aku tak akan buang dia org merata.  Jadi aku serahkan pada Omiey Home, utk carikan tuan baru @ dijaga.  Memang bayarannya agak tinggi utk 8 ekor kucing.  Seekor rm50.  Tapi aku puas hati sebab aku tahu kucing2 kesayangan aku selamat di tangan orang yg betul niatnya. Kucing2 yg sebelum ni aku serahkan, katanya dah diambil orang.  Doa aku semoga mereka mendapat tuan yg lebih baik dari aku.

So yang tinggal sekarang Tomok, Mak Be dan Miki (mak, bapa dan anak).  Hari pertama aku tengok semua monyok, mcm termenung ja.  tapi masuk hari ke-2, aku rasa Mak Be paling happy, keluar masuk bilik aku sbb dah tak tutp pintu lagi.  Siap naik atas katil baring2, kan main manja lagi. Dulu Mak Be tak berkesempatan nak bermanja, ramai yg lain dok menyendeng.  Miki pun sama, dok bilik aku je tempatnya.  Tomok apatah lagi, macam kongsi katil pulak ngan aku. Kadang2 tengok dia org 3 ekor berkejaran, kelakar pulak.

Rumah, semestinya sunyi.  Dulu penuh kucing berlari sana sini. 
Tapi aku pun sampai 1 tahap perlu buat sesuatu.  Kalau semua 17 ekor ada, balik je rumah, tugas pertama, buang bom2 yg dibuang ditepi2 dinding dek miaw2 yg saja buat x paham bahasa.  mop lantai sebab ada juga yg kencing di tepi dinding + depan bilik air.  So 1 rumah kena mop, sbb dia org jalan keluar masuk toilet.  Masuk pulak bilik, kerap kali Yuna pulak buat hal, mop lagi.  Kalau tak, nak solat cam mana.  Yg paling aku tension, kencing atas mesin basuh ... adusssssss.  Mmg kena hati2 nak basuh baju, silap hari bulan dlm mesin dah ada air kuning.  Atas table top pun suka hari nak kencing.  Kain lap kaki sampai tak leh letak, lagi syok melepas kat situ mmmmmm.

Aku rasa aku dah buat yg terbaik utk dia org dan aku lepaskan/serahkan pada org yg terbaik juga.  Tapi .... aku mmg tak boleh tengok gambar miaw2 tu.  Bukan dalam masa terdekat .... sebab walaupun dia org tu mmg terejal habis, tapi aku sgt2 sayangkan dia org. Rindu sgt pada dia org semua .....

Tuesday, October 9, 2012

Notis Dari Anje

Pagi tagi terkejut tengok notis ni di peti ais hehehehehehe.  3 hari bagi tugas basuh pinggang terus keluar notis ni.

Majlis Khatam Quran Ayang dan Anje

29 September 2012 - Alhamdullilah majlis yang dirancang berjaya diadakan.  Terima kasih kepada Ustaz Haji Ahmad dan Ustazah Hajjah Khalillah yang selama ini mengajar anak-anak dara berdua tu mengaji.  Seramai 18 student ustaz yang khatam. 
Sebelah siangnya seperti biasa kami berhempas pulas memasak untuk majlis ini. Setiap ibu bapa buat collection tm50.  Ramai juga yg sponsor bunga telur.  Cabaran utama mengukus 10 kg pulut.  Maklumlah semuanya bukan reti pun.
Apa pun tahniah pada Ayang dan Anje.

Monday, October 8, 2012

Misi Seterusnya

Misi pertama telah berjaya, pencarian rumah sewa di BBST. tak jauh dari sekolah menengah, sedikit jauh dr sekolah rendah.  Semi D tapi saiznya macam rumah aku ja. rumah aku la ni dapurnya kecik tapi rasanya kecik lagi dapur rumah ni without kitchen cabinet.  suasana sangat sunyi, jauh beza dari rumah sekarang, atas bukit. pemandangan pun ngadap bukit ....
selama ni aku ngadap deretan kereta, kedai2, cerah 24 jam .... ni totally different.

Setakat hari ni confirm. jadual pindah pada cuti sekolah bln November.  Mmg rasa susah nak pindah randah tapi bila teringat member2 yg kena posting ke negeri lain, ke luar negeri , lagi lah susah.
So next mission will be ..... driving ..... hahahahahaha
boleh ke ni .... Bak kata wan, kak anum pun boleh drive, apa lagi kak zu ....
mengumpul kekuatan sepenuh hati .......ingat nest week nak start belajar ..... boleh zuraini .....

Thursday, October 4, 2012

Selamat Jalan Ujang, Upin, Utih, Yuni, Bunga dan Mak Tam

30 September 2012 -
Rasa bersalah, rasa sedih, rasa frust .... tapi aku terpaksa melepaskan sebahagian dari miaw2 yg aku sayang.  Sesekali aku tak akan buang mereka merata2 sbb aku tau mereka tak boleh survive.
Jadi aku minta bantuan Omiey Home, Pusat Jagaan Kucing di Kepong untuk mengambil mereka dan Omiey Home akan uruskan pengambilan kucing2 angkat bg org yg berminat.  Harap miaw2 aku akan lebih selesa ngan tuan baru. 1st batch 6 ekor.
Kat rumah masih ada Miki, Mak Be, Tony, Tomok, Yuna, Dedek, Lala, Loli, Kuci, Comot (dah comel sekarang).  Kiki sampai sekarang tak jumpa, ntah ke mana menghilang.
2nd batch will be Yuna, Dedek, Lala, Loli, Tony, Kuci dan Comot.
Yang akan tinggal Pak Mike, Mak Be dan Tomok.  Susah kiranya aku nak pindah ngan kucing yg banyak.  So aku perlu lepaskan mereka ke tempat yg selamat.  Charge dikenakan oleh Omiey Home adalah RM50 seekor.  Kalau 6 ekor macam hari tu mmg banyak nak kena bayar rm300.  Tapi tak pe asalkan aku tahu dia org selamat di tangan org yg sayang kucing, selain tu boleh juga bantu Omiey Home dalam usaha mereka membuka cat farm nanti.  Nak hantar semua sekali tak mampu lak aku, so hantar batch by batch.

Masa masukkan miaw dalam sangkar, yg kecik2 tak melawan.  Tapi Yuni, Bunga dan Mak Hitam macam tahu2 saja. meronta2.  Aku hantar sampai ke bawah, meleleh gak air mata ni.  tapi kena kuat semangat.
Terfikir gak, bila pencen nanti aku nak buat kerja amal kat rumah jagaan kucing lah ...