Tuesday, July 3, 2012

Kenduri Arwah

Alhamdullilah rancangan kami untuk buat kenduri arwah berjalan dgn lancarnya dan dihadiri oleh tetamu yg sangat ramai, sampai penuh sesak surau masa solat magrib dan tahlil, pada hari Ahad 1 Julai 2012


Mak uda dan pak uda sejak hari Sabtu malam dah sampai.  Pagi Ahad, Anum dah siapkan nasi lemak yg sgt sedap utk org2 buat kerja.  Faezah bawa cekodok.  Dia org berdua dari awal lg turun membungkus nasi lemak.  Besar betul jasa 2 org sahabat ni.  Alhamdullilah ramai kawan2 yg datang membantu.  Anum sponsor puding lagi.  Siti bawakan agar2.  Kirah kasi durian, so kami tambah dalam kuah durian yg akan dimakan ngan roti jala.


Petangnya selepas asar, rombongan dari negeri 9 datang, mak tam, encik dan ibu serta keluarga sbb kebetulan anak mak tih pun bertunang petangnya, so dia org ke sana dulu.  Knor datang dalam kul 4.  kelakarnya abang seperti biasa sampai lepas habis event.  Abg Jai, wife, kakcik, mi dan brahim dtg sebelum magrib.
Mujur kawan2 ramai, nak harapkan kaum keluarga susah la sikit.  Abg ngah tak dtg, aku tak sure kenapa, maybe ada tak puas hati ngan abahnya .... tapi .... ada aku kisah.


Semua lauk pauk habis, alhamdullilah. dapat juga kawan2 bungkus serba sikit. Menu yg kami sediakan, rendang itik (8 ekor), gulai lemak daging salai (15kg), ikan keli sambal (12 kilo), sayur cendawan telinga, ulam, sambal belacan dan sambal tempoyak, buah - oren dan tembikai, kuih2 - keria, ketayap, agar2 siti, span kek, roti jala pandan dan kuah durian. clear semua, alhamdullilah.


Isnin kedai tutup sebab semua kepenatan.


Masa sibuk2 masak, anje pulak jatuh buai,  buai laju2 sampai cucur atap, tapi lom sampai cucur atap dia terpelanting dulu.  mula tu mmg tak boleh berdiri langsung.  aku bawa balik rumah, mandikan, spray gamat bnyk2, bg dia tidur.  ptgnya aku nampak dia dah terjengkek2 turun bawah mmmm tapi dok mengadu sakit.
So isnin aku el, nak bawa dia ke klinik.  penat sama, family uda pun balik hari isnin, so hantar dia org ke TBS.  Sib baik anje tak apa2.  Doktor ckp tak patah @ retak sbb kalau berlaku cam tu garenti dia tak akan boleh jln langsung.  muscle dia saja yg bengkak dan ada radang sikit .... lega aku dengar.


No comments: