Alhamdullilah akhirnya Haziq dipanggil juga untuk sesi Jun 2012, walaupun dia masuk lewat 3 minggu. Bermakna dia kena cover 1-2 minggu punya pembelajaran.
Khamis, 26 Julai, jam 4pm, aku terima panggilan dari Politek Melaka. Inform yg haziq diterima ke sesi Jun. Rupanya kat website dah 2 hari ada perubahan. Aku yg tak cek sebab rasa dah lama dia org masuk, sure dah tak panggil ke sesi Jun. Mereka minta haziq melapor diri dgn kadar segera .... so aku decide nak hantar Isnin. Mentera tunggu 4.30 waktu balik, aku sempat print semua dokumen yg perlu diisi. So Jumaat terus el, pagi kul 8 keluar ke JPN, BTR ambik ic haziq. Terus ke Klinik Kesihatan Cheras (KKC), buat checkup, kena pula ke HKL utk buat x-ray, then balik semula ke KKC utk dptkan pengesahan doktor. Then hantar haziq balik rumah, dia dah ngantuk sakan sebab tidur jam 6 pagi, sebab kena jaga kedai.
Aku terus ke BIMB, bank in yuran pengajian, then ke BSN bank in yuran asrama dan pendaftaran.
Lepas solat Jumaat, ke BIMB semula ngan haziq utk buka akaun sebab aku baru perasan yang nak apply ptptn, dah kena ada akaun BIMB. Ptg ramai pulak orang. Then ke Hero pulak beli barang nak masak berbuka .... aku letihhhhhh.
Sabtu, aku ke Parkson The Mall, beli kemeja, slack, kasut haziq .... haaa kopak rm800. maklumlah puasa, cuaca pula panas, mmm aku rasa nak baringgggg ja. Mlmnya, ke rumah laily pulak minta tandatangan saksi. AHad pulak ke Hero, beli barang2 peribadi dia ...... semua mak buat.
Malamnya, aku clearkan semua borang2 yg patut dibawa. cek barang2 dia mmmm mak lagi. Rasanya macam anak kecik lagi tak tahu nak wat kerja. So hari ni kami sekeluarga akan bergerak ke Melaka.
Ya Allah mudah urusankan kami. Semoga anakku berjaya dalam hidupnya ... berjaya di dunia dan akhirat ....
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment