Dah lama juga rasanya aku tak sakit, maka sesekali Allah uji sedikit dgn kesakitan.
Rasanya dah dekat 3 minggu lebih, aku rasa dlm telinga kanan cam ada benda, tapi tak sakit. Seperti biasa aku biar je. Diikuti dgn ulser mulut yg tak henti2, sampai ada 3 sekali keluar, baru nak elok, ada lagi yg lain, berterusan sampai dkt 2 minggu. Masa tu juga aku rasa sakit bawah rahang kanan, seperti biasa, aku biarkan je, bkn sakit sgt. Last week, aku start tak leh tidur, sebab gigi tiba2 rasa sakit. So rabu ptg aku ke klinik gigi. Doktor gigi ckp cuba ada sikit serpih pd tampalan lama tetapi gusi aku sentuh sikit dah berdarah and merah and sedikit bengkak. Doktor tukar tampalan dan bg antibiotik serta ubat tahan sakit. Dalam perjalanan balik rumah, mmg rasa sakit sgt. terus makan ubat, reda sikit.
Pas tu ada juga rasa tak selesa pada, gigi mula ngilu, rahang kdg2 sakit , naik ke telinga dan mata. Jumaat lepas sakitnya agak kuat. Balik kerja, aku terus pi Klinik Mediveron, malangnya doktor jantan arab yg aku tak suka pulak yg bertugas. So aku pi farmasi tapi org tu tak nak kasi ubat, dia soh aku ke klinik juga.
Mlmnya aku ke klinik Idzam kat Pandan Jaya. Doktor ckp gegendang berlubang ... ???? lubang. Dia kasi antibiotik dan ubat tahan sakit yg agak kuat. Oklah lepas tu, Ahad sempat lagi join kawan2 sejiran ke kenduri adik Za, blk sempat singgah Tesco. Tapi mlmnya, aku mcm nak hantuk dinding sakit sebelah muka. Sakit sgt, aku telah lagi ubat tahan sakit, dptlah lelap dlm 2 jam, then sakit lg. So Isnin aku ke klinik Idzham lg. Tp masa tu dah kurang sgt sakit. x mcm semalam. doktor refer aku ke HUKM.
Aku terus pulak ke HUKM, jabatan ENT, sib baik depa nak ambik kes masa tu juga. mungkin sebab rekod aku dah ada dulu (beberapa tahun lepas masa aku kena sakit telinga) @ mungkin aku org gomen juga, ntahla. tp shukur doktor nak cek juga wpun aku org last sekali. Peleknya doktor confirm telinga aku ok, tp dia suspek gusi dan saraf aku yg ada masalah. So dia refer pulak aku ke unit pembedahan mulut.
oleh sbb dah ptg dan doktor pakar tak de, depa akan kasi appoiment, tunggu dia org call. mmmmmm
Mlm tadi terasa gak nak sakit balik, aku ambik air zam2 yg aku simpan sebotol sejak balik Jeddah dulu. Aku minum dgn niat semoga inilah ubat sebenarnya utk aku. Alhamdullilah mlm td aku tidur dgn nyenyaknya. Pagi ni pun gigi masih ngilu dan sengal2 tapi tak sakit mcm mlm tu. Dari kawan2, maybe aku ada masalah saraf di gusi .... ngeri pulak dengar.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment