Alhamdullilah kes haziq dan Maxis selesai dan aku berpuas hati sepenuhnya.
Pertama, tiada kos yg akan dikenakan dari termination line, mmm bukan salah aku pun.
Keduanya, wave bil bulan Jun. Masa pegawai Maxis call, aku bising pasal bil bulan Jun. Aku rasa sangat tak adil kerana bilnya penuh. Oh ya bukan rm98 yeeee tapi rm108.60 sbb on weekends charge internet ada extra rm7. mmg aku tak paham betui cam mana dia org nak untung sampai begitu sekali. Aku siap cakap, saya tak paham kenapa Maxis langsung tak rasa bertanggungjawab @ cuba nak sejukkan hati pelanggan. Aku tak kisah kalau dia org cakap, anak puan dah guna rm50 kos untuk bulan tu. Aku bayar!
ini kena bayar penuh, walhal line dah suspend awal lagi. Tapi kemudiannya pegawai berkenaan (Azlina) call lagi dan inform bil bulan Jun juga tak perlu bayar. Diikuti dengan email menerangkan hal berkenaan.
So dah ada black and white, aku reply to say thank you. Then tengahari sebelum ke klinik bawa anje, aku singgah kedai Maxis kat BSP utk pulangkan Samsung Galaxy Y yg didatangkan dgn pakej yg haziq ambik. sbb itu perjanjian aku dgn Azlina, aku pulangkan telefon selepas aku dpt black and white semua tuntutan aku diterima tanpa syarat. Sebab tu masa tokey kedai call soh hantar telefon, mmg kena la aku bahasakan, tak paham ka aku cakap, aku tunggu selesai ngan maxis dulu. sekali 2 aku layan le cakap baik2, bila tak paham bahasa, kenalah dibahasakan. Apa dia ingat, cakap lisan boleh diterima ke?
Mulanya aku biasa saja masa sampai kat kedai tu, staf dia ambik telefon tu, then dia bawa ke kaunter, nak cek semua maybe. aku duduk kat kerusi sebelah depan. sebelum tu dia ada tanyakan beberapa soklan yg aku malas nak jawab, Haziq dah smbg belajar ke sekarang, masa dia apply dia sedang tunggu spm ke, aku jawab la juga tapi darah aku start naik sbb semua urusan aku dan maxis dah selesai, yg kau sibuk nak soal tu wat apa. (aku ckp dlm hati ja lah, kontrol mulut jahat aku ni)
Tapiiiii .... staf tadi, Aida namanya, tiba2 bersuara dari kaunter - "akak, dah ok ni, nanti kalau ada apa2 saya call". Haaaaaaaaaa menyirap betul aku ngan ayat tuuuu. Aku tanya - 'nak call kenapa ya? urusan saya dan maxis dah selesai". Dia jawab 'bukan, pasal telefon ni'. hahahahaha mmg nak kena. aku terus ke kaunter aku cakap kat dia. 'saya dah ada kat sini, awak buka dan cek telefon tu sekarang juga dan jangan call2 saya lagi sebab saya dah bosan.". tak de pelanggan kat kedai tu masa tu. 4 staff yg lain senyap sunyi pandang aku, mungkin suara aku agak tinggi. then aku sempat ceramah kat mamat yg berdiri tegak pandang aku tak berkelip, aku cakap baik2. 'korang cek lah bnyk kali nak bg budak umur 18 / 19 thn daftar line, mampu ke dia org nak bayar rm100 sebulan ni, bukan dia paham syarat kontrak pun'. budak tu angguk2.
so aku pusing pulak kat Aida, 'awak cek sekarang juga, buka semua dan cek 1-1'. dia jawab ' saya dah cek, ok dah ni, dah ok, tak de apa2 lagi'. mmmmmm nak tunjuk kau pandai pulak ya. aku tanya lagi, saya hantar barang ni tak de apa2 form ke nak isi yg proof saya dah hantar, dia org ckp tak de. so aku minta paper yg bos dia tulis pasal telefon haziq tu. aku sign kat paper tu. then aku hulurkan kertas tu dan aku cakap ' Terima kasih'. then keluar. terkelip2 budak tu pandang aku.
Aku bukan nak marah tak tentu hala, tapi utk Maxis - aku rasa mmg aku kena pertahan hak aku sebagai pengguna (teraniaya ...). untuk kedai maxis tu pulak - jgn tunjuk pandai, tanya soalan cam polis pencen dan guna ayat2 sterotaip yg mmmm mmg nak kena la. Kalaulah dia buka cek telefon tu, then ckp - ok kak, semua ok. terima kasih. cukup. dia mula soal pasal haziq belajar, dah cukup wat aku kembali geram.
Apapun haziq of course kena lagi terukla. semua benda keluar dari mulut aku. tahan saja telinga dia dengar aku bebel siang mlm. org maxis tu call saja aku, lepas tu haziq sure kena. bayangkan berapa kali dia org call dan sebanyak tu lah haziq kena dgr ceramah aku yg baaaaiiiikkkkk ni.
Mmg nasib baik sgt, dia register sebulan saja sebelum tarikh lahir. kalau cukup bulannya, mau aku pukul ngan kayu budak tu.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment