Friday, August 3, 2012

Rawatan Gigi

2 ogos aku ke HUKM utk appoiment di klinik pembedahan mulut.  Mula malas gak nak pi tapi ngilu dan sebelah kanan masih tak boleh kunyah, buatkan aku ke hukm lg. 
Doktor lee yg rawat, siap soh pi x-ray.  sbb dia pun susah nak jangka apa masalahnya.  1st time x-ray gigi, alatnya pelek sikit.  masa tengah x-ray dan alat tu pusing sekeliling kepala, ada lagu omputeh lagi. 
Doktor sahkan yg saraf gigi ada masalah, lubang terlalu besar, maybe dah sampai ke bawah sgt tampalannya sbb selepas tampal gigi hari tu, gigi makin sakit.
Lepas doktor pakar cek, dia org bg cadangan -
1. root canal treatment + crown
2. cabut dan buat bridge

Aku teringat kak leha buat RCT last year, kat klinik pakar gigi.  tapi azabnya ditanggung lebih sebulan bila gusi dan pipi membengkak dan bernanah.  ngeriii pulak.  So aku decide nak buat bridge. kena cabut dulu gigi. 
Kos rawatan 2-2 ni mmg mahal di klinik swasta.  mulanya aku decide nak cabut kat klinik gigi kat rumah then susulan kat klinik pergigian hukm.  tapi search internet hari ni aku berbelah bagi .... rasanya nanti aku terus ke klinik gigi hukm and the doctor will decide what is the best for me.

*** rindu kat haziq ...

No comments: