Wednesday, March 31, 2010

Menderma Organ?

Sessi mengurut reflexologi, nak ambik gambaq tukang urut issshhhh karang disalah tafsir pulak.

Dalam Chicken Hut.
Aku bangga mendaftar sebagai PENDERMA ORGAN.

Mendaftar untuk cek buah pinggang sempena Kempen Buah Pinggang (Hari Buah Pinggang Sedunia) anjuran HKL

Confirm buah pinggang aku sihat. Alhamdullilah.


Jumaat lepas 26 Mac, aku, wan dan suhaila mendaftar sebagai perderma organ. Mulanya kami bersantai urut reflexologi ngan org buta, dia org buka ruang urut sempena pesta buku. Then kami makan kat chicken hut. Rupanya kat the mall ada HKL buat kempen pemeriksaan buah pinggang dan menderma organ. Kami terus daftar sebagai penderma organ. mmmmmm derma organ???? bunyinya cam ngeri. Tapi bila fikir semula, apa lah yg kedekut sangat, dah mati pun nak kedekut. Selagi belum jasad masuk keliang lahat, buatlah kebaikan. tu yg aku cakap kalau org mempertikaikan bab derma organ.

Pemeriksaan buah pinggang, alhamdullilah semua ok. cuma berat badan aku je yg terlebih sudah ....

Alamakkkk appoiment aku di klinik baharom, bila nak pi ?????? Ubat dah complete semuanya ...

Monday, March 22, 2010

Cerita pembantu kedaiku

Pembantu kedai ni dah beberapa minggu kerja kat kedai tu. Aku tak cakap sgt ngan dia, hal2 kerja saja. Maybe caranya buat aku tak boleh nak get along. Aku rasa dia mengada-ngada dan gediks.
Insiden2 yg berlaku buat aku lebih menjauhkan diri. Dia seolah2 nak perhatian terutama dr jantan2 yg ada, sampaikan zaidi, zaki dan amir naik meluat. Dia seperti nak sama ngan aku dan Baby. Agaknya sbb hari2 Abah depa ambik aku dr kerja so dia pun minta abah depa hantar dia pi tempat kerja lama nak ambik gaji, hantar pi buat buku bank tapi sebelum sempat nak hantar dia pi interview Baitulmal nak apply bantuan, aku dah sound dulu. Gaduh jugalah. Bukan sbb aku cemburu, tapi aku geram sbb aku ni jenis independent, semua urusan aku buat sendiri, mana aku harap laki aku buatkan. Si Nita yg selalu dtg kedai dan pernah dok minta tolong abah depa pun aku tak pernah nak cemburu, lawa lagi orgnya. Rasa nak membantu lagi ada, apa lg dia dr Sabah. Dok sini ngan anak saja.
Si pembantu kedai ni, aku hantar baju dobi, dia pun hantar baju dobi. Lani gatal dok bahasakan diri dia Adik hahahaha nak sama ngan Baby lah kot. Sampaikan ngan Danial pun dia bahasakan diri Adik. Paling buat aku bara bila Mat cerita dia ckp ngan abah depa -Abg, tolong buatkan adik kopi ais 1. hahahaha tu kira gedik ka gatal ka, aku pun tak tau.
Last week dia sibuk sbb tak period, ada hasil ka sejak jumpa Bangla tempoh hari mmmmm

Birthdayku lagi ....

Isnin malam lepas, tiba2 kawan2 aku dok call minta turun bawah. aku dah tergerak hati depa ni sah ler dok beriya belikan kek utk birthday aku ni. Masa aku turun memang betullah depa beriya berkumpul dok pasang lilin kek coklat. So nilah dlm seumur hidup aku meraikan birthday aku hahahaha. Then abah soh zaki goreng mee dan behoon. Ramai gak yg ada, Faezah, Madihah, Baby, Normah, Faiz, Hasnah, Anum. Siap dpt hadiah Jubah lip lap lagi. Segannya aku ... sbb aku ni kdg2 birthday sendiri pun lupa. Pas tu aku dah teragak2 nak terima bayaran bila sebelumnya depa dok makan/minum yg lain.
Tengah mlm sikit fauziah dtg ngan husband dia, bawa hadiah coklat hehehehe. Aku ngan husband dia tak berapa sangat ... kenapa tak suka ... biarlah rahsia.

Monday, March 15, 2010

Happy Birthday To Me

15 Mac 2010 - hari ni genap umur aku 39 tahun ..... tapi aku rasa macam 29 saja ... cam mana tu? Mlm tadi yg awal wish aku si Ita, kul 12 beberapa minit saja dia dah msg. Then Haziq dtg peluk aku wish aku Happy birthday, Amok dok nyanyi sajalah. Pagi ni Kak Ina call, then kawan2. then barulah 1 msg sampai ... ingat dah lupa. My hubby mmmmm pelek aaaa kalau dia ingat tarikh2 semua ni. Umur bini pun dia lupa. Umur dia sendiri pun selalu tersasul. Tapi aku pun jenis yg tak reti nak celebrate birthday ni. Kadang birthday aku pun aku lupa juga ...
Tapi aku rasa sekarang jauh lebih matang dari dulu. Cara berfikir dan cara bertindak dan lebih cool. So prepare for 40's pulak lepas ni. Ya Allah cepatnya masa berlalu, kejapnya nak tua.

Aku ada anak baru. Ayang bawa 2 ekor anak kucing, kononnya mak kucing tak peduli. Aku marah soh dia pulangkn pd mak kucing tu. But then dia bawa balik sekor, sbb katanya mak kucing cuma bawa lari yg putih saja. yg belang2 mak kucing tak nak. Dah nangis bagai nak rak nak juga kucing tu. Tapi comelnya, aku pun sebenarnya terus berkenan tengok kucing tu. mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. So aku bela juga. Sbb bulunya cam arwah Bobby, kami panggil dia Bobby. Manjanya bukan main. Itam dah besar, seperti biasa, dia cam tau2 saja setiap kali aku masuk rumah. Mulalah dia ngiau cam tak makan sebulan. Tidur pun kdg2 atas katil. kembar Itam sekor dah arwah, dari ambik mmg cam tak sihat saja.
Shiro dan Itam yg dah makin besar.
Miki dan Itam , atas riba mama, lepas sembahyang menyendeng 2-2 ekor ni nak naik atas riba.
Ni Bobby junior, comel, tak mampu aku nak kata Tak Nak pada Ayang. manja bukan main.

Thursday, March 11, 2010

Aktiviti Aku

11M - Lama tak update blog ni, sbb memang bz giler. Apa nak cite ye :-

1. Bulan ni bulan kursus, Ya Allah letih aku dok masuk kelas, setiap minggu ada kelas sampailah hujung bulan aaarrrggggggg. Minggu depan cuti sekolah pun ada kelas mmmmmmm.


2. 6 mac ada majlis rumah terbuka thn baru cina kat Lestari. Seperti biasa kerja bagai nak rak, yg menapau macam tak cukup makan set2 tu kebulur tu yg tak reti nak simpan utk org belakang. Batang hidung tak nampak, time makan menyerbu dan menapau sampai makanan tak cukup. So tukang masak aku yg kerja keras buat mee dan beehoon goreng mencukupkan makanan. Sessi karoke hehehehe kelakar bila mak2 dara menunjukkan bakat sampai kena suruh balik sbb dah kul 11.30 pm. Takut ada yg baling telur dr atas nanti.

3. 7 Mac - poco2 hahahahaha sejam je, akibatnya rasa nak mengesot je bila nak berjalan. Makan 3 pinggan, tidur 3 jam, sakitnya badan. Lunch paling kelakar, ari tu Amir ada offer nak bawa budu thailand, aku ckp aku tak makan budu. So dia bawa utk dia ngan zaki makan sajalah sebungkus. Tapi hak ni mak datok mmg 1st class budu. Sekali makan tambah 3 kali nasi, cam mana tu. Mmg lain sungguh budunya. Mulanya aku ingat daun ketom sebab dibungkus dalam plastik cam kat tv tunjuk depa bungkus ketom. hampeh.

4. Assistant kedai yg baru - si janda umur 34 mmmm. So aku bg dia dok ngan baby. Janda anak 2, laki yg jaga anak dia, dah ada pakwe bangla issshhhhh no komen lah. Amir dan zaki nampak bersemangat sbb selama ni jantan je kat kedai tu. Harap baby yg tembam buat penawar. Aku tak berapa nak sembang ngan dia sbb dia nampak pendiam tp sekali cakap cam becok sikit. pas tu masa 1st time jumpa, aku tanya umur berapa, dia jawab 34. So aku cakap ooo muda lg, maksud aku muda dari aku. dia jawab - mmg semua org ingat dia umur 27, org tak caya umur dia 34. Aku terkelu dengar, perasannya hahahaha.




5. Ubat aku belum habis lagi, bosannya makan ubat.





6. Last 2 weeks aku buat kelas facial Mary Kay, panggil Dira ajar budak2 kat opis. bertempek2 muka semua org ngan mask. Aku pun dah pakai 1 set Mary Kay, hak paling murah ler, tu pun dah rm200 lebih lah juga. kalau tak lawa juga tak tahu lah.

7. Kak Lee ke Mekah buat umrah Ahad ni. Teringat aku masa ke sana Jun 2009. terbayang2 lagi di mata saat2 tu. Seronoknya tidak dapat diucap dgn kata2. moga Allah murahkan rezeki aku ke sana lagi.

Monday, March 1, 2010

Bila Kita Rasa Kita Cukup Sihat



1m - Last week hari Selasa 23 feb aku ke Klinik Baharom. pertamanya sebab alergik aku lom baik. Gatal2 masih ada malah kdg makin teruk, habis tangan aku bertanda2 ishhhhhh. ke dua nak tengok my blood test result, yg aku rasa semestinya tak akan ada sebarang masalah.
Seperti yg dah dijangka - 1 injection utk alergik, sebab ni yg paling teruk, bibir pun sebenarnya lom elok dr bengkak + dalam mulut yg ada 5 ulser + lidah aku yg masih kekebasan.
1 lg injection di kaki untuk yg sakit hari tu (join).

Result darah aku mmmm, terkejut aku bila doktor cakap awak ada sakit sendi. Sakit sendi? elok ja aku rasa, tak pernah sakit pun. Setakat sesekali sakit lutut adalah, almaklum isi pun terlebih sekarang ni, tu pun dah lama aku tak kena sakit lutut. Urid asid aku pula mmg tinggi.

Result tu menunjukkan aku ada rheumatic arthritis (RA), yg ada kaitan dengan kuman. Utk itu aku perlu ambik antibiotik yg agak bnyk. 1 injection utk antibiotik, next week ada 1 lg. Dan antibiotik makan selama aku rasa 2 minggu, sbb bnyk sgt.

Aku call Abg Jai, nak tanya pendapat dia. Dari mula dia cakap arthitis jgn sampai kena RA. Aku cakap yg aku kena tu RA lah. Dia cam terkejut sbb sepatutnya aku dah di refer ke hospital kecuali klinik yg aku pi mmg lengkap ubatnya. Dan dia explain apa rawatan yg patut aku dapat, sama seperti apa yg doktor baharom bagi. Mmg ni lah 1-1 nya klinik yg paling lengkap dan aku paling percaya.

So setiap hari mmg aku perlu ambik antibiotik dan ubat utk urid asid. letihnya makan ubat. Patutlah mak pun tak lalu nak makan ubat lagi. Aku rasa gigi aku ngilu saja dok makan bnyk sgt ubat. Ubat2 alergik aku dah stop sebab dah ok alergik aku tapi aku mmg lebih berhati2 makan sekarang. Yg tak syoknya, doktor dah 1 list yg panjang yg aku tak boleh makan utk elakkan urid asid naik.

Apa efek RA? ianya akan memberhentikan injap jantung aku sekiranya aku tak mulakan rawatan. Kalaulah aku masih dok ngadap klinik2 yg hanya bg ubat tahan sakit saja ..... macam mana agaknya ya? Mungkin juga kerana aku selalu baca doa angin ahmar yang membolehkan penyakit ni dikesan awal. Sebab doa ni kalau dibaca tafsirannya, sangat lengkap. Org cakap, at least doa ni kena baca sekali seumur hidup tapi bagi aku doa ni patut di amalkan kerana ianya doa pelindung yg sangat sempurna.

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untukku bernafas di bumiMu. Terasa betul nikmatnya menjadi orang yg sihat dan .... terasa betul yang sebenarnya kematian adalah cukup dekat dengan kita .....