Sabtu 30 Jan 2010, aku laburkan juga Rm250 utk attend kursus ni. Ramai juga peserta, dlm 40 org. Dari Labuan dan Johor pun ada. Punyalah semangat, depa2 ni dah kursus sebelum ni dah ada produk yg dibuat. Yg kurang bestnya kerana aku rasa kurang organize, maybe labih sesuai buat kat hotel lain, tak perlu yg berbintang2 asal fasilitinya bagus dan pekerjanya begerak cepat. Target asal dalam 25-30 peserta, yg turn up 40 lebih. Memang tak cukup kerusi meja. Sib baik sebelah bilik tu ada tempat simpan kerusi, so kami2 dok angkut kerusi sendiri. Peleknya pekerja hotel pun tak kan tak tau ada kerusi kat situ.
Apa pun semuanya berjalan lancar, banyak juga ilmu yg dipelajari. Yg seronoknya semua peserta adalah yg otaknya ke arah business. Samada yg dah ada business @ baru nak mula. Sempat juga berkenalan dengan beberapa orang peserta. Ada yg datang sendirian, ada dengan pasangan. Banyak tips2 yang diperolehi. Seharian jugalah tapi aku tak pulak terzzzzzz, maknanya penyampaiannya mmg ok lah. Sbb aku kan senang zzzzz bila dengan talk macam tu.
No comments:
Post a Comment